Ada orang tak suka langsung bila berbincang tentang politik. Mereka lebih suka hiburan kalau begitu. Mereka adalah generasi senyap yang selalu dikatakan penentu Pilihanraya Umum sebelum-sebelum ini. Betul atau tidak - tak pasti. Banyak yang Najib sudah buat. BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500 setiap keluarga yang pendapatan bulan keluarga kurang dari RM3,000. KRIM (Kedai Rakyat 1Malaysia) - kedai yang memberi barangan murah dari biasa. Bantuan RM100 untuk setiap budak2 bersekolah. RM250 subsidi untuk belian telefon pintar. Keluaran kedua BRIM pun diumumkan. Kenapa kita melihat benda2 ini bukan politik. Ini memang politik. Buktinya....
Politik sekarang bermaksud memilih sesuka hati. Kalau seronok cerita dan pilih dan kalau tak seronok jangan pilih. Dan bukan sahaja Najib cuba membuat berbagai, pembangkang juga boleh berjanji berbagai. Kerajaan sekarang adalah pilihan rakyat pada tahun 2008 dahulu. Mandat yang tidak sampai 2/3 adalah bagus untuk memberi peluang rakyat mendapat segala BRIM, KRIM atau bantuan berbagai.
Apa yang perlu Najib buat sekarang adalah apa yang dibuat oleh Badawi dahulu. Bukan tidur di setiap majlis tetapi menjadi imam setiap solat. Ini lansung tidak digebangkan oleh media2 atau memang tiada. Tiada Perdana Menteri yang sebelum ini pernah menjadi imam solat kecuali Badawi. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bukan sahaja boleh menjadi imam tetapi diketahui ramai menjadi khatib membaca khutbah solat Jumaat.
Kalau buat sekarang, pasti ia nampak terlalu politik. Generasi senyap tidak memperdulikan semua itu. Bagi mereka ekonomi mereka tidak bergoyang maka politik tidak penting.
No comments:
Post a Comment