Dunia sekarang adalah untuk orang muda. Betul. Aku tak sangkal. Aku juga muda dulu, aku berfikir seperti tiada esok untuk aku. Berjaga malam seolah esok tak datang. Orang muda mesti melampaui batas. Bila batasan dilanggar baru terasa dunia milik orang muda. Orang muda mencuba berbagai benda. Bahaya bukan lagi ukuran. Tetapi pengalaman mesti dicari. Semua laut mesti dikenali. Sudah berkhemah disana? Gunung mana yang perlu dipanjat?
Aku menghabiskan dua buku orang muda cerita realism sepanjang cuti dua hari Sabtu dan Ahad. Travelog Mr. Backpackers: Merentas Amerika oleh Badrul Hisham dan Catatan Mat Lutfi. Anak muda begini seolah2 seperti bergerak tanpa henti. Perasaan tiada henti ini memberikan tenaga yang luar biasa bagi anak muda. Anak muda jangan dilihat terlalu lemah atau letih. Bergerak dan pastikan tiada henti. Bila hendak berhenti, hati sendiri akan tahu.
Ada orang dunia mudanya tanpa ada apa2. Tidak pernah berkhemah. Tidak pernah memanjat gunung. Tidak pernah tidur tanpa tilam.Tidak pernah berjaga malam tanpa tidur. Tidak pernah menyelam di lautan. Hampir sahaja ketahui setiap benda dengan membaca. Cerita dikutip dari Google dan filem yang ditonton. Perasan sangat berbeza bila kita sendiri melakukan pengalaman.
Tenaga orang muda luar biasa. Boleh diletakkan beban yang berat untuk mereka kendong. Pergi cari kenduri orang kampung untuk orang muda tolong. Cari kawan di kampung yang ada kolam ikan, kebun atau sungai. Pagi2 pergi ke laut, bertanya dengan nelayan untuk dibantu seharian. Ini adalah pengalaman. Bantu mereka untuk hidup dan beritahu bahawa dunia adalah milik orang muda. Jangan berhenti bergerak wahai orang muda.
No comments:
Post a Comment