Yang selalu jengok

Sunday, March 5, 2017

Menjadi JURUNIKAH


Perbezaan pendapat terjadi lagi di surau aku.  Ada yang mahu ustaz itu teruskan kuliah dan ada yang mahu ustaz itu diberhentikan.  Pegawai tauliah JAIS sudah bersurah bahawa jika ada nama2 ustaz itu dalam senarai kuliah, maka surau itu akan dipantau atau tidak dibenarkan membuat sebarang kuliah lagi.  Aku juga memberikan pendapat.  Jika kuliah surau dibatalkan, maka menjadi tanggungjawab Pegawai Tauliah JAIS itu menggantikan kuliah yang ditiadakan.  Jemaah surau memerlukan santapan minda hampir setiap malam, walaupun sekadar mendengar dan bersandar di dinding.

Menjawab dengan Jemaah surau juga memberikan tekanan yang luar biasa. Kutipan sedekah masa Jumaat yang banyak memberikan peluang untuk memanggil ustaz2 yang terkenal tetapi keadaan sensitif yang dikenakan oleh Pegawai JAIS membuat surau berfikir banyak kali.  Ustaz2 yang bersyarah tentang munakahat dan muamalat mendapat tempat dan rasa2 semua jemaah terasa ingin bernikah lagi selepas mendengar kuliah. Bercerita tentang masalah untuk kahwin dua lebih utama dari perkara2 sensitif lain. Tentang syiah, tentang wahabi atau Shariah dalam Islam susah mendapat tempat sekarang ini kerana isu sensitif.

Setelah mendengar kuliah munakahat yang banyak, aku terasa mahu menjadi juru nikah. Kemungkinan pekerjaan ini boleh menjadi komersial jika diperhalusi dengan sistem marketing yang betul. Penerapan nilai2 hipster dan iklan yang baik, memastikan permintaan tinggi untuk juru nikah. Peluang ini bukan seperti untuk memberi kuliah atau ceramah tentang masalah keluarga tetapi khutbah untuk mengeratkan hubungan suami isteri dan ceramah ini lebih kurang sama sahaja. Kemungkinan boleh dimasukkan elemen2 kasih sayang cinta agung maka jurunikah dilihat lebih hispter dari pengantin. Boleh difikirkan.

No comments:

Post a Comment