Hari Sabtu 11/3/2017, aku menyaksikan anak saudara aku Haris bin Shahril berlari merentas desa di Taman Botani, Shah Alam. Larian ini bukan biasa2 sahaja kerana ini adalah larian untuk negara dan anak saudara aku ini berlari untuk Kedah Darul Aman. Dia wakil dari Kedah di bawah 12 tahun.
Larian ini bukan main2 kerana cabaran untuk menjadi wakil Daerah sahaja sudah menjadi cerita lagenda kami sekeluarga. Menjadi wakil negeri Kedah juga menjadi satu rekod dunia pada kami sekeluarga. Haris yang satu ini bukan calang2 pelari.
Mengikut cerita ayahnya, Haris ini memberikan kemenangan percuma untuk kawan ketika di sekolah untuk mendapat nombor 2 kerana dia selalu sangat menang. Kawan yang meminta bersungguh memohon supaya diberikan kemenangan dalam larian itu, Dan kawannya menang. Mereka berdua terpilih untuk lawan peringkat daerah.
Itu semua sejarah tetapi sejarah ini perlu dipahat dan disimpan semat kerana bukan mudah satu nama Haris bin Shahril, masuk pertandingan peringkat negeri dan terpampang wakil negeri Kedah dibelakang bajunya. Dia mendapat nombor satu untuk daerah dan nombor 3 untuk peringkat negeri Kedah.
Pagi Sabtu itu, aku sudah bersiap awal kerana menyokong anak saudara yang satu ini. Sesampai aku dan anak2 di Taman Botani sekitar 7.50 am, orang ramai sudah berkumpul dan menanti pertandingan larian merentas desa bermula. Aku diberitahu bahawa larian akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Pertanding kali ini ada 6 larian - Bawah 18, 15 dan 12 tahun Lelaki dan Perempuan.
Pertandingan bermula dengan bawah 18 dilepaskan selepas itu berturut2 sehingga akhirnya perempuan bawah 12 tahun. Pertandingan berlaku sekitar 20 minit sahaja dan diberitahu bahawa keputusan keseluruhan akan diberitahu pada pukul 10.30 pagi. Larian yang mendebarkan ini kepada peserta yang mencari kemenangan dan kepada penonton keseronokan menyorak menjadikan taman botani pada pagi itu meriah mengganggu kedamaian.
Satu2 peserta menghabiskan larian termasuk Haris dan akhirnya Haris mendapat tempat ke 25 dalam larian yang penuh cabaran. Cabaran tahun ini berbeza dengan cabaran tahun2 sebelum dan pertandingan mengikut negeri ini tidak mengirakan keadaan bukit atau gunung yang perlu direntasi. Bagi aku, Haris sudah temui keseronokan yang berbeza. Menangis dia hari itu kerana dia tahu nikmat kemenangan yang tidak sempat dia dapat.
Aku menulisnya untuk rekod dan diingati buat Haris bin Shahril yang pernah buat rekod yang bukan calang2.
No comments:
Post a Comment