Aku yang berlatar belakang Accounting dan pengurusan kewangan tidak membataskan pergerakkan didalam sistem pekerjaan. Aku pada tahun baru ini 2017, telah bertukar ke Pengurusan Sumber Manusia. Pengetahuan yang berbeza dari apa yang kita ada, mungkin memberikan satu impak besar bila diberikan posisi lain dalam syarikat.
Bila melihat sumber manusia, maka pengurusan manusia menjadi utama pada aku. Gaji, manafaat dalam kerja, kerjaya berterusan, keseimbangan kehidupan dengan kerja dan pengekalan dalam pekerjaan. Kenapa ada pekerja yang bertahan lama dengan satu2 syarikat? Kenapa ada pekerja berhenti dan masih mencari pekerjaan?
Dengan latar belakang akaun, aku mencari jawapan menggunakan fakta dan bernombor. Berapa orang yang perlu dikawal selia. Berapa gaji mereka sekarang? Satu department berapa kos gaji mereka? Dan jawapan2 itu bernombor. Dengan nombor itu aku membuat kesimpulan. Aku memberikan nama mereka dengan nombor.
Walaupun aku meninggalkan akaun yang aku jaga tetapi aku masih diperlukan untuk memberikan pandangan dengan nombor2 yang diberikan oleh akaun sekarang. Dalam akaun aku boleh mengubah nombor tetapi didalam sumber manusia ini agak sukar untuk menukar nombor. Aku terus belajar.
No comments:
Post a Comment