Kursus keibubapaan aku hadiri pada hari Ahad baru2 ini 5/3/2017. Aku dan anak mendengar cerita2 dari motivator dengan begitu teliti. Aku meletakkan diri aku pada tahap kosong dan cuba menerima segala ilmu tanpa disekat2. Anak aku yang akan menghadapi UPSR juga memberikan tumpuan tanpa gangguan. Satu gangguan berlaku bila kerusi yang aku duduk patah. Tiada detik ketawa dari umum hanya seperti iklan lakunya.
Mendengar bait2 kata motivator tentang hubungan ibu dan anak atau ayah dan anak menjadi aku teringat tentang ibu dan ayah aku sendiri. Pengharapan mereka pada aku pada satu masa dulu terlalu tinggi dan mungkin lebih tinggi dari Bukit Uhud. Aku melihat anak aku yang seorang ini. Aku juga memberikan pengharapan yang sangat tinggi dan mungkin lebih tinggi dari KLCC. Aku bercerita tentang masa anak2 aku dahulu dan cerita2 begini sangat aku seronok bercerita kerana masa dulu hanya beberapa orang yang berjaya di sekolah rendah dan salah seorang yang berjaya adalah aku.
Anak aku ini tidak berbeza dengan orang lain. Dia akan mencari bukti dan bertanya. Maka ibu aku atau nenek dia akan bercerita. Namun aku tidak rasa merendah diri atau membangga diri. Bukti cerita dari nenek anak aku cukup memberikan kepercayaan anak pada aku. Dia melihat aku seperti mentor yang boleh dipercayai dan diikuti. Ini penting kerana jangan berbohong dengan anak2. Kalau masa sekolah dulu kaki rambu ramba maka ceritalah tentang itu bukan tentang hebatnya kita menjadi pelajar contoh.
Kursus pun berjalan dari pukul 9 sehingga 12.30 tengahari. Apa yang aku ingat adalah karipap dan mee yang dihidangkan pada pertengahan kursus sungguh sedap. Bila aku tanya anak apa yang paling diingati dalam kursus tadi. Dia hanya berkata senikata lagu "gemuruh" oleh Faizal Tahir. Ikatan kami terus erat selepas kursus keibubapaan itu. Dia sudah mula bertanya soalan seperti "Baligh tu apa ayah?"
No comments:
Post a Comment