Hari istimewa ini aku kena menemuduga satu orang Amerika memohon kerja di tempat aku. Mengikut rekod, dia mempunyai Master Science of Accounting dan sedang membuat PHD di universiti Malaysia. Pernah menjadi pensyarah di Tripoli, Libya dan bekerja di Brisbane, Australia. Ada aku kisah semua pengalaman dan sijil2 yang dikumpul. Tugas aku menduga kepakaran kerana dia mahu menjual kepakaran jika syarikat aku ini mahu membeli. Kerja khas ini sebenarnya memerlukan aku lebih pakar dari yang memohon. Pernah aku ingat Tan Sri Mukhtar Bukhary bercerita bagaimana dia menjaga syarikat2 yang banyak. Dia kata dia ada 10 master degree. Semua yang bertanya terkejut kerana dengan kesibukan Tan Sri itu dalam berniaga masih boleh mengumpulkan 10 master degree. Tetapi sebaliknya Tan Sri seorang ini memberitahu 10 master degree itu datang dari 10 orang yang diambil bekerja sebagai Ketua Eksekutif di syarikat2 dia dan merekalah yang menjaga syarikat2 itu. Temuduga mesti diteruskan walaupun kepala aku berfikir macam2 - tentang lagak, gaya, pengetahuan dan aksi pemohon. Orang Amerika itu adalah Islam dan fasih dalam bahasa Arab - mungkin lama di Libya. Aku suruh dia bercerita tentang diri dan kerjaya dia sekarang. Rupa2nya bila bercerita dengan orang Amerika yang sifat terbuka mereka, mereka seolah2 sudah lama berkenalan dan bercerita seolah2 seronok dapat berkenalan dan berterimakasih di panggil temuduga. Bila sampai bab gaji, tanpa bertawar dia memberikan aku peluang meletak harga dengan kemahiran yang dia ada. Aku selalu membuat kesimpulan apabila orang memberi harga terbuka kepada penemuduga tentang gaji. Dan kesimpulan aku yang macam2 ini menyebabkan harga yang diletakkan selalunya tepat. Sudah 8 bulan di Malaysia tanpa kerja - hanya belajar, belajar yang tidak menekan dan kelapangan masa di rumah mahu dipenuhi. Dan akhirnya, lelaki Amerika itu bersetuju. Hari ini aku berjumpa lagi lelaki Amerika itu untuk memberi surat tawaran dan aku teringat hari temuduga hari Sabtu lalu 16/07/2011.
No comments:
Post a Comment