Mengikut kajian yang dibuat lebih dari 70,000 graduan masih menganggur. Peluang pekerjaan memang banyak tetapi graduan2 terlalu memilih menyebabkan mereka lebih baik menganggur. Dalam masa seminggu, syarikat aku ingin mencari penyambut tetamu dan kehadiran untuk ditemuduga sebanyak 4 orang. 2 dari yang memohon mempunyai ijazah dari universiti. Nampak seperti tidak memilih. Tetapi adakah salah budak2 ini memilih pekerjaan. Pilihan terpaksa dibuat kerana gaji. Gaji yang rendah pasti tidak memenuhi keperluan untuk hidup dalam keadaan sekarang. Hutang PTPTN kena bayar, sewa rumah, makan & minum dan minyak motor. Peluang berintenship dengan GLC tidak ditolak pun. Gaji/elaun yang diberi sebanyak RM1,000 sahaja tetapi mereka tidak memilih. Cuma selalu berdoa untuk dikekalkan tetapi jadi sebaliknya. Graduan2 ini terpaksa berlagak untuk memilih kerana kalau gaji yang diberikan tidak mencukupi untuk mereka, memilih pekerjaan adalah cara yang terbaik bagi mereka. Apa kualiti yang dicari untuk mendapat pekerjaan sekarang? Tempat aku memerlukan orang yang boleh berbahasa Inggeris. 2 graduan yang aku temuduga minggu ini sangat menyedihkan walaupun aku bertanya secara lawak. Cuba tulis tentang diri dalam bahasa Inggeris - salah seorang itu menulis dalam bahasa Malaysia seperti tulis dalam telefon (SMS). Bila aku tanya UMUR dalam bahasa Inggeris, dia menyatakan AGE. Aku suruh dia bertanya berapa umur anda - dia menyatakan 'What age are you?' tanpa rasa bersalah pun. Bukan aku tak bagi peluang tapi raja lawak dan maharaja lawak pun sudah habis sirinya untuk aku ketawa. Aku nasihatkan kepada graduan yang tidak memilih pekerjaan supaya terima dulu apa sahaja kerja kerana itu akan membina sahsiah diri untuk kemudian hari.
No comments:
Post a Comment