Yang selalu jengok

Friday, October 14, 2011

Susu Badan

Semua ibu mengidamkan dapat bersama bayi menyusu sehingga bayi menolak.  Ini adalah kempen berterusan kerajaan, doktor, bidan2 hatta orang biasa pun.  Bayi yang mendapat susu ibu pasti kurang selsemanya, sakitnya, elak demam kuning, kuat immunisasi badan, cepat membesar dan tidur yang puas.  Bayi yang mendapat susu dari tin atau berformula pasti ibunya tak cukup tidur malam, suami yang marah2 kena tolong bangkit waktu malam dan malam yang panjang menjadi pendek.  Tetapi ini adalah yang biasa terjadi kerana ibu2 sekarang berkerjaya dan keputusan menyusu itu kadang2 tertakluk pada masa.  Setiap pagi sebelum ke kerja, ibu2 kena memastikan stok yang cukup untuk anak.  Ada anak yang tidak sesuai berputingkan plastik maka susu2 itu tidak dijamah lansung oleh bayi mereka.  Ada bayi yang mahu didukung waktu menyusu dan tempat2 asuhan tidak cukup orang untuk memastikan pendukungan ini berlaku. Kempen tinggal kempen kerana apabila bayi sudah tak mahu menyusu menggunakan puting plastik maka bayi akan menangis dan tempat asuhan tidak mahu menerima bayi yang tidak berhenti menangis.  Maka mahu tak mahu, bayi akan diajar minum susu berformula yang bermacam2.  DHA, A, B C, zat besi, protein, kabohidrat (sekadar menamakan yang ingat je).  Teringat mak aku cakap ketika aku mahu menghantar anak yang pertama ke tempat asuhan "Senang nak jaga kalau minum susu botol".  Dan semalam aku berjumpa kawan yang memberitahu isterinya akan berhenti kerja kerana menyusukan anak.  TABIK.

The Way Back

Melayan cerita2 panjang kadang2 memerlukan kesabaran dan tumpuan.  Cerita ini berkisar tentang tahanan perang semasa Stalin menahan orang Poland, Amerika dan lain2 di penjara Siberia - Gulag.  Lakonan Colin Farel dan Ed Haris tentang kehidupan memang berbeza di dalam filem ini.  Beberapa orang merancang lari dari penjara dan merentasi 5 benua hanya untuk menyelamatkan diri.  Kisah pelarian mereka yang bermacam2 ini mencantikkan cerita dan memberi motivasi.  Setelah lari dari Siberia, mereka menuju ke China tetapi terkejut kerana China juga adalah komunis.  Mereka bergerak ke, Mongolia, Tibet dan terus ke India.  Teringat beberapa ayat didalam filem yang terlalu berkesan seperti "Being punish is to alive" di dalam penjara.  "Being dead is freedom" di dalam penjara dan bila melarikan diri "Better dead as a freedom".  Cerita tentang semangat and inspirasi yang terlalu jauh.


Wednesday, October 12, 2011

The Veteran

Cerita tentang veteran perang sudah banyak kali di tayangkan dan yang paling diingati adalah siri Rambo.  Veteran di dalam filem ini adalah bekas tentera yang ditugaskan di Afganistan.  Konflik bermula apabila beliau ditugaskan untuk mengintip pergerakan kumpulan terrorist oleh FBI.  Suasana persekitaran jiran pula penuh dengan masalah kecurian dan gansterism.  Cerita yang terlalu perlahan dan hanya pelakon utama memberikan lakonan terbaik.  Watak2 tempelan tidak mengangkat filem untuk ditonton.  Akhirnya pelakon utama mati ditangan seorang budak yang terlibat dengan gangsterism.


ARENA

Filem yang dibintangi oleh Samuel L Jackson banyak kali aku tonton.  Tapi filem ini tidak memberikan impak apa2 kepada pelakon ini untuk menunjukkan kepakaran berlakun.  Tidak diketahui kenapa Samuel L Jackson mahu berlakun filem2 begini. Cerita tentang gladiator secara on line di papar di skrin komputer.  Babak darah yang banyak menjadi inti pati filem ini.  Seorang ajen CIA diminta masuk ke dalam suasana gladiator ini untuk merungkai kes yang tidak dapat diselesaikan.  Samuel L Jackson adalah seorang peniaga yang menjual aksi gladiator ini untuk tontonan yang selalu berakhir dengan pembunuhan.  Dua orang pahlawan akan ditetapkan berlawan dalam satu pertandingan yang berakhir dengan kekalahan.  Dan ironinya pendapat penonton diminta untuk dibunuh atau tidak dan selalunya peratus yang meminta dibunuh akan tinggi.  Ini adakan satu refleksi biasa jika kita sebagai manusia diminta memberi pendapat setelah melihat orang kalah.  Filem yang sekadar boleh ditonton dan kalau boleh tonton sendiri kerana banyak babak pergaduhan dan atas katil.

Tuesday, October 11, 2011

AHMAD JAIS

Ahmad Jais telah meninggal dunia pada pagi ini. (1936 -2011)

Barang2 yang dimurahkan

Kenaikan barang keperluan di bandar terlalu signifikan dengan kuasa membeli.  Duduk di bandar berkahwin dan ada anak tidak sama dengan orang yang duduk di kampung berkahwin.  Walaupun orang di bandar mempunyai peluang kerja yang banyak tetapi tidak menjamin kuasa membeli seseorang itu kuat.  Orang miskin di bandar sebenarnya bertambah setiap tahun kerana kenaikan barang keperluan ini.  Dengan membawa pulang gaji bulanan di bawah RM1,000 kemungkinan boleh dikategori sebagai orang miskin.  RM1,000 bulanan untuk menampung tambang bas, sarapan, makan tengahari, tambang, makan malam, sewa rumah, telefon sudah memenatkan.  Ini belum lagi jika ada hutang PTPTN, kredit kad,  ansuran kereta dan minyak pastinya.  Simpanan tetap untuk menghadapi masa2 kecemasan pasti tidak ada.   Insuran untuk diri jauh sekali.  Dan kita sepatutnya mengambil perhatian dengan insentif2 yang diberikan untuk menghadapi kemaslahat hidup yang memeritkan.  Sila rujuk dengan budget 2011 untuk mengetahui barang2 yang telah dimurahkan - beg duit, dompet, langsir, suit baju, pewarna rambut, bola golf, seluar dalam, baju tidur dan lain2.

Sedunia

Selepas popular


Sebelum popular

Saturday, October 8, 2011

REUNION ATDI 83 - 87


Dari kiri depan - Badlisham, Janon, Sahabudin, Yurasbee, Zamzuri, Nazaruddin, Ahmad Firdaus dan Amir Firdaus
barisan belakang dari kiri - Adzam, Fadzli, Rohid, Fauzi, Rudin, Azman dan Affendy 

Berdiri dari kiri - Boden, Rokid, Pojek, Rudin, Abip, Ndok, Pendi, Naza, Adzam
Duduk dari kiri - Lend, Daus, Zul, Zam, Janon, Kudut

Semalam berlansung pertemuan bekas pelajar Yayasan Selangor - Asrama Tun Dr Ismail 1983 - 1987 di Sec 23 Restauran Seri Segi (Seafood) bermula pukul 9.00 pm 07/10/2011 dan berakhir 1.40 am 08/10/2011.

Wednesday, October 5, 2011

The Ledge

Cerita tentang bunuh diri seorang ethis (tidak ada kepercayaan agama) tentang bercinta.  Lakonan Hunnam dan Liv Tyler (anak Steven Tyler) memang berkesan.  Cerita bermula tentang seorang lelaki yang berada di atas satu tembok mahu membunuh diri pada pukul 12 tengahari.  Seorang polis 'negotiator' lakonan Terrence Howard memujuk lelaki itu.  Dia juga mempunyai masalah peribadi tentang kepercayaan.  Pada hari yang sama dia mengetahui bahawa dia mempunyai sperma yang tidak berfungsi tetapi dia memiliki 2 orang anak dengan isterinya.  Ini telah menimbulkan konflik kepercayaan.  Cerita yang berulang2 untuk memberi kefahaman dan naratif cerita yang baik.  Seorang yang kuat Katoliknya tergugat apabila mengetahui tentang isteri yang bermain kayu tiga dan konflik kepercayaan ini dibawa sehingga membunuh diri.  Tidak sesuai untuk ditonton kalau tidak memiliki pegangan yang kuat kerana seolah2 ethis itu adalah kepercayaan yang benar.

Sunday, October 2, 2011

Taman Tema Genting Highland

Merancang perjalanan cuti yang singkat untuk anak2 kecil memang tidak memerlukan fikiran yang panjang.  Masuk kereta dan mulakan perjalanan terus ke tempat yang dirancang.  Semalam kami sekeluarga ke Genting Highland.  Seronok anak2 memberi keletihan pada ibubapa.  Mereka seperti mesin yang mesti dipaksa berhenti untuk diberi makan atau berehat.  Ada dua taman tema di Genting Highland.  Satu di dalam bangunan dan di luar kawasan terbuka.  Kerana takut hujan, kami cuma membeli tiket untuk di dalam sahaja.  Berapa harganya?  Jika pemegang mykad maka boleh membeli pas seharian sebanyak RM41 dan jika membeli di dalam sahaja maka ia berharga RM28 untuk seorang.  Maka RM56 dibayar untuk dua orang anak aku.  Setiap permainan boleh juga dibeli untuk sekali main iaitu sekali berharga RM8.  Dan mainlah mereka sepuasnya sampai letih tetapi yang lebih penat adalah ibubapa yang membawa.  Setiap perjalanan begini yang paling penting bagi aku adalah tempat untuk bersolat.  Aku bergerak dari satu sudut ke satu sudut dan akhirnya aku berjumpa tempat untuk solat.  Ia betul2 berada disebelah dengan tempat kasino dan surau ini berada dibawah kasino.  Aku bergurau dengan isteri tentang pening aku hendak memilih pintu yang mana satu kerana kasino nampak hebat dijaga oleh Polis Bantuan Islam dan lambang surau kecil berada di sebelah.  Perjalanan seharian bermula 9.30 am sehingga 5.00 pm memberi ingatan kuat pada anak2 aku dan hari ini mereka membawa peta taman tema untuk dikongsi dengan kawan2 sekolah.

Graduation Day

Berapa kali kita diraikan sepanjang hidup.  Masa lahir, masa kawin dan bila kita mati nanti.  Setiap orang melalui masa diraikan ini walaupun tidak berapa meriah setiap satunya jika dibuat secara tidak halal.  Bagaimana kalau kita mahu diraikan beberapa kali selain dari hari2 lahir, kawin dan mati itu.  Secara praktikal yang paling bagus adalah pada hari penyampaian sijil, ijazah, Master atau doktorate.  Kita diraikan oleh kaum keluarga dan hari ini adalah yang paling seronok ketika minda sudah berfikir waras dan merasakan masa depan yang lebih bahagia.  Proses setiap satunya mengambil masa hidup kita panjang dan keseronokan hanya berlaku sehari iaitu pada hari Graduasi.  Belajarlah walau kita rasa otak sudah berkarat atau sibuk tak punya masa kerana kita akan diraikan sebagai tambahan untuk seronok.