Berapa kali kita diraikan sepanjang hidup. Masa lahir, masa kawin dan bila kita mati nanti. Setiap orang melalui masa diraikan ini walaupun tidak berapa meriah setiap satunya jika dibuat secara tidak halal. Bagaimana kalau kita mahu diraikan beberapa kali selain dari hari2 lahir, kawin dan mati itu. Secara praktikal yang paling bagus adalah pada hari penyampaian sijil, ijazah, Master atau doktorate. Kita diraikan oleh kaum keluarga dan hari ini adalah yang paling seronok ketika minda sudah berfikir waras dan merasakan masa depan yang lebih bahagia. Proses setiap satunya mengambil masa hidup kita panjang dan keseronokan hanya berlaku sehari iaitu pada hari Graduasi. Belajarlah walau kita rasa otak sudah berkarat atau sibuk tak punya masa kerana kita akan diraikan sebagai tambahan untuk seronok.
No comments:
Post a Comment