Kenaikan barang keperluan di bandar terlalu signifikan dengan kuasa membeli. Duduk di bandar berkahwin dan ada anak tidak sama dengan orang yang duduk di kampung berkahwin. Walaupun orang di bandar mempunyai peluang kerja yang banyak tetapi tidak menjamin kuasa membeli seseorang itu kuat. Orang miskin di bandar sebenarnya bertambah setiap tahun kerana kenaikan barang keperluan ini. Dengan membawa pulang gaji bulanan di bawah RM1,000 kemungkinan boleh dikategori sebagai orang miskin. RM1,000 bulanan untuk menampung tambang bas, sarapan, makan tengahari, tambang, makan malam, sewa rumah, telefon sudah memenatkan. Ini belum lagi jika ada hutang PTPTN, kredit kad, ansuran kereta dan minyak pastinya. Simpanan tetap untuk menghadapi masa2 kecemasan pasti tidak ada. Insuran untuk diri jauh sekali. Dan kita sepatutnya mengambil perhatian dengan insentif2 yang diberikan untuk menghadapi kemaslahat hidup yang memeritkan. Sila rujuk dengan budget 2011 untuk mengetahui barang2 yang telah dimurahkan - beg duit, dompet, langsir, suit baju, pewarna rambut, bola golf, seluar dalam, baju tidur dan lain2.
No comments:
Post a Comment