Cerita tentang bunuh diri seorang ethis (tidak ada kepercayaan agama) tentang bercinta. Lakonan Hunnam dan Liv Tyler (anak Steven Tyler) memang berkesan. Cerita bermula tentang seorang lelaki yang berada di atas satu tembok mahu membunuh diri pada pukul 12 tengahari. Seorang polis 'negotiator' lakonan Terrence Howard memujuk lelaki itu. Dia juga mempunyai masalah peribadi tentang kepercayaan. Pada hari yang sama dia mengetahui bahawa dia mempunyai sperma yang tidak berfungsi tetapi dia memiliki 2 orang anak dengan isterinya. Ini telah menimbulkan konflik kepercayaan. Cerita yang berulang2 untuk memberi kefahaman dan naratif cerita yang baik. Seorang yang kuat Katoliknya tergugat apabila mengetahui tentang isteri yang bermain kayu tiga dan konflik kepercayaan ini dibawa sehingga membunuh diri. Tidak sesuai untuk ditonton kalau tidak memiliki pegangan yang kuat kerana seolah2 ethis itu adalah kepercayaan yang benar.
No comments:
Post a Comment