Merancang perjalanan cuti yang singkat untuk anak2 kecil memang tidak memerlukan fikiran yang panjang. Masuk kereta dan mulakan perjalanan terus ke tempat yang dirancang. Semalam kami sekeluarga ke Genting Highland. Seronok anak2 memberi keletihan pada ibubapa. Mereka seperti mesin yang mesti dipaksa berhenti untuk diberi makan atau berehat. Ada dua taman tema di Genting Highland. Satu di dalam bangunan dan di luar kawasan terbuka. Kerana takut hujan, kami cuma membeli tiket untuk di dalam sahaja. Berapa harganya? Jika pemegang mykad maka boleh membeli pas seharian sebanyak RM41 dan jika membeli di dalam sahaja maka ia berharga RM28 untuk seorang. Maka RM56 dibayar untuk dua orang anak aku. Setiap permainan boleh juga dibeli untuk sekali main iaitu sekali berharga RM8. Dan mainlah mereka sepuasnya sampai letih tetapi yang lebih penat adalah ibubapa yang membawa. Setiap perjalanan begini yang paling penting bagi aku adalah tempat untuk bersolat. Aku bergerak dari satu sudut ke satu sudut dan akhirnya aku berjumpa tempat untuk solat. Ia betul2 berada disebelah dengan tempat kasino dan surau ini berada dibawah kasino. Aku bergurau dengan isteri tentang pening aku hendak memilih pintu yang mana satu kerana kasino nampak hebat dijaga oleh Polis Bantuan Islam dan lambang surau kecil berada di sebelah. Perjalanan seharian bermula 9.30 am sehingga 5.00 pm memberi ingatan kuat pada anak2 aku dan hari ini mereka membawa peta taman tema untuk dikongsi dengan kawan2 sekolah.
No comments:
Post a Comment