Semua ibu mengidamkan dapat bersama bayi menyusu sehingga bayi menolak. Ini adalah kempen berterusan kerajaan, doktor, bidan2 hatta orang biasa pun. Bayi yang mendapat susu ibu pasti kurang selsemanya, sakitnya, elak demam kuning, kuat immunisasi badan, cepat membesar dan tidur yang puas. Bayi yang mendapat susu dari tin atau berformula pasti ibunya tak cukup tidur malam, suami yang marah2 kena tolong bangkit waktu malam dan malam yang panjang menjadi pendek. Tetapi ini adalah yang biasa terjadi kerana ibu2 sekarang berkerjaya dan keputusan menyusu itu kadang2 tertakluk pada masa. Setiap pagi sebelum ke kerja, ibu2 kena memastikan stok yang cukup untuk anak. Ada anak yang tidak sesuai berputingkan plastik maka susu2 itu tidak dijamah lansung oleh bayi mereka. Ada bayi yang mahu didukung waktu menyusu dan tempat2 asuhan tidak cukup orang untuk memastikan pendukungan ini berlaku. Kempen tinggal kempen kerana apabila bayi sudah tak mahu menyusu menggunakan puting plastik maka bayi akan menangis dan tempat asuhan tidak mahu menerima bayi yang tidak berhenti menangis. Maka mahu tak mahu, bayi akan diajar minum susu berformula yang bermacam2. DHA, A, B C, zat besi, protein, kabohidrat (sekadar menamakan yang ingat je). Teringat mak aku cakap ketika aku mahu menghantar anak yang pertama ke tempat asuhan "Senang nak jaga kalau minum susu botol". Dan semalam aku berjumpa kawan yang memberitahu isterinya akan berhenti kerja kerana menyusukan anak. TABIK.
No comments:
Post a Comment