Yang selalu jengok

Wednesday, June 29, 2011

Lagu Best Sih 2

Yellow = Kuning

Semua radio FM sudah bercerita tentang perhimpunan yang akan dibuat di KL pada 09/07/2011.  Pagi tadi Abon dan OS di RTM juga sudah berpantun minta jangan berhimpun.  Setiap hari bila masuk dalam kereta mendengar radio iklan menyuruh jangan berhimpun juga diberitahu.  Hatta Fauziah Ghous pelakon pun suruh menjaga kemerdekaan.  Pelakon ini menceritakan takut beliau hilang kemerdekaan memang memelikkan. Pelik dengan promosi yang sebegini hebat.  Utusan dan Berita Harian hampir setiap hari menolong mengirakan masa hari perhimpunan.  Utusan bercerita tentang bantuan kewangan dari CIA dan kemasukan unsur komunis dalam perhimpunan ini.  Sibuk polis memanggil Datuk Ambiga pengerusi perhimpunan dan Sasterawan Negara A Samad Said kerana baca sajak tentang perhimpunan.  Sudah lama tak dengar cerita tentang sajak yang menaikkan semangat. Anwar Ibrahim juga sudah dipanggil semalam bercerita tentang perhimpunan. Pemuda UMNO sudah menyeluk pekasam mahu pasti berada di KL pada hari itu.  Perkasa dengan Ibrahim Ali juga tidak putus2 berkempen menyatakan mereka akan turun pada hari itu.  Tangkapan juga sudah dilakukan secara berperingkat pada hari Sabtu lepas 25/06/2011 dan 26/06/2011 iaitu sesiapa yang memakai warna kuning berkumpul dan boleh ditangkap.  Ia seolah2 akan jadi dan pasti berhimpun. Rasa2 seperti satu perhimpunan keseronokan dan sesiapa tak datang pasti tidak termasuk dalam sejarah.  Mungkin kempen besar-besaran secara percuma ini boleh menambah naikkan peserta perhimpunan. 


Lagu Best Sih

Pesta Sokhran Kuala Lumpur 09/07/2011

Mari melawat Malaysia, Pesta Air Sokhran yang berlaku dulu pada tahun 2007 menjadi saksi.  Dan dijawab oleh menteri Penerangan pada masa itu secara semulajadi. Datang KL 9 Julai 2011 nanti dan saksikan lagi pesta yang sama.

Tuesday, June 28, 2011

Thailand - TUKAR Lampin

Chuvit Kamolvisit adalah salah satu calon dalam pilihanraya di Thailand.  Beliau pernah bertanding untuk menjadi Datuk Bandar Bangkok.  Beliau mempunyai perniagaan Urut yang terbesar di Bangkok.  mengikut rekod beliau mempunyai lebih dari 600 orang perempuan mengurut di seluruh Bangkok.  Kempen sebagai ahli parlimen yang dibuat sekarang pasti diingati oleh orang ramai kerana kempen orang marah.  Beliau meletakkan gambar di banner2 seperti orang yang sedang marah.  Beliau memberitahu bahawa jika kamu memilih Abhisit (PM Thailand sekarang) maka yang berbaju merah berdemo sepanjang masa dan jika pilih adik Thaksin, Yingluck (perempuan cantik) maka yang berbaju kuning pula akan penuhi jalan.  Dia dengan marah minta penduduk Bangkok memilih beliau kerana bagi dia, "menukar pemimpin adalah seperti menukar lampin bayi, selalu tukar lebih baik". Jom kita tukar lampin lama yang sudah terpakai lebih 50 tahun kepada yang baru.  Baju kuning akan turun ke jalan pada 9 Julai 2011 nanti dan ini adalah meminta proses pilihanraya lebih adil.  Ke arah LAMPIN baru.

Monday, June 27, 2011

The Adjustment Bureau

Kalau mengharapkan cerita seperti Bourne Trilogy maka pasti hampa.  Cerita tentang seorang senator yang tidak boleh mengubah perjalanan hidupnya kerana pasukan Adjustment Bureau akan pastikan perjalanan itu mengikut apa yang telah dirancangkan.  Digambarkan beberapa orang yang memakai topi sekitar tahun 1950an memastikan hero akan berjalan tempat yang sama, naik bas yang sama, waktu sampai yang sama dan jika tidak maka mereka akan datang memastikan perjalanan itu mengikut buku mereka.  Ia bukan seperti CIA atau FBI di Amerika tetapi apabila salah seorang bersembang dengan hero (Matt Damon) maka diberitahu bahawa mereka adalah 'angel'.  Tidak perlu memikirkan terlalu tinggi.  The Adjustment Bureau adalah satu biro yang memastikan semua terjadi dan menasihatkan seseorang sepaya berada di landas yang mereka lakarkan.  Semua 'angel' ini ada buku seperti papago iaitu GPS untuk melihat perjalanan kehidupan seseorang.  Dan yang paling kelakar adalah Matt Damon itu boleh menjadi seperti mereka apabila memakai topi yang sama.  Pelik punya cerita tetapi tak memandai untuk mencabar minda.

Source Code

Cerita seperti 'back to the Future' ini tidak lansung mencabar minda untuk ditonton.  Kalau dibandingkan dengan Inception maka filem ini berada di tangga 3 dari 10 sahaja.  Jake Gylenhall adalah pelakon generasi baru yang selalu dinantikan.  Tahun lepas beliau berlakun cerita Prince of Persia dan pernah berlawan Academy untuk pelakon terbaik dalam filem 'The Brokeback Mountain'.  Cerita Souce Code bermula didalam keretapi iaitu 8 minit sebelum keretapi yang masuk ke Chicago akan meletop.  Ulangan cerita lebih dari 8 kali diperlukan untuk mencari pengebom yang melancarkan bom itu.  Setiap kali ulangan cerita maka Jake terpaksa melapurkan kepada pihak yang sehingga hujung cerita tidak diketahui dari mana - bukan FBI atau CIA tetapi pihak tentera.  Jake telah mati dalam pertempuran di Iraq dan mindanya telah digunakan untuk mencari 'Source Code' dan membantu Amerika mencari di mana lagi bom2 di pasang oleh pengganas.  Dan akhirnya dan sepatutnya keretapi itu pasti juga meletop tidak jadi dan semua orang selamat.  Ini adalah kejatuhan atau permainan minda paling lemah dan tidak sesuai untuk orang yang berfikir.  Cerita terlalu hayal dari kenyataan.

Sunday, June 26, 2011

5 DAYS OF WAR

Menonton cerita perang memang santai.  Tetapi cerita perang yang satu ini memerlukan konsentrasi yang lebih.  Cerita tidak tahu benar atau dari mana idea ia datang tetapi peperang berlaku berdasarkan peperangan yang benar antara Rusia dan Georgia.  Berlaku pada bulan Ogos 2008.  Cerita dari wartawan2 ini dan bagaimana mereka mendapat maklumat memang mengkagumkan.  Apa yang bagus tentang cerita ini adalah ia membawa kita begitu hampir dengan peperangan saudara ini dan terasa2 seperti kita terlibat sama dengan peperangan itu.  Beberapa pemimpin dunia keluar didalam filem ini menambahkan kebenaran cerita.  Ia hanya berlaku 5 hari tetapi selama 5 hari itu wartawan2 memberi nyawa pada cerita.  Mereka bersungguh mahu mendapat berita dan pasti yang mereka cari adalah nama. Tidak hairan kalau kita mendengar tentang kematian wartawan pada sesebuah peperangan kerana mereka berada terlalu hampir dengan mesingan, bom atau mortar. Cerita yang boleh melekatkan kita di kerusi sehingga habis. Menyeronokkan dan mendebarkan setiap masa.  Aksi2 pengeboman dan kekejaman digambarkan begitu baik untuk dinilai.  Cerita tanpa kasihan dan belas apabila peperangan digambarkan berlaku. Cerita ini akan keluar bulan August 2011 nanti.

Saturday, June 25, 2011

Video Terbaru Anwar Ibrahim

Video terbaru Anwar Ibrahim (AI) dalam Demi rakyat menunjukkan AI berada dalam LRT dan bercerita tentang berbagai masalah rakyat termasuk cerita masalah kenderaan awam.  Aku teringat kisah dalam buku yang pernah aku baca tentang Ahmadinejad President Iran sekarang sebelum menjadi president.  Kempen beliau yang pertama ditunjukkan kepada rakyat adalah apabila beliau menaiki bas bersama2 orang kebanyakan dan bercerita tentang masalah kenderaan awam.  Ini adalah video yang ada kesamaan untuk mengetahui tentang pemimpin yang mengetahui masalah rakyat.  Dalam video itu juga ditunjukkan AI memberikan tazkirah selepas solat kerana jemaah yang baru selesai solat.  Video yang begini memang menarik perhatian untuk dinilaikan.  Ahmadinejad walaupun popular tetapi masih mendapat tekanan dari orang Iran sendiri.  Beliau sudah memerintah Iran selama 2 penggal dan terus menjadi kuat.  Apa kekuatan yang ada pada Ahmadinejad adalah kesederhanaan yang ditonjolkan untuk menyelesaikan masalah rakyat Iran. 

Friday, June 24, 2011

Tayang Lucah

Penayangan cerita lucah secara terbuka telah dikenakan tindakan dengan denda sebanyak RM1,500 sehingga RM2,000.  Denda sebanyak itu pasti tidak menimbulkan masalah kepada ketiga2 orang yang bergelar Datuk hingga Tan Sri itu.  Mereka disambut sebagai pahlawan kerana berjaya mengaku salah kerana menayangkan filem lucah secara terbuka.  Kes penggulungan oleh peguam cara mereka juga agak bagus dan dapat memberikan satu cerita yang penting untuk dikeluarkan di akhbar2 utama hari esok.  Rahim Tamby Chik membuat ulasan sebagai kami sanggup berkorban untuk mencari kebenaran.  Hebat pahlawan Melayu ini.  Secara ironinya menayangkan cerita lucah walaupun kartun yang pasti lucah maka tidak memerlukan polis menyiasat sehingga hendak mengetahui pelakunya.  Beberapa ketika setiap kali ditanya wartawan pihak polis pasti akan menyebut bahawa video itu dihantar ke Hong Kong dan Amerika untuk dipastikan ketulenan video.  Video lucah walaupun kartun tak perlu mendapat pengesahan kerana lucah adalah lucah.  Pelaku manusia hatta kartun kalau menampakkan alatan wanita dan lelaki dan gaya ke arah lucah maka ia adalah lucah.  Kes video semalam adalah politik yang akan digunakan secara baik untuk menimbulkan cerita.  Polis memberitahu juga semalam bahawa pelaku tidak akan didakwa kerana tiada dalam peruntukan.  Seperti bahan2 lucah yang keluar didalam internet tentang budak2 sekolah, tepi tangga dan dalam hutan.  Mereka tidak didakwa kerana bukan pengedar tetapi pelaku yang dirakam curi.  Cara ini adalah untuk memastikan setiap rakyat Malaysia menonton dan ini amat memalukan.  Dulu kanak2 pada tahun 1998 bertanya ibubapa mereka tentang 'apa itu liwat dan beza dengan lewat' kerana dikeluarkan di muka hadapan akhbar tetapi sekarang makin hebat kerana 99.99% sahih dan kanak2 yang berada tahun 1998 sudah mula mahu mengundi. 

Thursday, June 23, 2011

Tipu 2

Pada tahun lepas, aku telah disapina untuk ke mahkamah.  Terkejut mak aku kerana kereta patrol Polis datang ke rumahnya waktu malam.  Aku telah diminta ke balai polis yang berdekatan untuk melapurkan diri.  Berdebar2 rasa hati kerana setahu aku kerja di Bank tidak melibatkan kerja2 luaran yang pelik2 begini.  Sesampai aku di balai polis, aku telah dirujukkan dengan satu kes penipuan cek untuk membuat baju sebanyak RM1 juta.  Pening kepala memikirkan, kerja bank dan kes tipu yang bagaimana aku terlibat.  Aku memberanikan diri meminta untuk membaca perihal kes panel kod 104 itu.

Sebenarnya kes itu adalah tentang penipuan untuk mendapatkan kain yang murah dari butik yang mahal.  Mengikut cerita, seorang wanita telah berjumpa dengan Menteri dan mahu menderma baju2 batik untuk Kementerian yang suka pakai baju batik.  Sebelum derma mahu dilakukan, perempuan ini meminta kementerian mencari syarikat yang boleh membekal kain batik terbaik dan termahal.  Setelah berbincang dan mendapat kata putus untuk membekal/derma kain batik maka perbincangan mula berlaku diantara penderma dengan pembekal kain pula. Setelah berbincang harga ditetapkan kemungkinan sehingga jutaan ringgit maka si penderma memohon duit sedikit sekitar RM100,000 atau RM200,000 untuk diberikan kepada kementerian yang lain pula.  Setelah cek bertukar tangan dan pembekal terasa mendapat pulangan yang lebih tinggi tetapi akhirnya tertipu dimana batik dibuat untuk didermakan tapi duit tidak nampak dari penderma.  Yang mereka hilang adalah duit sogokan sekitar RM100,000 atau RM200,000.  Duit2 ini dicairkan dibank aku yang menyebabkan aku menjadi saksi.  Pembekal baju butik diberikan cek2 akan datang berharga sehingga RM1.0 juta untuk derma ini dan akhirnya cek2 ini adalah cek kosong dan ditendang oleh bank aku.

Cerita yang lebih kurang sama dengan penipuan tentang derma Al Quran (rujuk posting Tipu 1).  Aku adalah saksi kes untuk cek2 yang tendang itu dan dijadikan saksi pakar untuk menentukan tranksaksi yang dibuat.  Mahkamah telah memanggil saksi terdahulu tetapi disebabkan Pengurus Bank yang lama telah berpindah maka aku telah menjadi saksi utama.  Kereta Patrol Polis terpaksa bergegas ke rumah mak aku walaupun malam kerana kes akan dibincangkan di Mahkamah Shah Alam pagi2 esok.  Aku marah dengan ketua balai kerana buat mak aku terkejut dan aku terpaksa datang malam2 ke balai dan menimbulkan kesangsian jiran2 sebelah rumah.

Di Mahkamah, aku melihat geng penipu itu hanyalah seorang mak cik tua yang bergaya seperti mak2 Datin yang kaya.  Dan dihujung bilik mahkamah seorang perempuan tua sedang mengumat-gamit mulutnya.  Aku duduk sebelah pegawai polis yang bertugas di luar dan bertanya tentang kes ini, pegawai polis itu memberitahu kes sudah masuh hari ke 2 dan perempuan mengumat-gamit itu mungkin bomoh untuk menukarkan pendirian saksi.  Aku naik ke tempat saksi dan bersumpah  untuk memberi keterangan tanpa tipu.  Dan tanpa berlaku apa2 perempuan yang mengumat gamit mulut itu menenong aku macam nak makan. Aku hanya senyum dan senyum.  Tak perlu bayar apa2. Aku mungkin dibayar untuk menjadi saksi pakar pada hari itu dan nasihat aku kepada peniaga2 yang dengan mudah mendapat kontrak berjaga2 dengan penipuan.

TIPU 1

Pada tahun 2007 dulu seorang lelaki telah datang kepada Menteri dan memberitahu dia mahu menderma RM2 juta harga Al Quran kepada penduduk di Kemboja.  Dia telah memberikan keputusan tentang  pencetak yang mahu dipilih kepada Menteri tersebut.  Setelah berbincang, Menteri pun memanggil sebuah syarikat pencetak yang rapat dengan beliau.  Aku kenal pencetak itu dan ini adalah kontrak tanpa runding dan pasti boleh membuat duit.  Syarikat itu telah diberikan 4 cek yang amaunnya RM500,000 setiap satu.  Syarikat yang pengalaman mencetak bahan2 untuk pejabat seperti buku tahunan tentu tidak ada pengalaman mencetak AL Quran.  Menteri terus mengenalkan syarikat pencetakan itu dengan orang yang mahu menderma.  Setelah berjumpa berlakulah penipuan yang tidak terfikir oleh Menteri dan syarikat pencetakan itu.  Lelaki itu juga memberitahu bahawa dia memerlukan sekarang RM100,000 pendahuluan untuk memberikan hadiah kepada kelab sukan kementerian tersebut.  Dia telah meminta kepada syarikat pencetakan untuk dahulukan kerana 4 cek sudah diberikan.  Setelah diberikan tunai kepada lelaki penderma, dia telah hilang dengan RM100,000 dan semua cek2 yang diberikan tiada wang didalam bank.  Aku telah menjadi saksi untuk kes ini dan mengikut kata Pegawai Penyiasat kes ini, penipuan begini bergerak keseluruh negara dan terus menipu orang dan telah mengumpulkan lebih RM4 juta ringgit dalam masa 6 bulan.  Yang pedihnya kepada kontraktor2 yang telah mengeluarkan duit pendahuluan untuk masuk ke kelab sukan Kementerian.