Pada tahun lepas, aku telah disapina untuk ke mahkamah. Terkejut mak aku kerana kereta patrol Polis datang ke rumahnya waktu malam. Aku telah diminta ke balai polis yang berdekatan untuk melapurkan diri. Berdebar2 rasa hati kerana setahu aku kerja di Bank tidak melibatkan kerja2 luaran yang pelik2 begini. Sesampai aku di balai polis, aku telah dirujukkan dengan satu kes penipuan cek untuk membuat baju sebanyak RM1 juta. Pening kepala memikirkan, kerja bank dan kes tipu yang bagaimana aku terlibat. Aku memberanikan diri meminta untuk membaca perihal kes panel kod 104 itu.
Sebenarnya kes itu adalah tentang penipuan untuk mendapatkan kain yang murah dari butik yang mahal. Mengikut cerita, seorang wanita telah berjumpa dengan Menteri dan mahu menderma baju2 batik untuk Kementerian yang suka pakai baju batik. Sebelum derma mahu dilakukan, perempuan ini meminta kementerian mencari syarikat yang boleh membekal kain batik terbaik dan termahal. Setelah berbincang dan mendapat kata putus untuk membekal/derma kain batik maka perbincangan mula berlaku diantara penderma dengan pembekal kain pula. Setelah berbincang harga ditetapkan kemungkinan sehingga jutaan ringgit maka si penderma memohon duit sedikit sekitar RM100,000 atau RM200,000 untuk diberikan kepada kementerian yang lain pula. Setelah cek bertukar tangan dan pembekal terasa mendapat pulangan yang lebih tinggi tetapi akhirnya tertipu dimana batik dibuat untuk didermakan tapi duit tidak nampak dari penderma. Yang mereka hilang adalah duit sogokan sekitar RM100,000 atau RM200,000. Duit2 ini dicairkan dibank aku yang menyebabkan aku menjadi saksi. Pembekal baju butik diberikan cek2 akan datang berharga sehingga RM1.0 juta untuk derma ini dan akhirnya cek2 ini adalah cek kosong dan ditendang oleh bank aku.
Cerita yang lebih kurang sama dengan penipuan tentang derma Al Quran (rujuk posting Tipu 1). Aku adalah saksi kes untuk cek2 yang tendang itu dan dijadikan saksi pakar untuk menentukan tranksaksi yang dibuat. Mahkamah telah memanggil saksi terdahulu tetapi disebabkan Pengurus Bank yang lama telah berpindah maka aku telah menjadi saksi utama. Kereta Patrol Polis terpaksa bergegas ke rumah mak aku walaupun malam kerana kes akan dibincangkan di Mahkamah Shah Alam pagi2 esok. Aku marah dengan ketua balai kerana buat mak aku terkejut dan aku terpaksa datang malam2 ke balai dan menimbulkan kesangsian jiran2 sebelah rumah.
Di Mahkamah, aku melihat geng penipu itu hanyalah seorang mak cik tua yang bergaya seperti mak2 Datin yang kaya. Dan dihujung bilik mahkamah seorang perempuan tua sedang mengumat-gamit mulutnya. Aku duduk sebelah pegawai polis yang bertugas di luar dan bertanya tentang kes ini, pegawai polis itu memberitahu kes sudah masuh hari ke 2 dan perempuan mengumat-gamit itu mungkin bomoh untuk menukarkan pendirian saksi. Aku naik ke tempat saksi dan bersumpah untuk memberi keterangan tanpa tipu. Dan tanpa berlaku apa2 perempuan yang mengumat gamit mulut itu menenong aku macam nak makan. Aku hanya senyum dan senyum. Tak perlu bayar apa2. Aku mungkin dibayar untuk menjadi saksi pakar pada hari itu dan nasihat aku kepada peniaga2 yang dengan mudah mendapat kontrak berjaga2 dengan penipuan.

No comments:
Post a Comment