Penayangan cerita lucah secara terbuka telah dikenakan tindakan dengan denda sebanyak RM1,500 sehingga RM2,000. Denda sebanyak itu pasti tidak menimbulkan masalah kepada ketiga2 orang yang bergelar Datuk hingga Tan Sri itu. Mereka disambut sebagai pahlawan kerana berjaya mengaku salah kerana menayangkan filem lucah secara terbuka. Kes penggulungan oleh peguam cara mereka juga agak bagus dan dapat memberikan satu cerita yang penting untuk dikeluarkan di akhbar2 utama hari esok. Rahim Tamby Chik membuat ulasan sebagai kami sanggup berkorban untuk mencari kebenaran. Hebat pahlawan Melayu ini. Secara ironinya menayangkan cerita lucah walaupun kartun yang pasti lucah maka tidak memerlukan polis menyiasat sehingga hendak mengetahui pelakunya. Beberapa ketika setiap kali ditanya wartawan pihak polis pasti akan menyebut bahawa video itu dihantar ke Hong Kong dan Amerika untuk dipastikan ketulenan video. Video lucah walaupun kartun tak perlu mendapat pengesahan kerana lucah adalah lucah. Pelaku manusia hatta kartun kalau menampakkan alatan wanita dan lelaki dan gaya ke arah lucah maka ia adalah lucah. Kes video semalam adalah politik yang akan digunakan secara baik untuk menimbulkan cerita. Polis memberitahu juga semalam bahawa pelaku tidak akan didakwa kerana tiada dalam peruntukan. Seperti bahan2 lucah yang keluar didalam internet tentang budak2 sekolah, tepi tangga dan dalam hutan. Mereka tidak didakwa kerana bukan pengedar tetapi pelaku yang dirakam curi. Cara ini adalah untuk memastikan setiap rakyat Malaysia menonton dan ini amat memalukan. Dulu kanak2 pada tahun 1998 bertanya ibubapa mereka tentang 'apa itu liwat dan beza dengan lewat' kerana dikeluarkan di muka hadapan akhbar tetapi sekarang makin hebat kerana 99.99% sahih dan kanak2 yang berada tahun 1998 sudah mula mahu mengundi.
No comments:
Post a Comment