Kalau mengharapkan cerita seperti Bourne Trilogy maka pasti hampa. Cerita tentang seorang senator yang tidak boleh mengubah perjalanan hidupnya kerana pasukan Adjustment Bureau akan pastikan perjalanan itu mengikut apa yang telah dirancangkan. Digambarkan beberapa orang yang memakai topi sekitar tahun 1950an memastikan hero akan berjalan tempat yang sama, naik bas yang sama, waktu sampai yang sama dan jika tidak maka mereka akan datang memastikan perjalanan itu mengikut buku mereka. Ia bukan seperti CIA atau FBI di Amerika tetapi apabila salah seorang bersembang dengan hero (Matt Damon) maka diberitahu bahawa mereka adalah 'angel'. Tidak perlu memikirkan terlalu tinggi. The Adjustment Bureau adalah satu biro yang memastikan semua terjadi dan menasihatkan seseorang sepaya berada di landas yang mereka lakarkan. Semua 'angel' ini ada buku seperti papago iaitu GPS untuk melihat perjalanan kehidupan seseorang. Dan yang paling kelakar adalah Matt Damon itu boleh menjadi seperti mereka apabila memakai topi yang sama. Pelik punya cerita tetapi tak memandai untuk mencabar minda.
No comments:
Post a Comment