Yang selalu jengok

Wednesday, June 29, 2011

Yellow = Kuning

Semua radio FM sudah bercerita tentang perhimpunan yang akan dibuat di KL pada 09/07/2011.  Pagi tadi Abon dan OS di RTM juga sudah berpantun minta jangan berhimpun.  Setiap hari bila masuk dalam kereta mendengar radio iklan menyuruh jangan berhimpun juga diberitahu.  Hatta Fauziah Ghous pelakon pun suruh menjaga kemerdekaan.  Pelakon ini menceritakan takut beliau hilang kemerdekaan memang memelikkan. Pelik dengan promosi yang sebegini hebat.  Utusan dan Berita Harian hampir setiap hari menolong mengirakan masa hari perhimpunan.  Utusan bercerita tentang bantuan kewangan dari CIA dan kemasukan unsur komunis dalam perhimpunan ini.  Sibuk polis memanggil Datuk Ambiga pengerusi perhimpunan dan Sasterawan Negara A Samad Said kerana baca sajak tentang perhimpunan.  Sudah lama tak dengar cerita tentang sajak yang menaikkan semangat. Anwar Ibrahim juga sudah dipanggil semalam bercerita tentang perhimpunan. Pemuda UMNO sudah menyeluk pekasam mahu pasti berada di KL pada hari itu.  Perkasa dengan Ibrahim Ali juga tidak putus2 berkempen menyatakan mereka akan turun pada hari itu.  Tangkapan juga sudah dilakukan secara berperingkat pada hari Sabtu lepas 25/06/2011 dan 26/06/2011 iaitu sesiapa yang memakai warna kuning berkumpul dan boleh ditangkap.  Ia seolah2 akan jadi dan pasti berhimpun. Rasa2 seperti satu perhimpunan keseronokan dan sesiapa tak datang pasti tidak termasuk dalam sejarah.  Mungkin kempen besar-besaran secara percuma ini boleh menambah naikkan peserta perhimpunan. 


No comments:

Post a Comment