Cerita seperti 'back to the Future' ini tidak lansung mencabar minda untuk ditonton. Kalau dibandingkan dengan Inception maka filem ini berada di tangga 3 dari 10 sahaja. Jake Gylenhall adalah pelakon generasi baru yang selalu dinantikan. Tahun lepas beliau berlakun cerita Prince of Persia dan pernah berlawan Academy untuk pelakon terbaik dalam filem 'The Brokeback Mountain'. Cerita Souce Code bermula didalam keretapi iaitu 8 minit sebelum keretapi yang masuk ke Chicago akan meletop. Ulangan cerita lebih dari 8 kali diperlukan untuk mencari pengebom yang melancarkan bom itu. Setiap kali ulangan cerita maka Jake terpaksa melapurkan kepada pihak yang sehingga hujung cerita tidak diketahui dari mana - bukan FBI atau CIA tetapi pihak tentera. Jake telah mati dalam pertempuran di Iraq dan mindanya telah digunakan untuk mencari 'Source Code' dan membantu Amerika mencari di mana lagi bom2 di pasang oleh pengganas. Dan akhirnya dan sepatutnya keretapi itu pasti juga meletop tidak jadi dan semua orang selamat. Ini adalah kejatuhan atau permainan minda paling lemah dan tidak sesuai untuk orang yang berfikir. Cerita terlalu hayal dari kenyataan.
No comments:
Post a Comment