SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI KAMI SEKELUARGA - AHMAD FIRDAUS, AZLINA, ALIFF NABIL, NAJLA AQILAH DAN ANIQ ZAHEEN.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Tuesday, August 30, 2011
Monday, August 29, 2011
Friday, August 26, 2011
Masih Ramadhan
Semalam bebuka di pejabat beramai2. Makanan disajikan adalah nasi putih, kerang rebus, ikan masin, daging masah lemak, ayam masak merah, sayur campur,kueh muih dan buah2an. Yang istimewa di asingkan makanan Arab yang perlu kita rasa. Dan inilah pilihan aku, Nasi Arab Mandy Kambing.
Nasi ini dihidangkan tanpa kuah hanya dimandikan sekali dengan kambing. Kalau di Arab Saudi, kambing itu akan dimasak tanpa dipotong kecil2 dan dihidang dalam talam. Panas kepala makan kambing ni.
Labels:
memory
Thursday, August 25, 2011
Cerita TIPU ke?
Ramadhan di Malaysia macam2 berlaku.
1. 22/08 Konrtracktor gaduh dengan isteri jadikan anak sendiri mangsa lepas geram - sembelih.
2. 11/08 Penoreh getah tetak bapanya dengan sebelah kaki kanannya putus sehingga buku lali
3. 24/08 Seorang doktor ditetak manakala kepalanya di penggal dalam kejadian di Kampung Serting
4. 23/08 Seorang lelaki cuba bunuh diri selepas menolak anak ke dalam kolam.
5. 24/08 Budak hidap sawan rentung
Cerita2 lain
1.Ikan tongkol untuk lauk nasi Dagang mencukupi - Terengganu
2.Kempen 1 rumah 3 pokok kelapa - Alor Setar
3.Polis lancar Mydistress
4.Kopitiam eratkan hubungan kaum
Cari yang betul?
1. 22/08 Konrtracktor gaduh dengan isteri jadikan anak sendiri mangsa lepas geram - sembelih.
2. 11/08 Penoreh getah tetak bapanya dengan sebelah kaki kanannya putus sehingga buku lali
3. 24/08 Seorang doktor ditetak manakala kepalanya di penggal dalam kejadian di Kampung Serting
4. 23/08 Seorang lelaki cuba bunuh diri selepas menolak anak ke dalam kolam.
5. 24/08 Budak hidap sawan rentung
Cerita2 lain
1.Ikan tongkol untuk lauk nasi Dagang mencukupi - Terengganu
2.Kempen 1 rumah 3 pokok kelapa - Alor Setar
3.Polis lancar Mydistress
4.Kopitiam eratkan hubungan kaum
Cari yang betul?
Tuesday, August 23, 2011
Gadaffi's Last Word
Gadaffi terus bertahan sehingga Tripoli ditawan 85%. Gadaffi diberitahu bahawa dia telah melarikan diri di satu tempat yang tidak diketahui. Ada yang mengatakan ke Afrika Selatan tetapi tiada bukti. Hari2 akhir seorang pemimpin selama 4 dekad, dia memberitahu penduduk Tripoli dalam satu perutusan di TV Utama "Tolong Bantu melawan orang yang memberontak kerana jika mereka menawan Tripoli maka kamu akan hidup dalam kekurangan - tiada air, makanan, tempat tinggal dan segala yang kamu sayang" Ini adalah retorik pemimpin yang tidak mahu meninggalkan kerusi mereka. Dan ayat yang sama diputar2 selagi kita berada di kerusi yang tertinggi di dalam negara. Tidak kira bangsa, kulit dan mana asalnya - ayat yang sama akan dihujahkan. Dan semalam terbukti sebaliknya - beberapa orang memberitahu apabila tentera pemberontak masuk ke dalam Tripoli, sesiapa yang tidak melawan tidak akan dicederakan. 3 orang anak Gadaffi telah ditahan di beberapa penjara. Ketidakadilan memang akan kalah akhirnya.
Monday, August 22, 2011
Pukul 3
"Nak pukul 3 dah". Sekali lagi Aqilah bisik pada aku. Sudah masuk puluhan kali dibisik ke telinga aku. Aku bukan tak sedar semua itu. Waktu terus berjalan. Sekejap lagi pasti Aqilah berbisik pada aku. Yang ini pasti datang dari ibunya yang seorang itu. Sekejap lagi waktu Asar menjelma dan aku masih terbaring keletihan. Membeli belah di tengah panas boleh menyebabkan otak aku kering. Dan untuk membasahkan otak ini aku memerlukan rehat. Datang lagi Aqilah membisik pada aku, "Nak pukul 3 dah ni" tone suara sudah tinggi. Aku terkebil2 melihat Aqilah yang seorang ini. Tak pernah memberi peluang untuk aku berehat. "Kenapa?" Suara aku lebih tinggi dari Aqilah. Berjalan perlahan Aqilah keluar bilik. Tak lama kemudian masuk lagi Aqilah "Nak pukul 3 dah" dengan lembut. Aku tersenyum tahu dia sedih di marah. "Kenapa pukul 3 ni Aqilah?" Aku memujuk. Dia senyum dan menunjukkan JAM BARU di tangan. Waktu sekarang sudah pukul 4.45 pm dan waktu Asar sudah masuk. "Jam baru, nak pukul 3 dah" Aqilah sengih.
Labels:
life
Friday, August 19, 2011
Lapar Dahaga
Melihat puasa secara zahir iaitu lapar dan dahaga tidak cukup. Ini ditarbiahkan secukupnya semenjak kecil lagi. Orang tua selalu bercakap tengok orang miskin bagaimana mereka menghadapi kemiskinan - makan tak cukup, minum tak cukup dan macam2 tak cukup. Tetapi orang miskin masih wajib berpuasa. Melihat bulan Ramadhan sebagai bulan pahala juga tidak cukup. Maka jika dilihat hanya Ramadhan masjid/surau penuh bila di luar Ramadhan kembali ke asal. Maka ada satu hadis yang bercerita tentang bagaimana orang menyambut Ramadhan "Jangan kamu menjadi hamba Ramadhan tetapi jadilah hamba Allah SWT"
Rujuk ayat 183 Surah Al Baqarah hujung ayat ".........mudah2an kamu berTaqwa". Dalam ayat ini diwajibkan secara mutlak berpuasa di bulan Ramadhan dan tidak ada kecualinya termasuk yang miskin. Miskin kaya sama berpuasa. Ditanya pada ulama tentang orang2 yang berpuasa - jawapan yang diberikan adalah 3 jenis orang yang berpuasa - Lapar dan dahaga, ke 2 semua anggota badan berpuasa dan ke 3 hati juga berpuasa. Yang pasti di dalam Ramadhan ada Lailatul Qadr yang lebih baik dari seribu bulan, yang pastinya juga beribadat dibulan Ramadhan untuk kita menjadi bertaqwa. Umar Al Khatab R.A bertanya tentang taqwa kepada Ubay bin Kaab, lalu dijawab Ubay, "Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri" Umar menjawab "Ya" lalu disambung Ubay "Bagaimana kamu melalui jalan itu". Dijawab Umar "Aku akan berhati2 supaya duri tidak kena padaku." Lalu Ubay menyambung "Itulah Taqwa".
Dari riwayat Bukhari dan Muslim "Orang yang berpuasa akan mendapat 2 kegembiraan. Pertama ketika berbuka puasa dan kedua ketika melihat Allah di hari akhirat nanti" Memang gembira waktu buka dan ini memang Allah janjikan sukahati, gembira dan dirasai anugerah ketika berbuka puasa.
Rujuk ayat 183 Surah Al Baqarah hujung ayat ".........mudah2an kamu berTaqwa". Dalam ayat ini diwajibkan secara mutlak berpuasa di bulan Ramadhan dan tidak ada kecualinya termasuk yang miskin. Miskin kaya sama berpuasa. Ditanya pada ulama tentang orang2 yang berpuasa - jawapan yang diberikan adalah 3 jenis orang yang berpuasa - Lapar dan dahaga, ke 2 semua anggota badan berpuasa dan ke 3 hati juga berpuasa. Yang pasti di dalam Ramadhan ada Lailatul Qadr yang lebih baik dari seribu bulan, yang pastinya juga beribadat dibulan Ramadhan untuk kita menjadi bertaqwa. Umar Al Khatab R.A bertanya tentang taqwa kepada Ubay bin Kaab, lalu dijawab Ubay, "Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri" Umar menjawab "Ya" lalu disambung Ubay "Bagaimana kamu melalui jalan itu". Dijawab Umar "Aku akan berhati2 supaya duri tidak kena padaku." Lalu Ubay menyambung "Itulah Taqwa".
Dari riwayat Bukhari dan Muslim "Orang yang berpuasa akan mendapat 2 kegembiraan. Pertama ketika berbuka puasa dan kedua ketika melihat Allah di hari akhirat nanti" Memang gembira waktu buka dan ini memang Allah janjikan sukahati, gembira dan dirasai anugerah ketika berbuka puasa.
Labels:
islam
Thursday, August 18, 2011
Makanan pun Menangis
Seawal 6.30 pm aku sudah sampai dan mencari2 tempat duduk yang berdekatan dengan makanan. Susunan meja dikelilingi oleh makanan tidak menjamin kita dapat melihat kesemua makanan cuma paling penting ia dekat dengan makanan. Kambing bakar memang ada bersebelah dengan makanan laut yang dibakar. Rasa2 sayup jauh dari meja aku. Yang dekat dengan aku hanya kari kepala ikan dan rendang daging. Mengambil konsep berbudi di meja, kita hendaklah mengambil makanan yang paling dekat dengan kita dahulu. Aku mula mengumpul pinggan di meja.
Kari Kepala ikan diambil sebagai makanan pemula. Aku mencari2 kalau2 ada sup cendawan yang boleh dijadikan pemula tapi jauh dari mata. Dan ketika berjalan2 memilih, kambing bakar sudah memanggil. Aku beratur untuk mengambil sepinggan kambing bakar. Sambil berjalan, aku melihat betapa asap yang membakar makanan laut seperti memanggil2. Aku terpaksa beratur lagi untuk mengumpul pinggan yang ke3. Jarak antara meja aku dan makanan hanya sekitar 3 kaki. Dan sebelah kanan, kari kepala ikan, semua yang bergoreng dibuat seperti cempedak dan cekodok. Aku panjangkan kaki pergi ke sana kerana waktu masih mengizinkan.
Aku selalu ingat pesan mak, makanan jangan dibiarkan tidak makan nanti dia menangis. Sepinggan cempedak dan cucur udang menjadi pilihan. Dari jauh aku nampak meja aku sudah penuh dan aku mengambil keputusan untuk mengambil air sahaja sebagai air pemula. Azan lalu berkumandang menanda waktu berbuka. Aku secara perlahan memulakan dengan kurma yang disediakan. Aku makan 2 biji kurma sebagai Sunnah. Makanan di pinggan satu2 aku selesaikan kerana teringat pesan mak, dah ambil kena makan jangan tinggal2kan nanti dia menangis. Selesai menyusun pinggan di meja (sebab dah habis), mata aku mencari2 lagi sudut yang tidak dilewati. Magrib dah nak sampai hujung, aku bergegas solat dahulu menyelesaikan kewajipan. Turun dari surau, aku mengambil ABC dan mengambil sedikit nasi goreng sebagai pelapik perut. Sebelum sampai ke meja, aku nampak seorang chef sedang bertungkus lumus menyediakan sesuatu tetapi tiada siapa yang singgah. Aku rapat ke chef itu dan tersenyum. Rupa2 dia sedang menyiapkan popiah basah. Mungkin kerana terlalu lambat maka orang bertukar ke pondok lain. Tinggallah chef itu dengan aku sambil pandang memandang. Aku yang cepat kesian pada orang lalu meminta satu pinggan untuk aku. Dia tersenyum dan popiah sudah tersedia untuk aku.
Dan waktu hanya sekitar 8 malam. Aku menjengah leher ke meja sebelah dan melihat satu menu yang tidak ada di meja aku. Seperti makanan Jepun dan udang goreng. Aku lekas berdiri dan terus mencari dari mana datangnya makanan itu. Aku terpaksa beratur untuk mendapat goreng udang seperti itu. Dapat sahaja udang goreng bertepung itu aku terus ke meja sambil berkira2 untuk ke tempat Yong Thou Foo. Makanan basah yang kena rendam air panas memang aku suka. Aku mengambil beberapa cocok makanan laut untuk direndam dan pinggan yang kosong sudah penuh dengan Yong Thou Foo. Rasa2 aku sudah memenuhi semua makanan dan mengikut kiraan aku tidak sampai 900 makanan pun yang aku makan. Aku tak makan nasi, sate, kueh2, kek2, buah-buahan, mee goreng, mee rebus, bihun sup, sup ekor, roti canai, roti bom, murtabak dan serunding. Aku rasa semua makanan2 tu menangis - sedih aku tak makan dorang.
Super 8
Filem ini bukan sekadar cerita kanak2 yang hebat tetapi jalan cerita yang hebat. Projek yang dijalankan oleh budak2 untuk membuat sebuah filem seram telah menyaksikan satu peristiwa yang pelik iaitu sebuah kereta melanggar keretapi dan ini dapat disaksikan oleh budak2 tersebut. Budak2 didalam filem ini memberikan lakonan yang terbaik dan kita terasa seperti menonton watak orang dewasa. Cerita tentang tentera Amerika ada projek khas dengan Alien diceritakan kembali dalam filem ini. Kalau aku boleh bagi 'rating', filem ini boleh dapat 4 star kerana lakonan kanak2 yang hebat. Steven Speilberg sebagai penerbit untuk filem ini.
Hanna
Menonton Hanna seperti melihat kembali cerita Bourne Identity kerana olahan yang seakan sama. Seorang budak perempuan dilatih oleh bapanya Eric Bana seorang perisik (pembunuh upahan) untuk misi membunuh pembunuh ibunya. Aksi2 yang dipertontonkan sekadar untuk penyemat cerita tanpa lebih. Seorang kanak2 perempuan yang dilatih dengan aksi dan bahasa yang pelbagai semacam seronok untuk ditonton. Tetapi plot cerita yang lesu lansung tak menambah menjadi cerita yang menarik.
Tuesday, August 16, 2011
IBUBAPA sekarang
![]() |
| Sekadar hiasan |
Sewaktu hendak mengambil anak dari tempat asuhan kanak2 petang semalam, aku tersenyum melihat 2 orang budak terbaring diluar perkarangan taman asuhan sambil nampak keletihan. Puasa mungkin. Aku menegur "Dik, terasa macam tepi pantai ye." Tanpa balasan mereka merenung aku malas. Waktu itu sudah pukul 7.00 pm, dimana ibubapa mereka ini? Kenapa lambat tiba? Dan ini sebenarnya berlaku setiap hari cuma hari ini mereka terbaring letih dan aku menegur. Dan selepas subuh tadi, pukul 6.28 am dari surau, aku melintas rumah asuhan itu lagi untuk ke rumah aku. Di pintu pagar berkunci, salah seorang budak yang terbaring letih semalam sedang mencuba2 membuka pintu pusat asuhan itu. Pusat asuhan itu hanya dibuka pada pukul 6.30 am. Dan pagi2 tadi sewaktu hendak menghantar anak ke situ, aku bertanya perihal budak itu. Penjaga pusat asuhan itu memberitahu budak itu yang paling awal sampai di Pusat Asuhan dan yang paling akhir diambil setiap hari. Tak pernah rasanya aku bertembung dengan ibubapa budak tersebut. Ini adalah masalah ekonomi sempit yang dihadapi setiap ibubapa. Kerja terpaksa dibuat untuk mencari wang membaiyai kehidupan. Pagi terpaksa keluar awal untuk mengelak kesesakan. Dan sebenarnya mangsa adalah anak2. Ketika ini kehidupan keliling anak2 adalah kawan2 dan tak boleh dinafikan bahawa ini berkaitan dengan ekonomi. Barang naik dan tangga gaji yang sekadar cukup makan pasti tidak boleh menampung satu keluarga. Suami isteri terpaksa bekerja dan kena pastikan rezeki yang diberikan kepada anak2 adalah halal. Tiada siapa boleh membantu pada ketika ibubapa menyusun kehidupan sebegitu. Sepanjang hari bekerja dan mengharap anak2 belajar dari dunia sendiri.
Friday, August 12, 2011
OBAMA belanja buka puasa
Selepas solat Jumaat tadi di Masjid Shah Alam kecoh sebentar dengan ucapan berapi2 oleh Lokman Nor Adam. Mereka berdemo sambil menunjukkan kemarahan kepada MB Selangor yang memohon maaf kepada gereja kerana JAIS menyerbu majlis 'thankgiving' yang dibuat dan dihadiri oleh 12 orang Islam di Selangor. Aku teringat cerita dalam The Star hari ini dimana Presiden Amerika Obama belanja orang Islam berbuka puasa. Aku teringat juga ketika Nabi Muhammad SAW menawan kembali Masjidil Haram Mekah, Nabi memberitahu kaum Muslim bahawa sesiapa yang mahu selamat sila masuk ke rumah2 ibadat mereka. Dan Islam kena berbuat baik kepada semua Agama dan ini disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Gerakan mengkafirkan orang Islam memang ada dan tidak dinafikan. Kemungkinan JAIS perlu berkalaborasi dengan Jabatan Pendaftaran melihat berapa ramai orang yang memohon menukar nama dan menukar agama di dalam kad pengenalan. Kita mesti belajar menghormati rumah2 ibadat orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)








