Gadaffi terus bertahan sehingga Tripoli ditawan 85%. Gadaffi diberitahu bahawa dia telah melarikan diri di satu tempat yang tidak diketahui. Ada yang mengatakan ke Afrika Selatan tetapi tiada bukti. Hari2 akhir seorang pemimpin selama 4 dekad, dia memberitahu penduduk Tripoli dalam satu perutusan di TV Utama "Tolong Bantu melawan orang yang memberontak kerana jika mereka menawan Tripoli maka kamu akan hidup dalam kekurangan - tiada air, makanan, tempat tinggal dan segala yang kamu sayang" Ini adalah retorik pemimpin yang tidak mahu meninggalkan kerusi mereka. Dan ayat yang sama diputar2 selagi kita berada di kerusi yang tertinggi di dalam negara. Tidak kira bangsa, kulit dan mana asalnya - ayat yang sama akan dihujahkan. Dan semalam terbukti sebaliknya - beberapa orang memberitahu apabila tentera pemberontak masuk ke dalam Tripoli, sesiapa yang tidak melawan tidak akan dicederakan. 3 orang anak Gadaffi telah ditahan di beberapa penjara. Ketidakadilan memang akan kalah akhirnya.
No comments:
Post a Comment