Yang selalu jengok

Thursday, August 18, 2011

Makanan pun Menangis


Aku dijemput untuk berbuka puasa di Royal Chulan di Kuala Lumpur pada 16/08/2011 oleh KFH Bank.  Memang dinantikan kerana mengikut perbualan orang, di hotel itu menyediakan lebih dari 900 makanan.  Aku juga pernah dengar di stesyen Radio tentang Royal Chulan yang mempunyai 60 orang chef digunakan untuk acara berbuka dan makanan kemungkinan lebih 1,000 jenis.

Seawal 6.30 pm aku sudah sampai dan mencari2 tempat duduk yang berdekatan dengan makanan.  Susunan meja dikelilingi oleh makanan tidak menjamin kita dapat melihat kesemua makanan cuma paling penting ia dekat dengan makanan.  Kambing bakar memang ada bersebelah dengan makanan laut yang dibakar.  Rasa2 sayup jauh dari meja aku.  Yang dekat dengan aku hanya kari kepala ikan dan rendang daging.  Mengambil konsep berbudi di meja, kita hendaklah mengambil makanan yang paling dekat dengan kita dahulu.  Aku mula mengumpul pinggan di meja.

Kari Kepala ikan diambil sebagai makanan pemula.  Aku mencari2 kalau2 ada sup cendawan yang boleh dijadikan pemula tapi jauh dari mata.  Dan ketika berjalan2 memilih, kambing bakar sudah memanggil.  Aku beratur untuk mengambil sepinggan kambing bakar.  Sambil berjalan, aku melihat betapa asap yang membakar makanan laut seperti memanggil2.  Aku terpaksa beratur lagi untuk mengumpul pinggan yang ke3.  Jarak antara meja aku dan makanan hanya sekitar 3 kaki.  Dan sebelah kanan, kari kepala ikan, semua yang bergoreng dibuat seperti cempedak dan cekodok.  Aku panjangkan kaki pergi ke sana kerana waktu masih mengizinkan. 

Aku selalu ingat pesan mak, makanan jangan dibiarkan tidak makan nanti dia menangis.  Sepinggan cempedak dan cucur udang menjadi pilihan.  Dari jauh aku nampak meja aku sudah penuh dan aku mengambil keputusan untuk mengambil air sahaja sebagai air pemula. Azan lalu berkumandang menanda waktu berbuka.  Aku secara perlahan memulakan dengan kurma yang disediakan.  Aku makan 2 biji kurma sebagai Sunnah.  Makanan di pinggan satu2 aku selesaikan kerana teringat pesan mak, dah ambil kena makan jangan tinggal2kan nanti dia menangis.  Selesai menyusun pinggan di meja (sebab dah habis), mata aku mencari2 lagi sudut yang tidak dilewati.  Magrib dah nak sampai hujung, aku bergegas solat dahulu menyelesaikan kewajipan.  Turun dari surau, aku mengambil ABC dan mengambil sedikit nasi goreng sebagai pelapik perut.  Sebelum sampai ke meja, aku nampak seorang chef sedang bertungkus lumus menyediakan sesuatu tetapi tiada siapa yang singgah.  Aku rapat ke chef itu dan tersenyum.  Rupa2 dia sedang menyiapkan popiah basah.  Mungkin kerana terlalu lambat maka orang bertukar ke pondok lain.  Tinggallah chef itu dengan aku sambil pandang memandang.  Aku yang cepat kesian pada orang lalu meminta satu pinggan untuk aku.  Dia tersenyum dan popiah sudah tersedia untuk aku.

Dan waktu hanya sekitar 8 malam.  Aku menjengah leher ke meja sebelah dan melihat satu menu yang tidak ada di meja aku.  Seperti makanan Jepun dan udang goreng.  Aku lekas berdiri dan terus mencari dari mana datangnya makanan itu.  Aku terpaksa beratur untuk mendapat goreng udang seperti itu.  Dapat sahaja udang goreng bertepung itu aku terus ke meja sambil berkira2 untuk ke tempat Yong Thou Foo.   Makanan basah yang kena rendam air panas memang aku suka. Aku mengambil beberapa cocok makanan laut untuk direndam dan pinggan yang kosong sudah penuh dengan Yong Thou Foo.  Rasa2 aku sudah memenuhi semua makanan dan mengikut kiraan aku tidak sampai 900 makanan pun yang aku makan.  Aku tak makan nasi, sate, kueh2, kek2, buah-buahan, mee goreng, mee rebus, bihun sup, sup ekor, roti canai, roti bom, murtabak dan serunding.  Aku rasa semua makanan2 tu menangis - sedih aku tak makan dorang.

2 comments:

  1. makanan nangis ke, ko yg nangis tak dapat rasa sume makanan? hehehe...

    ReplyDelete
  2. Tu la aku nangis gak tersedak - sampai masa sujud solah terasa air tebu sampai ke tekak.

    ReplyDelete