Yang selalu jengok

Thursday, September 27, 2012

Bajet atau Belanjawan 2012

Kami mahu padang permainan
Satu ketika belanjawan dihebohkan sebagai yang paling boleh diterima.  Kalau kita melihat 'wan' sebagai penambahan suku kata untuk menguatkan, ini bermaksud belanjawan adalah belanja semahunya.  Ini diperkuatkan seperti kalau jutawan maksudnya orang yang kaya dan sangat kaya, jelitawan maksudnya orang yang cantik dan sangat cantik atau dermawan orang yang suka berderma dan sangat selalu menderma.  Maka teori ini boleh diterima pakai dan nampak betul bila ditukar.  Esok 28/09/2012, belanjawan ini tidak disebut dengan itu lagi tetapi bajet kerana menerima pakai perkataan Inggeris yang dimelayukan Budget. 

Semua tuntutan seolah dilayan kali ini.  PM membuka luas ruang sosial di internet untuk orang ramai menyuarakan tuntutan.  Cuepec mohon bonus lagi dan kenaikan gaji.  Kenaikan gaji sudah menjadi tuntutan mesti setiap tahun seperti bonus.  Tetapi kali ini Cuepec akan memberi pulangan iaitu tambahan kerja 30 minit setiap hari.  Ini mungkin tidak mengambil kira masa minum pukul 10.30 pagi atau minum 3.30 petang atau waktu solat Zohor dan Asar seperti mendengar kutbah panjangnya.   Adakah mereka berhak meminta sekarang? Itu adalah hak mereka untuk menuntut.  Dalam waktu sekarang apa tuntutan pun akan nampak boleh diterima pakai.

Orang2 yang bekerja swasta kali ini pohon gaji untuk naik juga.  Kerana bagi mereka gaji yang tinggi boleh menutup masalah kewangan hari ini.  Cukai persendirian minta diturunkan.  Kos sara hidup tinggi memang masalah dan pohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) diberi setiap bulan. 

Perhatian yang sangat tinggi kepada gaji ini sebenarnya tidak menyelesaikan masalah.  Apa yang perlu pada orang marhein adalah tuntutan :-

1. Harga kueh ditetapkan kepada 5 seringgit (RM0.20) - mahal sekarang RM0.40 satu
2. Harga nasi lemak sekitar RM0.50 sahaja - kat Baling dan Penang masih harga ni
3. Jagaan anak dirumah disediakan dan kos bawah RM50 - susu kita bagi, lampin kita bagi apa lagi
4. Roti canai tidak boleh lebih RM0.50 - dorang pakai tepung yang bukan kualiti tinggi pun
5. Teh Tarik sekitar RM0.50 sahaja - yang dihidangkan air dengan hampas teh je yang diulang pakai berkali2
6. Rumah mampu milik di biayi oleh kerajaan bukan bank yang memilih2 pelanggan - harga rumah mahal dan mampu milik bermula RM250,000 biar betul
7. Sabun basuh baju sekilo RM2 - hari2 basuh sekarang
8. Kedai makan tidak kenakan kos pada nasi putih kosong - ada kenakan RM1 kadang2 RM1.50
9. Pelepasan cukai untuk anak2 dinaikkan sekitar RM5000 setahun - RM1000 setahun untuk bela kucing je
10.Harga kereta sekitar 5 kali ganda gaji kita.  Kalau gaji RM1000 maka harga kereta pun RM5000 sahaja. - dalam filem transfomer, bapa hero beli bumble bee sekitar USD1500 je.

Kalau nak tuntut rasanya macam2 nak - yang mahu todi murah pun ada.  Yang mahu loteri kebajikan dimasukkan dalam TV pun ada lagi.  Cabutan bertuah IC jutawan setiap minggu pun ada yang mahu tuntut.  Selamat memahami bajet esok dan kalau tak tahu sila bertanya.  Rumah mampu milik kenapa harga dari RM250,000 dinaikkan kepada RM400,000 tahun lepas.

Thursday, September 20, 2012

Apa Kate pakai?

Dalam Star hari ini 20/09/2012, kisah permaisuri Diana dulu seperti timbul kembali pada aku.  Cerita tentang Kate isteri William cara berpakaian dan pakaian yang paparazzi tangkap dan muatkan dalam majalah.  Dan di Malaysia juga persediaan menyambut permaisuri seorang ini seperti menyambut orang dari kayangan iaitu seperti dia tak kentut sahaja.  Hebat persediaan sehingga pengawal, orang ramai dan pihak media berebut2 menghulur tangan dan bersorak gembira walau mendapat lambaian dari orang yang rasanya tidak berbau ini.  Cerita tentang apa yang Kate pakai pada aku tidak sehebat apa yang dia tidak pakai.  Di Perancis, permaisuri seorang ini sudah mendapat injuksi atau sekatan pada sebuah majalah supaya tidak menyiarkan lagi gambar dia tidak memakai baju hatta yang dalam sekali pun.  Aku tidak kisah sangat kalau dia mahu datang melawat kita di Malaysia tapi kita kena ingat bahawa dia ini pun sebenarnya suka tidak berbaju dan marah kalau orang ambil gambar dia.  Bagi lelaki normal - apa kami kesah apa yang dia pakai tetapi kami lebih teruja dengan apa yang dia tidak pakai!

Thursday, September 13, 2012

Kalau nak Cari Duit

Ada bermacam pekerjaan yang tidak masuk minda kita tapi dibuat untuk mencari sesuap nasi.  Ini adalah cerita tentang keretapi di India.  Bermula dengan landasan keretapi pertama dari Bombay ke Thani 1953, perniagaan keretapi meningkat mendadak sehingga diberitahu bahawa pada tahun 1929 di India, orang yang menggunakan keretapi meningkat sehingga 620 juta orang dan barangan seberat 90 juta tan setahun.  Kebanyakan landasan keretapi ini dibuat oleh East India Company atau British India Company (kalau di Malaysia mengikut sejarah syarikat ini juga mengkalonikan Malaysia kalaupun bukan menawan Malaysia).  Setelah India merdeka pada tahun 1947 dari kaloni ini, syarikat kerajaan Indian Railway mengambil alih semua perniagaan berasaskan keretapi ini.  Sekarang mengikut rekod 10 billion orang menggunakan keretapi India dan penghantaran barang lebih dari 1,050 juta tan. Jalinan rangkaian landasan sekarang sekitar 65,000 km seluruh India.  Dan kerana kepesatan ini maka satu kementerian ditubuhkan dan seorang Menteri di lantik sebagai Menteri Keretapi (Ministry of Railways).
 Hebat cerita ini tak habis kat situ sahaja.  Mengikut rekod juga 15,000 orang mati kerana keretapi ini.  Kebanyakan disebabkan oleh kegagalan menyeberang keretapi.  Mungkin sebab banyak sangat landasan nak kena seberang.  Dan lahirlah satu pekerjaan yang pelik ini, iaitu membersihkan landasan dan mengumpul sisa2 mayat untuk dihantar ke hospital.  Perjalanan antara Mumbai dan Thane sahaja mengikut rekod terdapat 6,000 kematian setiap tahun atau 16 orang sehari.  3 orang pemuda India berkongsi kerja mengumpulkan mayat2 yang tidak sempurna ini dan dihantar ke hospital.  Mereka mendapat upah sekitar 100 - 150 rupee atau RM4.30 sehingga RM8.00 untuk satu mayat.  Dan ini adalah pekerjaan yang tersembunyi dan takut2 mereka juga suka menambah statistik untuk menambah pendapatan.

Thursday, September 6, 2012

Kena Dukung Anak


"Ayah, Abang buat2 tidur je" Kenapa pulak tanya aku.  "Abang nak ayah dukung Abang sampai kat bilik" Aku tahu semua helah anak2. "Abang, tak boleh buat macam tu, Ayah penat nak dukung Abang, berat"  Aku cuba mendapat simpati.  "Jalan jauh2, Ayah yang driving, lepas tu Ayah kena dukung pulak.  Lain kali Ayah kejut Abang, Abang jalan sendiri ke bilik" Tidak mahu balas anak lelaki sulong aku ini.  "Abang pun penat, ayah asyik jalan2 je, lepas tu makan, makan lagi, Ayah la kuat, Abang makan sekali je.  Ayah pegi 5 rumah, Ayah makan 5 kali, bolehlah dukung". Letih aku mendengar dan terasa berat badan mungkin lebih berat dari sebelum Ramadhan.

Baby Kecik

"Ayah, adik nak baby kecik" Aku menoleh anak perempuan aku yang seorang ini.  Berumur 3 tahun, petah bercakap dan selalu jujur mengutuk aku.  Pernah satu ketika aku beratur di kedai 24 jam walau nama kedainya 7 11 sahaja, "Ayah, kenapa ayah kecik kenot (ketot) dari orang depan tu".  Dan aku selalunya tidak menjawab cuma membulatkan mata untuk nampak garang.  Kali ini soalan dia terus aku jawab "Kan dah ada Aniq ni, kecik" Dia mengeleng kepala "Tapi Aniq selalu nangis" Aku mengusap rambut dia yang kadang2 terjumpa telur2 kutu yang sudah menetas.  Shampu membunuh kutu terpaksa digunakan selalu untuk membuang cerita kutu di kepala.  "Aniq kecik, mana tahu cakap.  Dia nangis la nak mintak semua benda".  Dia mengeleng kepala lagi "Adik nak berdoa la, Ya Allah bagila aku baby kecik yang cantik" Aku senyum dan mencuit dia "Beritahu dengan mama, nanti ayah usahakan".

Tuesday, August 28, 2012

SURAU

kosong
Hari raya pertama berlalu pantas dengan kami sekeluarga berjaya menghabiskan 2 rumah penting untuk dilawati.  Rumah belah lelaki - Aku di Kg Subang dan rumah belah isteri di Kelana Jaya.  Jangan rasa terkilan sebab dekatnya kedua ini menyebabkan kami dapat beraya hampir adil setiap tahun.  Aku bermula dengan rumah mertua dan berakhir di rumah mak aku di Kg Subang.  Petang hari yang sama, kami pasti melawat 2 atau 3 rumah saudara sekitar Kg Subang sahaja.  Dan malamnya kami pasti penat tersadai di rumah sendiri.  Bahaya meninggalkan rumah juga tidak pernah menjadi kira2 kami kerana paling lama kami bermusafir mungkin 2 malam atau 3 malam sepanjang hari raya. 

Sesampai di rumah sekitar 8.30 pm, letih badan berehat, anak lelaki aku menegur, "Ayah tak pergi masjid malam ni"  Bertukar wajah aku sebentar dan aku memberitahu akan ke masjid untuk solat Isyak nanti.  Azan Isyak sudah berkumandang di TV dan cepat2 aku bergerak mandi untuk solat ke surau berdekatan.  Sudah 5 minit berlalu, dan tanpa meletakkan wangi2an aku bergerak pantas terus mencapai kunci kereta dan menderu ke surau.  Sesampai aku di sana, waktu sudah menunjukkan 8.43 pm, sudah lebih 8 minit dari azan tadi.  Surau gelap dan aku termanggu2 kerana waktu sudah lambat dan surau berkunci kemas.

Aku terus memecut laju berfikir di mana lagi surau2 yang berdekatan.  Dan hampir pasti aku lansung tidak mendengar azan sekitar tempat aku tinggal kerana hari ini Hari Raya pertama.  Disebabkan perasaan ingin berjemaah terlalu tinggi aku terus memecut berfikir bahawa Masjid An Nur pasti tidak tutup seperti surau tempat aku tinggal.  Sebelum sampai ke jalan besar, baru aku teringat bahawa di sebelah taman ada sebuah surau dan boleh nampak dari jalan besar.  Aku bersyukur sangat tetapi masa sudah sekitar 8.50 pm.  Kalau aku dapat berjemaah dengan jemaah surau itu pada rakaat ke 4 pun pasti bersyukur. 

Sesampai aku ke sana, surau terang berderang dan hanya 5 orang yang masih duduk.  Aku sedih kerana misi tidak kesampaian untuk berjemaah.  Secara perlahan aku solat tahiyatul masjid dan tiba2 seorang Bangladeshi yang paling hadapan menegur aku, "Abang boleh jadi imam?" Senyum mesra aku dan misi masih boleh dilengkapkan.

Menu Malam raya 1433 / 2012

Malam Raya aku masih teringat untuk berbuka.  Ramadhan yang barakah akan di tinggalkan.  Kami sekeluarga bergerak sekitar 6 pm ke Kelana Jaya - rumah mertua aku.  Sebelum bergerak aku goreng cucur udang dan sandwich tuna dan mayonis untuk santapan berbuka hari ini.  Cucur udang yang satu in memang menjadi kegemaran aku.  Udang yang dibersihkan kepala dan disiat siksa kulitnya dan ditinggalkan sepi hanya kawasan tengah badan sahaja.  Mahal pulak harga udang hari ini - bisik aku sendiri.  Campurkan tepung beras dan tepung gandum secara paksa rela bersama kucai bukan cukai yang dicampurkan sedikit kunyit untuk menambah warna kekuningan keemasan berperisa tinggi.  Udang yang dibersihkan terus dicampur gaul bernafsu dengan tepung yang sudah diadun seperti mesra berkahwin.  Minyak di dalam kuali dibiarkan panas menyendiri dan terus masukkan udang yang sudah diadun mesra bersama tepung dan kucai.  Yang pasti produk ini tidak berbentuk bulat seperti yang dijual di kedai mak cik Limah atau 'tembun' disumbat yis untuk menaikkan bentuk badan.  Kuah cili pedas perlu disediakan untuk menambah selera tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, aku cuma goreng dan cicah dengan sos cili Thai sahaja.  Dan malam raya hari itu, cucur udang yang satu ini menghiburkan satu keluarga di Kelana Jaya.
 
 

Thursday, August 16, 2012

Beli Belah Hari Raya

Langsir memang kena tukar.  Sofa nampak macam dah lama.  Rumah kena cat.  Baju Melayu, baju kurung satu keluarga mesti nak sama.  Baju raya kena beli setiap anak 2 helai sepersalinan.  Bila fikir2 kereta juga perlu ditukar.  Kereta baru memberikan satu kemenangan moral yang hanya aku sendiri tahu.  TV yang berkanta cembung perlu ditukar kepada LCD kerana trend baru kena ikut.  Melihat2 ke dalam bilik, almari hias diri sudah lusuh dan pasti ditukar.  Jam dinding juga mesti ditukar baru kerana model yang lekat di dinding itu sudah lebih 10 tahun. 

Memang bila datang raya, hati menggila membeli belah ini seperti sudah lama wujud dalam diri.  Orang mungkin kata berbagai pada aku tapi kegilaan ini seolah2 sebati dan sangat seronok.  Jika tak cukup duit, kad plastik pasti membantu.  Keseronokan ini agak pelik kerana bukan aku sahaja yang tergila2 tetapi ditambah dengan kegilaan isteri yang seolah2 aku menanam pokok duit di belakang rumah. 

Malam akhir Ramadhan adalah hari terakhir kami sekeluarga akan menggila di Kuala Lumpur.  Berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman sekitar 12 pm hingga pukul 3 untuk mendapat peluang menggila membeli kali terakhir.  Dan selalunya kami akan mengusung belian di setiap jari seperti kueh mueh hari raya, baju2 raya dan kadang2 terbeli 'remote control car' untuk anak. 

Dan kegilaan ini bukan aku seorang sekeluarga.  Perangai ini dikongsi ramai kerana setiap kali aku hendak menggila, pasti jalan bersesak dan kadang2 kami boleh bergaduh berebut tempat pangkir.  Aku rasa2 telah berjasa lebih untuk meningkatkan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan peratus yang diberi oleh Gabenor BNM mungkin 1atau 2 peratus datang dari kegilaan aku ini. 

Monday, August 13, 2012

Jom Tukar Logo

Keputusan diambil ini untuk memenuhi semua kehendak.  Kali ini kalau ada yang tidak setuju memang tak sekolahlah orang yang membangkang itu.  Setiap minggu logo ditukar untuk menunjukkan betapa muhibbahnya kemerdekaan kali ini.  Kalau diminta anak2 menghafal mungkin konsep tukar setiap minggu ini boleh mengelirukan.  Tapi kita kena bersangka baik.  Kita mengambil contoh telefon genggam kita yang selalu bertukar 'casing'.  Maka isi yang sama cuma luaran yang bertukar.  Mungkin pertandingan merekacipta logo tidak dibuat.  Maka orang yang ditugaskan untuk membuat logo hanya mampu bagi sepertimana ia sekarang.  Dan konsep menukar setiap minggu akan diteruskan. Baguslah sekurang2nya kita ada Menteri yang mendengar keluh kesah orang marhean dan untuk menyukakan hati semua orang maka konsep bertukar2 ini diajukan.

Friday, August 10, 2012

Terpantas di Olimpik London

Memang tidak dinafikan budak negro seorang ini memang mengejutkan dan apabila dia meraikan kemenangan, orang ramai ikut terhibur.  Usain Bolt lahir 27 tahun dahulu pada 21.08.1986 adalah orang Jamaica.  Dan hari ini, Usain Bolt mengejutkan lagi dunia athelit apabila mengulangi kejayaan 200 meter lelaki. Setelah 4 hari memegang emas yang ke 2 untuk 100 meter, hari ini dia mengulangi kejayaan yang sama seperti di Olimpik Beijing 2008 dahulu.  Rekod dunia untuk 100 meter dan 200 meter dipegang oleh dia sendiri dan hanya rekod olimpik 2008 dipadamkan untuk 100 meter dengan larian 9.63 saat.  Untuk 200 meter, Usain Bolt merekodkan bacaan sama macam Michael Johnson 19.32 saat dahulu setelah beberapa tahun memegang rekod yang sama dan Micheal Johnson dari Amerika ini mengatakan bahawa rekod larianya tidak boleh dipecah oleh sesiapa.  Usain Bolt ini boleh dikategorikan seperti alein, manusia pelik atau satu dalam sejuta kerana mengikut kiraan mathematik, setiap 10 meter, dia hanya memerlukan kurang dari 1 saat untuk bergerak.  Tetapi yang paling klasik dalam 200 meter Olimpik kali ini adalah kesemua pemegang pingat datang dari Jamaica -  Usain Bolt, Yohan Blake dan Warren Weir.  Kita kena belajar dengan Jamaica dalam melahirkan athelit2 yang berpaksikan pada negeri sendiri untuk berjaya.  Semua pelari2 ini tidak berlatih di luar negara ketika hendak dibangunkan tetapi mereka dikumpulkan di University of Technology Jamaica. 

Thursday, August 9, 2012

Sup Gearbox

Sup gear box sudah banyak ada di pasaran.  Apabila bulan Ramadhan tiba, sup ini tiba2 melimpah2 banyak di pasaran.  Kalau aku berjalan sekitar Pasar Ramadhan (Param) di Stadium Shah Alam, kelibat sup gearbox ini pasti ada di setiap sudut. "Berapa kuat kena sedut bang?" tanya aku pada penjual sup yang nampak berehat menunggu peminat2 sup.  Jam baru mencecah pukul 5.30 pm.  Suasana sibuk belum tiba.  Mungkin kesesakan di KL mengurangkan kedatangan orang ke Param hari ini. Malas hendak layan kerenah aku " Kita bagi straw free bang" dia menjawab.  Aku tidak terlalu suka dengan sup gearbox ini yang datang dari kepala lutut lembu ini.  Melihat pada tulang2 di atas meja penjual, aku rasa 20 ekor lembu tumbang memberi lutut masing2.  Kesedapan sup gearbox adalah bila dapat menyedut sesuatu dari dalam tulang dan ini adalah sum sum tulang lembu dan tiada beza pada kita manusia.  Sum sum tulang lembu ini berwarna putih dan kadang2 berwarna krim keputihan.  Benda ini jarang kita lihat orang selain orang Malaysia.  Harga selutut boleh mencecah sekitar RM8 - RM12 dan selalunya sebelum beli, orang akan mengintai2 ke dalam tulang untuk melihat benda untuk disedut. Slurppppppp.  Memang lain kalau berbuka dengan sup gearbox ini macam BARBARIAN.

Friday, August 3, 2012

IBLIS tolong

Ada satu riwayat tentang sahabat Rasullullah SAW bernama Abdullah Ibni Maktum atau Ummi Maktum RA seorang buta.  Ketika Rasullullah mengesa penduduk Madinah untuk bersolah berjemaah maka tiada seorang pun dikecualikan.  Lalu Abdullah Ibni Maktum telah berjumpa Rasullullah SAW dan meminta dikecualikan beliau berjemaah setiap solat Suboh kerana waktu pagi2 tiada orang yang membantu beliau untuk ke masjid.  Rasullullah SAW bertanya kepada Abdullah Ibni Maktum - Adakah beliau mendengar azan yang dikumandangkan dari masjid.  Lalu dijawab ya oleh Abdullah ibni Maktum.  Maka Rasullullah SAW memberitahu selagi kau mendengar azan ini maka kamu patut datang dan berjemaah. 

Maka bermulalah perjalanan Abdullah Ibni Maktum ke masjid pada hari Suboh esoknya.  Dalam keadaan teraba2 dan mencari perjalanan berdasarkan azan, dia telah terlanggar batu dan jatuh tersembam ke atas batu yang lain.  Habis berdarah mukanya dan dalam keadaan terkial2 beliau bangun dari jatuh itu.  Tiba2 datang seorang membantu beliau berdiri dan bertanya ke mana Abdullah Ibni Maktum mahu pergi.  Dia memberitahu bahawa dia mahu ke masjid berjemaah Suboh dan pemuda itu membantu beliau untuk ke masjid.  Dan apabila selesai Suboh, pemuda itu masih menunggu dan membantu Abdullah Ibni Maktum kembali ke rumah. 

Masa pun berlalu dan setiap harilah pemuda yang sama membantu Abdullah Ibni Maktum ke masjid setiap Suboh.  Sudah sekian lama, Abdullah Ibni Maktum ingin sangat mengetahui siapakah pemuda yang hari2 membawa dia ke masjid pergi dan pulang.  Abdullah Ibni Maktum bertanya dan pemuda itu tidak mahu mengenalkan dirinya.  Abdullah Ibni Maktum akhirnya terpaksa memberitahu jika kami tidak mahu memberitahu nama maka hari ini adalah hari terakhir kamu menghantar aku ke masjid.  Setelah ditekan dengan penegasan begitu, pemuda itu memberitahu - Aku adalah Iblis.  Terkejut Abdullah Ibni Maktum mendengar pengakuan itu.  Iblis itu memberitahu ketika Abdullah Ibni Maktum pada hari pertama dulu mahu ke masjid berjemaah, Abdullah telah terjatuh dan aku, Iblis telah mendengar Allah SWT memberitahu bahawa separuh dari dosa2 kamu telah diampunkan.  Mendengar kata2 Allah SWT, aku bergegas ke tempat engkau jatuh dan aku kena pastikan engkau sampai dengan selamat pergi dan balik ke masjid, kerana aku tidak mahu kamu diampun keseluruhannya jika kamu jatuh lagi.