Tak kisah berapa harga pun, aku sanggup bayar. Sudah 3 stesyen minyak aku harung di sekitar rumah aku, tak satu pun yang menjual bendera ini. Sudah habis kedai 24 jam aku tanya, semua gagal. Lebih sejam berpusing tapi hampa. Bukan sebab 53 tahun merdeka, bukan sebab nak pasang kat kereta dan bukan sebab kempen. Bukan juga sebab hari2 dengar Datuk Seri Utama Rais Yatim merayu. Anak lelaki aku sudah mengigau sebab bendera ini. Lepas sahur tadi baru teringat. Lepas subuh tadi baru mencari. Aku pasti kena marah. Anak lelaki aku memang garang. Kenapalah aku jadi begini? Anak lelaki aku akan ke sekolah tanpa Jalur Gemilang. Gelisah menunggu anak lelaki aku bangun dari tidur dan berkata "Ayah terlupa beli bendera" - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Monday, August 30, 2010
Saturday, August 28, 2010
Fasa Pertama : Rahmat Allah SWT
Benarkah apabila 10 malam pertama Ramadhan tamat maka habis Rahmat Allah? Ada satu riwayat, seorang alim beribadat kepada Allah SWT selama 500 tahun tanpa sedikit pun cuba mendusta Allah. Ditakdirkan hamba Allah itu meninggal dunia dan masuk ke syurga Allah dengan rahmatnya. Lalu ditanya kepada Allah SWT kenapa dia tidak masuk syurga kerana amalan baik selama 500 tahun. Lalu Allah berfirman tentang Rahmat Allah sahaja yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Lalu diminta Allah kepada hamba itu sebelah mata dan diuji timbang dengan amalan 500 tahun hamba itu. Akhirnya Rahmat Allah memberi penglihatan lebih berat timbangan dari amalan hamba tersebut. Moral cerita, percayalah Rahmat Allah berjalan terus walau 10 hari awal Ramadhan telah tamat.
Friday, August 27, 2010
Phishing Fraud
Berjaga2 sekarang dengan perkataan 'phishing' berbunyi fishing. Beberapa komplen tentang web2 bank yang di klon seperti Maybank, CIMB dan Public Bank. Modes Operandi bermula bila seseorang menerima email yang mengatakan kita kena klik dalam link yang ditambah dalam email tersebut. Bila kita klik terus masuk dalam website bank kita dan meminta kita memasukkan nama dan password. Jangan terpengaruh kerana website itu hanya sekeping iklan untuk menipu. Baru2 ini lebih hebat apabila phishing menggunakan LHDN dengan menyatakan bahawa ada lebihan. Maka kita kena masuk website yang dilinkkan dalam email tersebut. Website bank kita diletakkan dalam muka depan web tersebut untuk kita masukkan nama dan password. Setelah itu website itu akan tergantung tetapi nama dan password kita telah diketahui. Cara merompak paling mudah.
Tazkirah Malam Ke 17 - Doa
Ada 3 cara kita mengangkat doa memohon sesuatu kepada Allah. Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW mengangkat tangan dalam 3 cara. Pertama telapak tangan mengadap muka dan belakng tapak tangan mengadap kiblat (ini adalah yang selalu kita nampak). Kedua telapak mengadap langit dan belakang tapak tangan di bumi.Ketiga - satu hadis ketika Nabi Muhammad SAW menghadapi perang Badar dengan muslimin hanya 313 orang. Nabi telah mengangkat tangan tinggi sehingga nampak putih ketiak Baginda. Telapak tangan mengadap ke bumi dan belakang tapak tangan ke langit. Tinggi tangan itu diangkat dan ini disalah fahami oleh orang biasa. Maka dijadikan sebagai cara doa menolak bala. Kalau mengikut cara Nabi, telapak tangan masih mengadap muka. Maka sebenarnya tolak bala masih tangan dalam keadaan telapak mengadap muka. Banyak masa Nabi berdoa tanpa mengangkat tangan - contoh ketika sujud - masa paling afdal dalam solat, masuk tandas, makan. Ulama memutuskan bahawa bila berdoa secara umum maka tangan diangkat tetapi tidak ketika membuat perkara2 khusus. Wallahua'lam.
Thursday, August 26, 2010
Mencari Lailatul Qadar
Imam Ghazali menceritakan bahawa sepanjang pengalaman beliau mencari malam Lailatul Qadar. Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, pengalaman beliau menyatakan Lailatul Qadar akan jatuh pada hari ke 29 Ramadhan. Tahun Hijrah ini bermula pada hari Rabu kebarangkalian jatuhnya malam Lailatul Qadar pada hari ke 29 Ramadhan. Tetapi kita tidak boleh mengambil terus pendapat ini kerana ada hadis Rasulullah menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada hari2 ganjil 10 Ramadhan terakhir. Pandangan ke 3 dari sahabat2 Rasulullah SAW seperti Abdullah Zubair menyatakan pada setiap malam ke 27 Ramadhan berlaku Lailatul Qadar. Bersedia untuk merebut satu malam yang lebih baik dari seribu bulan pahalanya.
Tuesday, August 24, 2010
Bila ekonomi boleh di Ramal
Kalau Paul the Octopus meramalkan siapa yang menang Piala Dunia tepat pasti selepas ini harga ramalan menjadi mahal. Salman Khan juga sekarang dikenali sebagai Hindustan Paul the Octopus kerana dia meramalkan tepat filem2 yang akan meletup di pasaran termasuk filemnya sendiri yang akan keluar Oktober 2010 ini. Ekonomi sebenarnya boleh diramal atau perkataan sebenarnya mendorong ekonomi ke suatu arah. Adakah ini ramalan atau fokus hadapan. Chartist iaitu orang yang membaca lengkuk saham sepanjang masa boleh meramal arah sesuatu saham. Maka sebenarnya semua benda boleh diramal. Sepatutnya ada satu kursus dibuat di IPTA untuk meraikan kehidupan ramalan ini.
Monday, August 23, 2010
Zhongyuanjie bukan Hungry Ghost Festival
Mengikut kepercayaan agama Buddha, hari ini pintu neraka dibuka dan hantu2 keluar mencari kawan mereka. Konsert2 memerlukan beberapa gadis untuk bergaya seksi bagi hantu hayal dan tak kacau orang. Setiap penghujung lorong akan dibakar colok. Colok2 ini juga agak mahal sekarang. Terlalu komersial sehingga puluhan ribu habis hanya untuk menanti hantu yang lapar ini. Orang cina sendiri tak kuasa melanggar pantang yang mahal ini. Begitulah apabila adat diagamakan.
Tazkirah Malam ke 13
Berdoalah pasti Allah SWT makbulkan. Kita kena yakin bahawa Allah makbulkan semua doa dengan 3 cara. Satu - Allah kabulkan terus doa tersebut tanpa syarat. Kedua - Allah kabulkan doa tersebut tetapi menggantikan dengan lebih baik. Contoh kita minta kereta, tapi Allah tak makbulkan tetapi kita dapat naik bas setiap hari. Mungkin kalau kita dapat kereta, kita tak sabar memandu dan boleh menyebabkan pelanggaran. Ketiga - semua doa kita dikumpulkan pada hari Akhirat dan Allah kabulkan semuanya. Riwayat menyatakan berdoalah kerana di akhirat kelak doa2 itu berada di atas satu pohon yang banyak daun dan setiap daun itu berkumpul doa2 yang tidak kita dapat di dunia. Allah SWT akan kurniakan kita semua doa2 yang tertangguh. Berdoalah. (Tazkirah oleh Ustaz Anuar Latif di Tmn Bukit Subang 22/8/2010)
Wednesday, August 18, 2010
Mesin Melayu
Terciptalah satu mesin mengukur berapa Melayu seorang Melayu. 200 soalan dengan 4 bahagian. Yang diukur didikan, ilmu, nilai dan kampung. Keputusan yang keluar adalah memuaskan, pertengahan, sederhana dan luntur. Tak pula dinyatakan orang yang selain Melayu boleh ambil ujian dalam mesin ini. Chua So Lek psti gembira kalau keputusan dia berada dalam pertengahan. Apa punya mesin la? Memang tak pernah terfikir oleh bijak pandai dunia. Mengarut.....
Sunday, August 15, 2010
NIkmat Ramadhan
Nabi bersabda bermaksud "Akan datang kepada kamu satu hari yang lebih baik dari seribu bulan". Hadis yang diriwayatkan oleh Salman AlFarisi mendengar kata2 Rasulullah SAW pada hujung Syaaban. Bagaimana seribu bulan kalau diubah kepada tahun - 83 tahun 3 bulan. Lama tu beb....rebutla peluang yang datang ini.(Tazkirah di Masjid Taman Subang Perdana 14/8/10)
Saturday, August 14, 2010
Kuliah Tafsir
Ulasan surah Al Baqarah ayat 130, 131 perkataan 'safih' didalam ayat itu ditafsir sebagai- lemah akal, diam apabila diberitahu kebenaran atau jahil. Ini ditujukan kepada golongan Yahudi yang mengikuti amalan Taurat. Ustaz itu juga mengulas tentang kedatangan orang pada solah terawih iaitu macam masuk ke Piala Dunia. Mula2 32 pasukan, selepas itu 16 pasukan, selepas itu 8 dan 4 dan akhirnya 2 sahaja final. Ramadhan awal seperti pasukan2 dalam piala dunia. Awal banyak dihujung sedikit. Bagaimana kita nak beriltizam sehingga hujung Ramadhan? (Kuliah Subuh 14/8/2010 di surau Tmn Bukit Subang)
Friday, August 13, 2010
Cari Awek
Mengikut study dibuat oleh Harvard Medical School - kalau lambat mencari pasangan, kelansungan hidup akan lebih pendek dari yang cepat dapat pasangan. Mereka juga setuju bahawa ini disebabkan stress mencari pasangan. Satu kelas 50 tahun dahulu dibuat perbandingan dengan satu kelas yang lelaki dan perempuan lebih seimbang. Rekod menunjukan kelas yang kurang perempuan, banyak lelakiya mati dari kelas lagi satu. Perempuan hanya menunggu untuk dipasangkan. Kita kena ada ilmu mengorat secepat masa sekolah menengah lagi. Betul ke study ni, aku dulu sekolah semua lelaki je dari Tingkatan 1 sehingga 5.
Gemuk cepat Baligh
Cincinnati Children's Hospital Medical menbuat kajian tentang pembentukan paya dara bagi kanak2 perempuan. Mereka dapati budak perempuan orang negro lebih cepat pembentukan payu dara dari orang putih dengan perbezan 23% dan 11%. Corak ini agak konsisten dengan pembandingan analisa pada tahun 1997 iaitu 15% dan 5%. Dalam keadaan ini perbentukan sosial agak pantas kerana gender yang berlain akan lebih menumpu kepada golongan yang sudah ada payu dara. US study ini juga pembentukan payu dara yang cepat disebabkan BMI (body mass index) yang tinggi akan terbentuk lebih cepat dari yang kurus. Maka boleh dibuat kesimpulan, jagalah berat badan anak perempuan kita pada umur 7 - 10 tahun. Kalau tidak mereka sudah mula bersosial pada umur remaja.
Thursday, August 12, 2010
Tazkirah Malam Ke3
Surah al Baqarah ayat 183 "Wahai orang2 beriman, telah diwajibkan kepada kamu berpuasa seperti mana diwajibkan kepada orang2 terdahulu. Semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa". Kita mempunyai pilihan untuk lepak minum kedai mamak tetapi kita melangkah ke masjid. Bila kita tidak membuat pilihan masa itu kita sudah membujur kaku mati. Mayat menjerit ketika di bawa keluar rumah menuju ke kubur " Kemana hendak dibawa aku ini". Seruan itu tidak dilayan kerana di masa itu kita tiada pilihan. Dahulu ketika hidup kita diberi 2 pilihan - memilih yang baik atau yang jahat. Setiap malam malaikat akan menyeru di langit "Marilah beramai beramal dibulan yang magfirah ini". Peluang membuat pilihan ketika masa ada adalah penting diingat sampai bila2. (Tazkirah di Masjid Taman Subang Perdana oleh Ustaz dari Pusat Zakat Selangor)
Air mata Buaya jantan
Semua akhbar menceritakan benda yang sama. Menangis selepas keputusan mahkamah berpihak kepadanya. Seorang YB berkahwin dua tanpa mendapat kebenaran mahkamah. Berapa hantaran yang dihantar kepada isteri muda perempuan sehingga terkulai layu di tasik madu. RM35,000 dan dilaporkan dalam mahkamah gaji dia ni cuma RM25,000. Tetapi keputusan mahkamah syariah semalam menyatakan dia perlu menyara anak2 dan isteri beliau. Dalam mahkamah semalam hanya isteri muda yang ada. Apa punya air mata ni.
Jintian shi bayue shier hao xingqisi
Kenapa kadang2 kita fokus sesuatu benda maka benda itu akan datang kepada kita seolah2 setiap hari. Belajar Mandarin perlu bermula dengan agresif apabila kita cuba bermimpi dengan berbahasa Mandarin. Belajar karekter tulisan pula memerlukan daya ingatan yang tinggi. Setiap tarikan (Stroke) nampak betul tetapi kalau orang yang mahir melihat cara kita membuat tarikan itu tahu kita menghafal atau betul2 tahu. Dan cerita ini datang kepada kita, Teoh Beng Hock pula meninggalkan didalam begnya tulisan cina untuk bunuh diri. Fokuslah pada sesuatu Insyaallah semua yang kita mahu akan datang tanpa diminta.
Wednesday, August 11, 2010
Berbuka dalam kereta
Dah jadi trend setiap tahun, sekurang2nya separuh Ramadhan akan berbuka dalam kereta. Seronok dan nikmat tak terkata. Mata dah tak ngantuk dan nampak ceria jika cukup bahan untuk berbuka. Kalau semua tak ada kadang2 kita boleh termarah sendiri. Sepanjang Ramadhan ini, kurma mesti ada sekotak dan air sentiasa ada dalam kereta. Penyelesaian paling praktikal dan menjawab keadaan trafik yang mencengkam jiwa waktu hendak balik. Belajar cara paling senang berbuka, makanan yang agak ringan - kuih muih, kurma dan air pastinya. Berbukalah kerana ada hadis, Rasulullah bersabda "Orang berpuasa akan dapat 2 benda yang menyeronokan. Satu apabila mereka berbuka dan kedua apabila bertemu dengan Allah SWT". Selamat Berbuka.
Berpuasa Di Sana Sini
Beberapa fatwa diterima pakai untuk menentukan masa berpuasa di seluruh Dunia. Mula Imsak pada pukul 3.38 am dan berbuka pada pukul 8.26 pm di Alaska lebih mencabar dari kita di Malaysia bermula 5.52 am sehingga 7.30 pm. Ada tempat yang terpaksa menjamakkan solat Maghrib dan Isyak kerana meraikan Solat Tarawih yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Jika tidak disatukan mungkin selepas solat Tarawih terus bersahur kerana hari siang yang panjang.
Tuesday, August 10, 2010
Ni jiehun le ma?
Belajar berbahasa Mandarin tidak hanya memerlukan latihan bercakap sahaja. Kita juga perlu belajar mendengar. Guru @ Laoshi mengajar dan kita perlu mendengar teliti dan mengulang2. Tone mandarin sebanyak 4 (55, 35, 214 dan 51) memberi maksud yang berbeza. Jika fonem awal dan tone tidak dipelajari maka Bahasa Mandarin kita berbunyi macam tak tentu hala.
Demam Campak (Measles)
Anak lelaki aku terkena demam campak. Penyakit yang sudah lama dalam keluarga aku tidak menghidapnya. Cucukan cacar pada umur setahun dulu tidak menjadi atau penyakit ini menyerang untuk memberi kekuatan pada sistem imun dalam badan anak lelaki aku. Isteri sudah 2 hari cuti dan aku akan sambung sehingga hujung minggu (9 - 13 Ogos 2010)
Perang dalam Ramadhan
Beberapa perang besar dalam Islam berlaku dalam bulan Ramadhan. Kenapa? Tunduk kepada Allah, suasana berpuasa yang mengamankan, penuh dengan ibadat malam, bacaan Al Quran bertadarus, semua ini membina kekuatan dalaman yang tidak terdapat dalam orang2 selain Islam. Pihak batil mengambil peluang ketika orang Islam lapar dan dahaga tanpa ketahui bahawa berpuasa memberi kekuatan luar biasa hebatnya. Jadi mulakan peperangan melawan kebatilan di bulan Ramadhan.
Szu Tzu told.......
Kalau nak berperang mesti guna perisik. Menyiasat kelengkapan musuh, membuat bandingan, analisa dan mengatur strategi. Peluang melihat kelemahan musuh hanya perisik yang tahu. Berkawan dengan musuh, makan bersama, keluar bersama dan melihat kelemahan. Kadang2 perisikan memakan masa yang lama. Tetapi maklumat berharga pasti boleh digunakan untuk menyerang hendap.
Monday, August 9, 2010
Kalah Perang
Setiap peperangan pasti ada yang kalah dan menang. Khalid Al Walid semasa bersama Islam tidak pernah kalah berperang. Dikenali sebagai Pedang Allah dan akhirnya ditukar sebagai Panglima biasa selepas kewafatan Rasulullah SAW. Kita orang biasa sepatutnya terus berlawan tetapi mengambil pendekatan bijak. Serang dan terus serang bila musuh lemah. Berundur jika rasa macam nak kalah.
Sunday, August 8, 2010
Mahyuddin bin Alang Rahim (1939 - 2010)
Bekas imam Kg Melayu Subang Masjid An Nur sehingga 2008. Bekas pekerja MAS dan bapa saudara aku. Bawa ke hospital Sg Buloh pada pukul 2.30 am tetapi ambulan telah menghantar kembali ke rumah pada pukul 6.20 am. Dengan bantuan gas selama 1 jam dan selepas 7.30 am dia bernafas sendiri tanpa bantuan gas. Diumumkan meninggal dunia pada pukul 1.40 pm. Selamat dikebumikan pada selepas solat Asar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. (dalam gambar berada di nombor 2 dari kiri)
Friday, August 6, 2010
Perang cara Szu Tzu
Teliti apa yang kita ada. Mengkaji apa senjata musuh. Kalau rasa tak cukup kuat, berundur sebentar dan buat kajian. Perang 1 - serang dengan kekuatan yang sama. Kalau menang, pijak sampai lembik musuh. Dan taktik seterusnya serang lagi untuk melihat musuh mengeluarkan semua senjata. Jangan keluarkan semua kelengkapan perang dalam satu peperangan. Perkiraan, pihak lawan, menyerang, pertahanan, arahan, kekuatan dan kelemahan, mencari jalan keluar, respon, pergerakan tentera, menyerang dan penggunaan penyiasat. Jangan berhenti kerana rehat yang panjang menyebabkan lawan dapat mengkaji kita dan alatan perang berkarat. Terus-terusan angkat pedang.
Thursday, August 5, 2010
Di Sergah Orang
Bagaimana reaksi kita kalau dikejutkan secara kasar. Boleh pening sebentar dan seram sejuk. Kalau dalam sedar kita disergah, apa yang perlu kita buat. Biar je, tarik nafas, jangan tunjuk takut atau muka kena tenang. Kalau takut, sergahan ke2 mungkin boleh buat kita jatuh tersembam. Terkejut kali ke2 ini mungkin boleh buat demam. Aku kena buat kejutan. Nak bagi orang terkejut dan tidak dapat jawab. Seronok kalau tengok orang terkulat2. Kita pengurus dan mereka pekerja. Kejutan ini pasti menjadi bualan sampai bila2. Marah melampau boleh buat orang ingat kita.
Bezakan Pandai
2 orang tukang sapu bersembang tentang kepandaian. Kenapa mereka bergaji kecil dibandingkan dengan mandur mereka yang nampaknya duduk sambil menghisap rokok menunggu kerja sapu siap.
Geram 2 orang tukang sapu menyebabkan salah seorang terus pergi bertanya pada mandur. "Kenapa awak duduk berehat tetapi dapat gaji lebih dari kami". Mandur terkejut dan menjawab bahawa dia ada kepandaian. Tukang sapu bertanya lagi apa beza kepandaian dan kebodohan.
Mandur letakkan tangannya di meja lalu meminta tukang sapu memukul dengan penyapu tangannya. Tukang sapu tanpa berlengah memukul dan mandur mengelak cepat. Mandur pun menegaskan "itulah kepandaian". Tukang sapu faham dan terus sambung menyapu dengan kawannya. Kawannya bertanya "Dah tanya mandur, apa katanya." Tukang sapu yang bertanya mandur terus berkata "Dia ada kepandaian dan kita tak ada". Dan kawannya bertanya lagi bagaimana kepandaian itu. Tukang sapu tanpa berlengah meletakkan tangannya ke muka dan menyuruh kawannya memukul. "Kau pukullah kuat2, nanti aku beritahu apa itu kepandaian."
Geram 2 orang tukang sapu menyebabkan salah seorang terus pergi bertanya pada mandur. "Kenapa awak duduk berehat tetapi dapat gaji lebih dari kami". Mandur terkejut dan menjawab bahawa dia ada kepandaian. Tukang sapu bertanya lagi apa beza kepandaian dan kebodohan.
Mandur letakkan tangannya di meja lalu meminta tukang sapu memukul dengan penyapu tangannya. Tukang sapu tanpa berlengah memukul dan mandur mengelak cepat. Mandur pun menegaskan "itulah kepandaian". Tukang sapu faham dan terus sambung menyapu dengan kawannya. Kawannya bertanya "Dah tanya mandur, apa katanya." Tukang sapu yang bertanya mandur terus berkata "Dia ada kepandaian dan kita tak ada". Dan kawannya bertanya lagi bagaimana kepandaian itu. Tukang sapu tanpa berlengah meletakkan tangannya ke muka dan menyuruh kawannya memukul. "Kau pukullah kuat2, nanti aku beritahu apa itu kepandaian."
Wednesday, August 4, 2010
Kahwin awal @ Paksa
Kerajaan Melaka hari ini membenarkan pasangan yang mahu kahwin awal remaja untuk menyelamatkan anak yang terkandung dapat sah taraf. Setuju atau tidak! Orang2 Barat yang masih sehingga sekarang menghadapi masalah yang sama masih tidak bersetuju untuk remaja kahwin awal. Kita kena tengok realiti kenapa remaja bermukah awal. Adakah naluri mereka mahu kahwin dan bertanggungjawab. Kalau yang gatal hendak kahwin pun mesti telah dipupuk terpengaruh dengan seks sahaja bukan hendak menjadi suami isteri yang sayang menyayangi. Fikirlah jangan cuba selesaikan masalah hujung sedangkan yang pokok awal diabaikan.
Tuesday, August 3, 2010
Bila semua tak Kena
Bangkit lewat. Baju tak gosok lagi. Jalan jem. Dapat SMS mesyuarat di Kuala Lumpur. Ada pelanggaran pulak. Nyaris berlanggar dengan motor. Kena marah dengan budak2 motor. Polis tahan satu bahagian lampu isyarat terlalu lama. Kena tahan polis ikut lorong kiri. Sempat singgah minum tapi kna cepat. Makanan lambat hantar. Kuah kari roti canai terpercik ke baju. Hari sudah pukul 8.20 am dan perjalanan masih jauh. Hari ini jatuh hari apa? Baru teringat baru sehari bekerja selepas 3 hari bercuti.
Monday, August 2, 2010
Ni congshi shenme hangye
Perkara utama dalam belajar Mandarin adalah mengenal 'fonem awal'. Beberapa huruf dalam fonem awal berbunyi tidak seperti yang kita sangkakan seperti normal Roman. Contoh seperti P yang berbunyi 'be'. 'E' disini berbunyi seperti emak. Maka perkataan dahulu Peking sepatutnya berbunyi Beijing. Maka pakar bahasa di China mengambil inisiatif menukar Peking kepada Beijing untuk memberi kesenangan kepada orang luar menyebut. Huruf G pula berbunyi 'ke'. Maka jika kita ke Guangzhou, sebutan yang paling betul adalah Kuangzao. Hafalan untuk fonem awal memberi titik tolak untuk kita belajar bahasa Mandarin.
Sunday, August 1, 2010
Berapa Harga Satu Kemahiran
Minggu lepas penghawa dingin kereta tak berfungsi. Seminggu sebelum itu, kipas penghawa dingin yang sama tidak bergerak. Suhu kereta naik mendadak. Kereta perlu diselenggara. Lampu di rumah sudah tidak menyala walau diganti dengan yang baru. Air mandi panas menjadi terlalu panas. Komputer diserang virus. Ia jadi lembap dan bergerak malas. Apa perlu dibuat apabila masalah terlalu teknikal jadi kepada kita. Kemahiran menjadi mahal kerana kita tak tahu masalah sebenar. Kalau disuruh bayar RM100 untuk penyenggelaran penghawa dingin tinggi, jangan marah. Itu adalah harga kemahiran. Kalau diminta bayar RM500 untuk pasang lampu satu rumah. Biarkan atau redha sahaja sebab kemahiran itu tinggi nilainya. Jangan berdolak dalih, bayar dan semat dalam hati "Aku bayar kerana Kemahiran itu aku tiada".
Subscribe to:
Posts (Atom)