Yang selalu jengok

Wednesday, August 11, 2010

Berbuka dalam kereta


Dah jadi trend setiap tahun, sekurang2nya separuh Ramadhan akan berbuka dalam kereta. Seronok dan nikmat tak terkata. Mata dah tak ngantuk dan nampak ceria jika cukup bahan untuk berbuka. Kalau semua tak ada kadang2 kita boleh termarah sendiri. Sepanjang Ramadhan ini, kurma mesti ada sekotak dan air sentiasa ada dalam kereta. Penyelesaian paling praktikal dan menjawab keadaan trafik yang mencengkam jiwa waktu hendak balik. Belajar cara paling senang berbuka, makanan yang agak ringan - kuih muih, kurma dan air pastinya. Berbukalah kerana ada hadis, Rasulullah bersabda "Orang berpuasa akan dapat 2 benda yang menyeronokan. Satu apabila mereka berbuka dan kedua apabila bertemu dengan Allah SWT". Selamat Berbuka.

1 comment:

  1. Betul beb. Sepanjang Ramadan dalam kereta aku ada bekalan kurma. Yusuf Taiyoob punya brand, tapi tak tau apa model. Belasah jek. Kuih-muih tu tak adalah. Air pun kekadang tak ada.

    Dan aku masih kena belajar agar tak mencarut bila tersangkut dalam trafik jem... adoi laaa...

    ReplyDelete