Yang selalu jengok

Sunday, September 25, 2011

BELAJAR Sembelih

Sekadar hiasan
Bercerita dengan seorang Libya di pejabat tentang Eid Adha yang disambut lebih meriah dari Eid Fitri di Libya dan di negara2 Teluk.  Pelik mereka melihat keghairahan orang Malaysia merayakan sampai sebulan lama.  Kami bercerita tentang Eid Adha kerana hari berkorban juga maksudnya penyembelihan korban akan berlaku. Dia memberitahu sudah lebih 10 ekor lembu dan kambing disembelih sendiri.  Aku pulak naik segan.  Paling hebat bagi aku hanya sembelih ayam dan siang ikan.  Betullah fikir hati ini, ketika pelajar2 kita di tempat2 yang kurang makanan halal selalu keputusan makanan kerana tiada tempat yang menjual makanan halal.  Tetapi pelajar2 dari Timur Tengah ini selain diberi peluang belajar akademik, belajar menyembelih juga adalah ilmu paling bermanfaat.  Kawan Libya aku memberitahu pada hari raya di Amerika dulu, mereka akan pergi ke ladang2 lembu dan kambing dan terus menyembelih sendiri untuk mendapat daging halal.  Pada masa yang sama orang Malaysia ikat perut pening mencari daging.  Kalau hari raya Aidil Adha, selalunya kita terpaksa menunggu Imam atau tukang sembelih datang dan kadang2 mereka menentukan masa dan apabila masalah telah selesai baru dia datang untuk menyembelih.  Soalan biasa mereka - lembu dah tumbang belum, kaki dah ikat ke, lubang darah dah korek dan tuan rumah yang membuat korban menunggu mereka sampai. 

Friday, September 23, 2011

Makan Makanan


Hari ini hari terbuka raya.  Semua orang membawa makanan untuk dimakan.  Ada yang membawa pulut kuning dan rendang. Ada yang membawa sandwich, ada yang bawa Nasi bairani Arab, ada yang hanya membeli donut, ada makanan Libya, ada makanan Palestin dan ada yang datang bawa perut sahaja.  Makanan yang berbagai ini seperti datang dari satu dunia.   

ini aku bawa

Nasi Arab

manisan arab


NAMA

Aku bekerja dengan beberapa orang luar Malaysia dan kebanyakan orang Arab dari Palestin, Libya, Saudi,  Yaman dan beberapa negeri sekitar sana seperti India dan Pakistan.  Mereka mempunyai masalah mengenal orang mengunakan nama di Malaysia.  Mereka akan bertanya tentang siapa ini dan lelaki atau perempuan.  Ini kerana bagi mereka yang Arab fasih beberapa nama yang ada di pejabat aku ini selayaknya untuk lelaki bukan untuk perempuan dan mengelirukan mereka.  Nama seperti Fida yang kita selalu ingat perempuan bagi mereka sebaliknya.  Seperti juga nama Azean yang sepatutnya lelaki bagi mereka.  Bukan kerana nama itu lelaki tetapi kebiasaan nama itu digunakan untuk lelaki di Arab sana.  Contoh bagi kita seperti Ramli maka secara otomatik kita akan tahu nama ini lelaki.  Dan seorang gadis Pakistan yang bekerja dengan aku bernama Saman.  Mungkin orang kita ingat Saman adalah lelaki seperti Wan Muhammad Saman tetapi Saman yang ini dimiliki wanita bujang yang cantik dari Pakistan.  Perbedaan ini memberi peluang mengenal budaya dan kelainan.

Thursday, September 22, 2011

TAK Cukup2

Aku menjadi pengurus cawangan Bank Muamalat di seksyen 9, Shah Alam lebih kurang 3 tahun.  Dan setiap hari aku akan melihat abang yang sama duduk di depan bank seperti bekerja di tempat aku.  Hari2 aku tegur ajak makan atau sekadar bertanya khabar.  Kerusi yang sama tidak bertukar.  Pakaian yang aku nampak macam yang sama sahaja.  Dan dia bekerja itu bersungguh2 dimana jika bulan Ramadhan pasti disambung pula bekerja di Stadium Shah Alam.  Aku bukan dengki tapi cara bekerja yang bijak ini seolah2 boleh diceburi oleh semua orang cuma perlu tabahkan hati.  Dan yang pastinya katung yang disediakan tidak pernah kosong.  Kerja yang 24 jam memang menghasilkan pulangan kerana bila kerusi dibuka dari pagi tidak pernah pula bank akan kosong tanpa pelanggan.  Dia juga dapat diraikan oleh kebanyakan pelanggan bank2 yang sekitarnya.  Aku tidak pernah mengira atau bertanya pendapatan sehari tetapi fleksibiliti bekerja ini membuatkan aku berperasaan dengki.  Buka pukul 10 dan tutup bila letih.  Dan yang paling peliknya, tadi selepas 4 tahun aku meninggalkan seksyen 9 Shah Alam, aku masih bertemu dengan abang yang biasa ini.  Tabungan masih tidak mencukupi. MUNGKIN.

ISTERI Solehah

Antara benda yang membahagiakan adalah mendapat isteri yang solehah.  Isteri yang kalau dibenarkan bekerja pasti menjaga kehormatan dan memastikan tidak mengurangkan pahala suami.  Kalau isteri melawan suami, kena salahkan suami tidak mengajar.  Kalau isteri keluar rumah tanpa kebenaran salahkan juga suami kerana tidak ajar.  Hadis Rasulullah SAW "Empat perkara yang bakal membahagiakan adalah isteri yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa".  Cuba periksa isteri kita di tempat kerja.  Hormat mereka pada majikan mungkin lebih dari hormat kepada suami.  Tidak tinggikan suara pada majikan tetapi meninggi suara pada suami.  Suka belanja kawan tetapi tidak pada keluarga.  Memburuk2kan suami pada kawan2.  Dan benarlah hadis ini kerana isteri solehah menjaga segala adab di depan kawan2. Mengurangkan kerlipan 'make up' bila suami tiada. Barakah duit gaji yang di dapati memberi kelebihan membantu ehsan suami dan keluarga.  Ini adalah kuliah agama semalam di Taman Bukit Subang.

Wednesday, September 21, 2011

TALI PINGGANG BESI

Memang kali ini aku kena turun.  Budak2 asrama sudah mula bergebang ajak aku turun sama ke stadium Merdeka.  Perlawanan bola antara Sekolah St John dan Victoria Institution (VI) akan berlaku pada hari Sabtu nanti.  Fikiran muda aku tak ada lain, cuma nak memukul budak2 St John sahaja.  Darah muda mesti dilayan. Hari Sabtu pun datang.  Tali pinggang besi yang mak aku pakai sudah membelit pinggang aku.  Ini adalah senjata paling senang dibawa kemana2.  Bebudak pada tahun itu memakai kepala tali pinggang yang bermacam dan paling popular adalah berlambang tengkorak.  Baju singlet bergambar labah2 dipakai bersama dengan overcoat putih - macam pengantin.  Mata dicelak macam perempuan. 10 pagi sudah berada di Stadium Merdeka, perlawanan seperti sudah bermula.  Aku terus menyorak2 pasukan VI kerana kawan2 lebih ramai di situ dari di St John.  Aku sebenarnya tidak berapa suka menonton perlawanan bola yang jauh dari mata.  Aku keluar dari stadium dan terus ke taman berhampiran.  Tiba2 berlari seorang budak meluru pada aku dan memberi sebuah bungkusan berbalut kain putih sambil menjerit. "Bang, saya tikam sorang budak St John".  Aku terkejut dan terus berlari lintang pukang kerana jika bungkusan ini dijumpai pada aku maka aku akan menjadi tertuduh.  Berlari aku sambil membuang bungkusan kain putih menuju ke Kotaraya (tempat yang paling ceria untuk muda mudi pada tahun 1986 dulu).  Sambil berlari aku sempat membuang tali pinggang mak aku di tepi2 jalan Petaling.  Selamat aku sampai di Kotaraya dan semua berlalu macam biasa.  Apabila aku balik ke asrama, aku mendengar beberapa orang pelajar asrama telah dipukul oleh sekumpulan India di Stadium Merdeka dan kes ini menjadi kes polis. Aku bercerita ini kerana teringat tali pinggang besi mak aku kerana mak aku pernah marah kerana tali pinggangnya yang satu itu hilang dan semalam aku bersembang lama dengan emak. 

Guatanamou = Kem Kamunting

Dr M pun setuju sangat ISA dimansuhkan. Ini bagi beliau peluang kepada Najib untuk beritahu pada dunia, Malaysia sudah ada tanamkan 'human right' dan benda2 yang bertentangan dengan itu akan dimansuhkan.  Dia meminta negara2 maju lain tiru macam Malaysia.  Cerita tentang Guatanamou, penganas ditahan tanpa bicara dan terrorist yang ditahan di Afganistan dan Baghdad, Iraq menjadi berita utama pada Dr M menunjukkan negara maju sepatutnya meniru macam Malaysia.  Apakah persamaan yang ketara diantara Kem Kemunting dan Kem Guatanamou? Perbezaan paling utama pada kedua2 tahanan yang dimaksudkan.  Walaupun kedua2 tempat tahanan ini adalah sama iaitu tahan orang tanpa bicara tetapi orang2 yang ditahan sangat berbeza.  Di Malaysia, orang yang ditahan seperti politik berbeza, buat IC tipu dan cetak duit palsu dimasukkan dalam kategori Kem Kamunting iaitu - tahanan tanpa bicara walaupun kes2 mereka boleh ditimbulkan di mahkamah biasa.  Di Guatanamou, pengganas2 yang ditangkap seperti tahanan perang iatu Al Qaeda sahaja memenuhi kem tersebut.  Permintaan dan sokongan supaya ISA diteruskan oleh beberapa NGO nampak tidak bersemangat nak menjadi pandai tetapi lebih menunjukkan tidak berfikir.

Tuesday, September 20, 2011

Keputusan HAKIM

Pada 24/05/1978 Hakim Datuk Hashim Yeop Abdullah masuk ke dalam mahkamah Tinggi tidak memakai rambut palsu menimbulkan pertanyaan kepada orang ramai yang hadir.  Hakim ini telah memberitahu bahawa memakai rambut palsu adalah haram bagi lelaki dan perempuan.  Dia juga memberitahu bahawa jangan memanggil dia "My Lord" kerana panggilan itu hanya untuk Yang Maha Esa. Dia juga memberitahu tentang satu hadis sahih dari Imam Bukhari dari Aishah, Asma' ibnu Mas'ud, Ibnu Umar dan Abi Hurairah.  Dia juga menetapkan tidak perlu menundukkan kepala kepada dia apabila masuk ke mahkamah tetapi hanya perlu diam dan duduk diam2 kalau masuk.  Semua ini telah diikuti sehingga sekarang kecuali tunduk hormat kepada hakim bila masuk.  Satu fakta yang berani dilakukan oleh Hakim Datuk Hashim Yeop pada 33 tahun dahulu dan dipanjangkan sehingga sekarang.  Kebanyakan proses di dalam mahkamah adalah mengikuti apa yang biasa dibuat di British kerana inilah penjajahan yang tidak nampak. (fakta diambil dari The Star pada 20/09/2011)

Saturday, September 17, 2011

OPEN HOUSE

Marah sungguh orang itu.  Dicabutnya bendera Malaysia yang berkibar di atas kereta dengan cara paksa.  Dikuis2 lebihan gam di kereta itu sambil mulut terkumat kamit memaki orang.  Aku dan sekeluarga berada tidak jauh dari kereta itu.  Kami hanya melihat dan beristigfar melihat cara dia marah yang keterlaluan itu.  Bendera yang dipatahkan tiangnya masih ditangan. Dia meludah marah sambil tangan menguis2 lagi tempat melekat bendera dicermin kereta.  Kurang dari seminit, segala yang melekat sudah habis.  Dia mengeluarkan kunci kereta dan menekat 'remote control' berbunyi tetapi tidak boleh dibuka. Dia memandang keliling perlahan takut orang melihat.  Dan dia berhenti memandang kepada kereta lain.  'Alarm' yang ditekan sudah berbunyi tetapi di tempat lain.  Perlahan2 dia meletakkan bendera yang sudah patah ke atas kereta dan menuju kereta sendiri.  Dia berlalu seolah2 tidak apa yang berlaku.  Anak aku bertanya kenapa dia marah.  Aku cakap dia tidak beraya macam kita beraya. 

Nyanyian Serambi

Pada tahun 2006, bersidanglah Pengurus2 Bank Muamalat Malaysia Berhad di Port Dickson pada pertengahan March. Pada malam hari pertama setelah dipenuhi isi2 penting dan kecerahan iman disemai, maka satu makan malam dipenuhi dengan keceriaan dibuat.  Aku dan pengurus2 kawasan Selangor dan Wilayah akan menyanyikan sebuah lagu yang pasti akan diingati selalu.  Kami bersuka ria dengan persembahan seperti boria tetapi mempunyai pengisian yang amat dalam.  Dan lagu ini berkumandang tadi dan aku terus ingat waktu ketika itu.

"Andai kasturi hilang harum,
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung

Biar emas setinggi gunung
kan ku perluk rimbun ampun
Rahmat Yang Maha Agung"

Friday, September 16, 2011

TUNTUTAN RAKYAT

Semalam PM kita umumkan ISA akan dihapuskan kerana negara kita tidak lagi berada dalam keadaan darurat.  Ramai yang menyokong ISA mengeloh resah kerana apa segala yang disokong sedang diterbalikkan oleh PM.  Keperluan beberapa akta seperti Akta Mesin Cetak, Akta Kediaman dan Akta Buang Negeri juga dimansuhkan dan akan diganti dengan akta yang lain.  Aku teringat seorang kawan yang pernah dimasukkan dalam Kem kemunting selama 2 tahun.  Hilang pekerjaan, isteri terpaksa bekerja, tak dapat lihat anak membesar, rumah terpaksa dijual dan macam2 musibah yang datang.  Akhirnya ISA dimansuhkan.  Aku juga teringat bila bersembang dengan kawan aku yang keluar dari ISA ini. Dia katakan perlu ada ISA ini.  Teringat juga aku pada Ibrahim Ali, Lokman Nor Adam dan Ezam - semua mereka menyokong ISA diteruskan walaupun mereka pernah merengkok dalam Kem kemunting ini.  Kisah di dalam Kem Kemunting ini boleh dibaca dalam buku2 Pembangkang tetapi tidak datang dari penyokong2 ISA di atas.  Aku baca buku Saari Sungip - sengsara di Kem Kemunting dan beberapa buku tulisan para pembangkang.  Akhirnya ISA dimansuhkan kerana menurut Najib setelah menyelak ucapan sulung dia ketika naik menjadi PM, benda2 ini adakan dikaji.