Sekadar hiasan |
Bercerita dengan seorang Libya di pejabat tentang Eid Adha yang disambut lebih meriah dari Eid Fitri di Libya dan di negara2 Teluk. Pelik mereka melihat keghairahan orang Malaysia merayakan sampai sebulan lama. Kami bercerita tentang Eid Adha kerana hari berkorban juga maksudnya penyembelihan korban akan berlaku. Dia memberitahu sudah lebih 10 ekor lembu dan kambing disembelih sendiri. Aku pulak naik segan. Paling hebat bagi aku hanya sembelih ayam dan siang ikan. Betullah fikir hati ini, ketika pelajar2 kita di tempat2 yang kurang makanan halal selalu keputusan makanan kerana tiada tempat yang menjual makanan halal. Tetapi pelajar2 dari Timur Tengah ini selain diberi peluang belajar akademik, belajar menyembelih juga adalah ilmu paling bermanfaat. Kawan Libya aku memberitahu pada hari raya di Amerika dulu, mereka akan pergi ke ladang2 lembu dan kambing dan terus menyembelih sendiri untuk mendapat daging halal. Pada masa yang sama orang Malaysia ikat perut pening mencari daging. Kalau hari raya Aidil Adha, selalunya kita terpaksa menunggu Imam atau tukang sembelih datang dan kadang2 mereka menentukan masa dan apabila masalah telah selesai baru dia datang untuk menyembelih. Soalan biasa mereka - lembu dah tumbang belum, kaki dah ikat ke, lubang darah dah korek dan tuan rumah yang membuat korban menunggu mereka sampai.
No comments:
Post a Comment