Semalam PM kita umumkan ISA akan dihapuskan kerana negara kita tidak lagi berada dalam keadaan darurat. Ramai yang menyokong ISA mengeloh resah kerana apa segala yang disokong sedang diterbalikkan oleh PM. Keperluan beberapa akta seperti Akta Mesin Cetak, Akta Kediaman dan Akta Buang Negeri juga dimansuhkan dan akan diganti dengan akta yang lain. Aku teringat seorang kawan yang pernah dimasukkan dalam Kem kemunting selama 2 tahun. Hilang pekerjaan, isteri terpaksa bekerja, tak dapat lihat anak membesar, rumah terpaksa dijual dan macam2 musibah yang datang. Akhirnya ISA dimansuhkan. Aku juga teringat bila bersembang dengan kawan aku yang keluar dari ISA ini. Dia katakan perlu ada ISA ini. Teringat juga aku pada Ibrahim Ali, Lokman Nor Adam dan Ezam - semua mereka menyokong ISA diteruskan walaupun mereka pernah merengkok dalam Kem kemunting ini. Kisah di dalam Kem Kemunting ini boleh dibaca dalam buku2 Pembangkang tetapi tidak datang dari penyokong2 ISA di atas. Aku baca buku Saari Sungip - sengsara di Kem Kemunting dan beberapa buku tulisan para pembangkang. Akhirnya ISA dimansuhkan kerana menurut Najib setelah menyelak ucapan sulung dia ketika naik menjadi PM, benda2 ini adakan dikaji.
No comments:
Post a Comment