Aku menjadi pengurus cawangan Bank Muamalat di seksyen 9, Shah Alam lebih kurang 3 tahun. Dan setiap hari aku akan melihat abang yang sama duduk di depan bank seperti bekerja di tempat aku. Hari2 aku tegur ajak makan atau sekadar bertanya khabar. Kerusi yang sama tidak bertukar. Pakaian yang aku nampak macam yang sama sahaja. Dan dia bekerja itu bersungguh2 dimana jika bulan Ramadhan pasti disambung pula bekerja di Stadium Shah Alam. Aku bukan dengki tapi cara bekerja yang bijak ini seolah2 boleh diceburi oleh semua orang cuma perlu tabahkan hati. Dan yang pastinya katung yang disediakan tidak pernah kosong. Kerja yang 24 jam memang menghasilkan pulangan kerana bila kerusi dibuka dari pagi tidak pernah pula bank akan kosong tanpa pelanggan. Dia juga dapat diraikan oleh kebanyakan pelanggan bank2 yang sekitarnya. Aku tidak pernah mengira atau bertanya pendapatan sehari tetapi fleksibiliti bekerja ini membuatkan aku berperasaan dengki. Buka pukul 10 dan tutup bila letih. Dan yang paling peliknya, tadi selepas 4 tahun aku meninggalkan seksyen 9 Shah Alam, aku masih bertemu dengan abang yang biasa ini. Tabungan masih tidak mencukupi. MUNGKIN.
No comments:
Post a Comment