Aku bekerja dengan beberapa orang luar Malaysia dan kebanyakan orang Arab dari Palestin, Libya, Saudi, Yaman dan beberapa negeri sekitar sana seperti India dan Pakistan. Mereka mempunyai masalah mengenal orang mengunakan nama di Malaysia. Mereka akan bertanya tentang siapa ini dan lelaki atau perempuan. Ini kerana bagi mereka yang Arab fasih beberapa nama yang ada di pejabat aku ini selayaknya untuk lelaki bukan untuk perempuan dan mengelirukan mereka. Nama seperti Fida yang kita selalu ingat perempuan bagi mereka sebaliknya. Seperti juga nama Azean yang sepatutnya lelaki bagi mereka. Bukan kerana nama itu lelaki tetapi kebiasaan nama itu digunakan untuk lelaki di Arab sana. Contoh bagi kita seperti Ramli maka secara otomatik kita akan tahu nama ini lelaki. Dan seorang gadis Pakistan yang bekerja dengan aku bernama Saman. Mungkin orang kita ingat Saman adalah lelaki seperti Wan Muhammad Saman tetapi Saman yang ini dimiliki wanita bujang yang cantik dari Pakistan. Perbedaan ini memberi peluang mengenal budaya dan kelainan.
No comments:
Post a Comment