Antara benda yang membahagiakan adalah mendapat isteri yang solehah. Isteri yang kalau dibenarkan bekerja pasti menjaga kehormatan dan memastikan tidak mengurangkan pahala suami. Kalau isteri melawan suami, kena salahkan suami tidak mengajar. Kalau isteri keluar rumah tanpa kebenaran salahkan juga suami kerana tidak ajar. Hadis Rasulullah SAW "Empat perkara yang bakal membahagiakan adalah isteri yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa". Cuba periksa isteri kita di tempat kerja. Hormat mereka pada majikan mungkin lebih dari hormat kepada suami. Tidak tinggikan suara pada majikan tetapi meninggi suara pada suami. Suka belanja kawan tetapi tidak pada keluarga. Memburuk2kan suami pada kawan2. Dan benarlah hadis ini kerana isteri solehah menjaga segala adab di depan kawan2. Mengurangkan kerlipan 'make up' bila suami tiada. Barakah duit gaji yang di dapati memberi kelebihan membantu ehsan suami dan keluarga. Ini adalah kuliah agama semalam di Taman Bukit Subang.
No comments:
Post a Comment