Pekerja2 asing sudah meningkat lebih dari 4 juta. 4 juta ini bermaksud 14% dari penduduk Malaysia yang sekarang berjumlah 28 juta orang. Kalau 4 juta ini disatukan dalam satu negeri mungkin Kuala Lumpur dan Selangor sudah tenggelam dengan mereka. 14% ini lebih tinggi dari penduduk malaysia India di Malaysia yang sekitar 7%. 4 juta ini besar dan perlu dipantau selalu. Ada yang sudah bermastautin lebih dari 20 tahun dan mendapat nikmat hidup lebih dari rakyat Malaysia. Satu AKTA perlu dibuat untuk memastikan mereka tidak dapat lebih dari rakyat Malaysia. Kalau gaji, gaji yang bagaimana. Kalau rumah, rumah yang bagaimana. Mungkin hospital kerajaan ada membezakan kos2 medikal tetapi swasta tidak berbeza. Di negara2 yang kapasiti penduduk kecil mungkin nampak ini adalah peluang meninggikan populasi seperti Kanada atau Australia. Kalau kita pergi ke supermarket sekarang kebanyakan kedai2 makanan dikuasai oleh orang2 luar. Kedai halal yang tukang hidang bertatu seperti dari Vietnam. Mungkin tiada yang sanggup bertanya mereka ini Islam atau tidak. Pembersihan telah dilakukan oleh Kerajaan sekitar tahun 2011 tetapi keputusan pembersihan tidak diwar2kan untuk kita tahu. Hanya semalam diberitakan bahawa 4 juta orang pendatang bekerja di Malaysia. Kita menerima segala jenis orang di Malaysia walaupun pada mulanya hanya pembantu rumah, kerja2 perladangan dan akhirnya mereka berada di sekitar kita.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Friday, May 18, 2012
Monday, May 14, 2012
Aku dan Pagar
Pagar di belakang asrama itu sudah naik lendut di pijak budak2. Aku memang menggunakan laluan itu kalau mahu keluar malam. Cerita Rambo lakonan Slyvester Stallone menjadi jolokan untuk keluar malam. "Malam ini me'rambo' ke mana?" Pagar yang satu ini tidak pernah menduakan sesiapa. Kalau ada yang melangkah diberikan percuma, kalau yang mengoyakkan pagar pun tidak dimarahkan. Sudah banyak kali pagar yang satu ini diberi nafas baru. Dikahwinkan dengan pagar yang lebih hijau atau digandingkan dengan pagar yang lebih kejam berduri. Semua ini tidak dipedulikan oleh orang. Ada 3 tempat pagar yang pasti dilanggar oleh budak2. Yang paling kiri adalah bertemu pula dengan rumah pegawai yang menjaga asrama. Yang tengah pula akan bertembung dengan kuil yang tidak pernah sunyi dari bergendang. Dan yang paling hujung adalah paling susah kerana kalau siang, Jaga boleh nampak terus ke lubang pagar yang bocor. Hati Jaga mana yang senang bila nampak orang lalu lalang tanpa takut dengan Jaga. Semua Jaga dibekalkan dengan cota yang menakutkan. Tapi budak2 tidak pernah kena seliang pun dengan Jaga. Pernah diceritakan bahawa Jaga bergaduh dengan budak2 asrama itu tapi itu semua cerita kategori Wan Empok dan Wan Malini dimana Melayu berasal dari muntah lembu. Aku salah seorang pengguna tegar pagar paling kanan. Yang tengah, aku paling pantang kerana mak aku pernah cakap, kuil yang satu ini pasti ada hantu2 yang jaga. Pagar yang kanan satu ini memang banyak jasanya. Kalau keluar dari sini jangan sekali2 cuba hendak masuk bila balik nanti, pasti ada yang tunggu. Kalau bukan Jaga yang tunggu pasti pengawas2 yang mengambil alih. Aku bukan mahu mengelak dengan Jaga atau Pengawas2 tetapi mengelakkan konfrantasi. Kalau malam sudah mula berembun, pagar paling kiri menjadi pilihan. Ia akan melalui rumah pegawai asrama yang sudah lena dan padang tenis yang aman tanpa gangguan. Bab ini adalah yang paling menyeramkan kerana selalunya terpaksa melalui rumah Ustaz yang diberi rumah didalam kawasan asrama. Berdetik sahaja pasti lampu rumah Ustaz akan terbuka dan aku akan mula berlari seperti pistol berlumba sudah dibunyikan. Pagar2 ini semua banyak jasa pada aku. Aku tak pernah berbuat jahat dengan pagar2 ini. Pagar2 ini sentiasa setia walaupun budak2 asrama bertukar setiap tahun dengan perangai yang berbeza nakal.
Labels:
ATDI
Sherlock Holmes : A Game of Shadows
Filem arahan serial Sherlock Holmes masih di tangan Guy Ritchie. Bekas suami Madonna ini tidak pernah kurang dengan filem2 aksi ganas. Aku mula kenal dengan Guy Ritchie ini melalui satu filem "Lock,Stock and Two Smoking Barrels". Filem lakonan Robert Downey Jr dan Jude Law ini memang boleh ditonton sekeluarga. Mempunyai jalan cerita yang menarik dan aksi pergaduhan yang hebat. Dalam filem ini digambarkan Sherlock Holmes seperti sudah mati tetapi masih dapat bernafas untuk menyelesaikan masalah negara. Sherlock Holmes adalah kebanggaan Great Britain kerana diberitahu tentang kehebatan dia menyelesaikan beberapa kes2 yang pelik dan nampak tidak logik. Kali ini filem ini bermula dengan cerita2 tentang kes2 pengeboman dan Sherlock Holmes sudah dapat meneka siapa pelakunya cuma ia perlu membuktikannya. Cara siasatan yang terperinci ini menjadi satu bukti bahawa CSI kena belajar sesuatu dengan detektif2 dahulu. Filem ini adalah filem mesti ditonton kalau mahu menyaksikan aksi yang berfikir dan bijak.
Haywire
Cerita lebih kurang seperti Bourne Identity trology tetapi tidak mencapai maksud sehingga filem itu. Arahan bukan dari calang2 orang iaitu Steven Soderberg yang membawa cerita Traffic (2000) dan Erin Brockovich (2000) dulu. Kali ini penggunaan pelakon2 yang berjenama tinggi seperti Michael Douglas, Antonio Banderas dan Ewan Mcgregor tidak membawa cerita ini ke mana2. Mungkin jalan cerita yang diulang2 dan musik tidak memberi impak yang dikehendaki. Cerita yang meleret2 dan tidak nampak surreal yang dimahukan. Aksi bergaduh yang bagus tetapi tidak sehingga mencapai tahap cult. Sesiapa yang mahu hiburan ringan juga tidak boleh mendapat sesuatu dari filem ini kerana ia perlu berfikir dan aksi yang tahap perempuan sahaja kerana pelakon utama cerita ini adalah Gina Carano, seorang ahli 'martial art'.
HUGO
Martin Scorsese selalu memberi aku inspirasi menjadi ganas, jahat dan jahat yang macamana. Cerita2 dia seperti Goodfella, The Departed, Raging Bull, Taxi Driver, Gang of New York dan Cape Fear penuh dengan aksi kejam dan tidak berhati perut. Ini memang makanan akal aku. Nampak benda2 yang tidak elok, aku rasa macam nak tembak kepala mamat2 yang menyusahkan orang sahaja seperti memotong tanpa bagi 'signal'. Tapi cerita Hugo memang lari dari kebiasaan Martin Scorsese ini. Cerita tentang seorang budak yang kematian ayah dan menjaga jam di sebuah stesen keretapi. Dengan kelebihan 3D dipaparkan penuh dengan teknik kamera yang menakjubkan sesiapa yang mengikuti secara terperinci. Cerita ini menang 5 anugerah yang amat teknikal seperti bunyi terbaik, visual terbaik, kamera terbaik, arahan seni terbaik dan adunan musik terbaik. Cerita tentang robot yang mahu diperbaiki oleh budak yang kematian ayah tadi dan mencari pengakhiran cerita tentang penemuan pengarah yang tidak mahu dikenali lagi. Cerita2 seni begini memang susah untuk mengikuti sehingga akhir, bukan untuk kanak2 atau bukan untuk orang yang mahu aksi tanpa berfikir.
Friday, May 11, 2012
Special Forces
Cerita2 begini sudah terlalu banyak. Filem Perancis ini adalah projek menyelamatkan orang dari kawasan musuh. Missing in Action tahun 80 an dahulu pun cerita yang sama. Filem lakonan Djimon Hounson dan Diane Kruger ini tidak ada beza cuma dimasukkan elemen seperti filem The Way Back dan The Grey baru2 ini. Cerita perjalanan yang jauh untuk menyelamatkan orang ini dipenuhi dengan ranjau kononnya. Panas bertukar salji dan salji bertukar ribut pasir. Cerita berlaku di pinggir Pakistan dan Taliban digambarkan sebuah pasukan ganas yang menculik wartawan Perancis untuk menunjuk kuat. Elemen2 tambahan untuk menunjukkan Taliban orang yang ganas digunakan untuk mengelirukan penonton. Aku menonton cerita ini kerana pelakonnya Djimon Hounson setelah Blood Diamond dulu lama sudah aku tak menonton lakonan pelakon negro ini. Aksi peperangan yang baik dan tidak klise dimana 3 atau 4 kali pertempuran dua2 pihak mengalami kekalahan.
Wednesday, May 9, 2012
Cari kerja
Ada orang bekerja seminggu sekali sahaja. Tidur dan rehat juga menjadi satu jadual kerja yang majikan mereka wajibkan. Gaji jangan cerita mungkin sampai RM1 juta seminggu. Mereka hanya perlu bangkit dari rehat yang panjang untuk kerja seminggu sekali ini. Berpeluh setiap hari untuk mencapai stamina yang dimahukan oleh majikan. Pemain bola antarabangsa mempunyai nikmat ini kalau kita menjengok mereka dan pasti rasa ingin timbul dalam hati. Ada orang bekerja itu adalah menjawab Facebook atau berblog untuk nampak kerja. Kalau twitter tidak berjawab atau facebook tidak di'post'kan apa2, mereka dilihat tidak bekerja. Siapa mereka ini? Ahli politik dan artis. Ada orang memberikan ceramah menjadi kerja mereka dan berblog itu sebagai kerja dan ada orang yang memberikan satu unjuran atau cadangan sekali sahaja dan mendapat gaji yang sangat tinggi. Sebagai 'financial consultant' tidak perlu bekerja sehari suntuk untuk mendapat gaji tinggi. Mungkin sebulan sekali bertemu majikan untuk memberi nasihat. Kalau kita bertemu orang yang sentiasa ber'facebook' atau ber'twitter' atau 'ber'bloggin' - jangan kalut kerana ia mungkin satu kerja tetap mereka. Aku cuba membuat semua benda ini dalam satu masa. Aku mahu ber'facebook', ber'twitter' dan ber'blogging' dalam satu masa. Kerja aku memberi nasihat kewangan sebulan sekali dan kadang2 hanya diperlukan 3 bulan sekali. Aku pernah tahu, peguam yang hanya perlu muncul di mahkamah menjadi wakil, hanya 5 minit dan mendapat RM5,000 untuk muncul sahaja. 24 jam mereka sama dengan kita. Dan kita jengok hidup kita dan bertanya kenapa kita masih tidak cukup masa untuk buat banyak benda dan rasa terkilan kerana orang lain ada masa untuk ber'facebook', ber'twitter' dan ber'blogging' setiap masa.
Welcome to Sajjanpur
Tulisan lebih tajam dari mata pedang. Semua orang tahu rahsia ini. Cerita yang aku tonton ini berkisar tentang tulisan yang mengubah banyak benda. Politik boleh bertukar hanya dengan tulisan. Kasih bertambah dengan tulisan. Adat bertukar hanya dengan tulisan. Berkisar tentang satu tempat di India iaitu Sajjanpur di mana tahap pendidikan yang agak rendah dan seorang pemuda menjadi penulis jalanan menjadi penulis surat tepi jalan sebagai mata pencarian. Dan berlakulah berbagai kisah tentang seorang perempuan yang rindukan suaminya di bandar, seorang ayah yang sakit, pemilihan ketua kampung dan seorang perempuan yang mesti dikahwinkan dengan anjing untuk membuang sial. Tiada lagu2 bertukar baju akan dihidangkan didalam filem ini. Memang tulisan itu tajam dan boleh menukar sesuatu. Cerita yang bukan komik atau hayalan dengan konsep CGC tetapi nilai ilmu yang tinggi untuk difikirkan.
Monday, May 7, 2012
Politik Kiri
![]() |
| Francois Hollande |
Sebenarnya tiada beza politik kiri atau kanan. Kenapa kiri nampak sebagai jahat, penipu dan terrorist. Tangan kiri tersangat diperlukan bila ke tandas. Apabila Francois Hollande dari parti Sosialist menang mengalahkan Sarkozy semalam, cerita tentang politik kiri dimainkan dimana2. Sarkozy memanggil Hollande ini sebagai penipu dan pengfitnah tetapi Hollande tetap menang. Hollande, 57 seperti Sarkozy juga akan menjadi President waktu dia bujang. Sarkozy yang bujang ini telah mengahwini Carla Bruni ketika menjadi President Perancis. Ini sebenarnya hanya berlaku apabila padang permainan politik adalah sama. Demokrasi yang disemai kena menberi peluang kepada yang memerintah atau membangkang satu tempat permainan yang sama. Maka pembangkang tidak dilihat seperti pengganas, kaki demo atau pemerintah terpaksa pergi ke rumah2 memberi duit untuk penyokong mereka. Perubahan dalam politik yang mengambil ajaran demokrasi kena membuka minda seluasnya dan tidak melihat perubahan yang berlaku untuk undur ke belakang.
Chronicle
Menjadi superhero adalah impian setiap kanak2 dan aku sendiri. Aku mahu hilang, aku mahu terbang dan menjadi kuat tak tentu arah. Mungkin bila sudah menjadi superhero, aku tak perlu buat 'medical check up', badan boleh kurus dan banyak perempuan hendak berkepit dengan aku. Cerita Chronicle ini bermula bila 3 orang pelajar kolej mendapat satu keajaiban dengan tiba2 selepas melihat satu cahaya di dalam tanah. Kuasa seperti superhero ini menyebabkan mereka boleh terbang, menahan sesuatu dan kekuatan yang luar biasa. Pelakon2 yang tidak terkenal tetapi apabila menonton cerita ini, aku rasa kalau kuasa superhero ini dapat pada aku, mungkin dunia lebih aman. Kuasa yang mereka dapat ini tidak dapat dikuasai dengan baik dan menyebabkan mereka tersalah arah. Macam2 berlaku dan aku menonton cerita ini dengan minat yang amat sangat. Tontonlah mana tahu kita dapat menjadi superhero kebanggaan anak sendiri.
Cekik oleh Ridhwan Saidi
Setelah bertungkus lumus menghabiskan novel yang satu ini, aku dapat rumuskan cekik ini memang kategori 18SX. Cerita tentang seks berliwat, bersekedudukan, gay dan lesbian menjadi intipati cerita. Tapi jangan takut jalan cerita menarik ini mungkin memberikan satu impak pada peminat2 cerekarama dimana akhirnya cerita bercantum dimana semua watak mengenali sesama sendiri. Ini adalah buku tulisan pertama Ridhwan Saidi yang aku baca. Cerita tentang Syed Warith yang mahu kembali ke kampung kerana mendapat berita tentang ayahnya yang meninggal dunia. Ayah dia jugalah yang dapat mengurangkan pedas mulutnya dengan cubaan meliwat. Orang yang membaca perlu berimiginasi dengan cekap tentang lesbian, gay dan kecurangan isteri untuk menghabiskan novel ini. Kenapa cekik - kerana Syed warith ini suka sangat melihat tengkok orang. Aku terpaksa berhenti 3 kali kerana ulangan peristiwa yang sama tanpa perlu aku berfikir menyebabkan aku membaca melompat2. Cerita yang keluar dari norma2 biasa tetapi mungkin dunia luar sudah biasa.
Labels:
buku
Menukar Kerajaan
![]() |
| di Maybank kat Pudu Raya |
Kerja ini dalam demokrasi tidak salah. Politik bertukar bukan seperti bertukar agama yang perlu di marah, di maki, di terajang atau pukul. Bergaduh mulut biasa jangan sampai tangan naik. Kerana yang bergaduh begitu mungkin tak perasan mereka tak dapat apa2 dari bergaduh itu. Kecuali ada pihak yang membayar sesuatu untuk kita amokkan. Setiap kali kita bercerita tentang politik yang satu lagi maka kita nampak macam terrorist. Tetapi kena ingat politik yang tidak berubah ini seperti dinasour yang sudah perlu sangat diubah. Dimana2 perubahan berlaku. Di Amerika, Demokrat dan Republikan bertukar secara demokrasi. Semalam, Sarkozy juga jatuh dengan demokrasi. Indonesia juga berubah dari Golkar kepada parti Kebangkitan pada 1998 dulu. Kenapa bila mahu atau berniat menukar kerajaan di Malaysia nampak macam jahat, kejam, kaki demo, tak maju atau macam2 yang buruk. Tukar kerajaan bukan bermaksud nak jadi jahat. Yang pasti menjadi lebih baik. Dan yang lebih baik ini memerlukan sokongan. Maka yang menyokong mana2 parti kena tahu bahawa hendak menukar kerajaan ini adalah salah satu kerja politik. Maka hukumnya HARUS. Dan mengikut ilmu Fiqh setiap benda ada hukumnya di antara Sunat, Harus, Wajib, Makruh dan Haram. Jom tukar kerajaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)











