Ada orang bekerja seminggu sekali sahaja. Tidur dan rehat juga menjadi satu jadual kerja yang majikan mereka wajibkan. Gaji jangan cerita mungkin sampai RM1 juta seminggu. Mereka hanya perlu bangkit dari rehat yang panjang untuk kerja seminggu sekali ini. Berpeluh setiap hari untuk mencapai stamina yang dimahukan oleh majikan. Pemain bola antarabangsa mempunyai nikmat ini kalau kita menjengok mereka dan pasti rasa ingin timbul dalam hati. Ada orang bekerja itu adalah menjawab Facebook atau berblog untuk nampak kerja. Kalau twitter tidak berjawab atau facebook tidak di'post'kan apa2, mereka dilihat tidak bekerja. Siapa mereka ini? Ahli politik dan artis. Ada orang memberikan ceramah menjadi kerja mereka dan berblog itu sebagai kerja dan ada orang yang memberikan satu unjuran atau cadangan sekali sahaja dan mendapat gaji yang sangat tinggi. Sebagai 'financial consultant' tidak perlu bekerja sehari suntuk untuk mendapat gaji tinggi. Mungkin sebulan sekali bertemu majikan untuk memberi nasihat. Kalau kita bertemu orang yang sentiasa ber'facebook' atau ber'twitter' atau 'ber'bloggin' - jangan kalut kerana ia mungkin satu kerja tetap mereka. Aku cuba membuat semua benda ini dalam satu masa. Aku mahu ber'facebook', ber'twitter' dan ber'blogging' dalam satu masa. Kerja aku memberi nasihat kewangan sebulan sekali dan kadang2 hanya diperlukan 3 bulan sekali. Aku pernah tahu, peguam yang hanya perlu muncul di mahkamah menjadi wakil, hanya 5 minit dan mendapat RM5,000 untuk muncul sahaja. 24 jam mereka sama dengan kita. Dan kita jengok hidup kita dan bertanya kenapa kita masih tidak cukup masa untuk buat banyak benda dan rasa terkilan kerana orang lain ada masa untuk ber'facebook', ber'twitter' dan ber'blogging' setiap masa.
No comments:
Post a Comment