Yang selalu jengok

Monday, May 7, 2012

Chronicle

Menjadi superhero adalah impian setiap kanak2 dan aku sendiri.  Aku mahu hilang, aku mahu terbang dan menjadi kuat tak tentu arah.  Mungkin bila sudah menjadi superhero, aku tak perlu buat 'medical check up', badan boleh kurus dan banyak perempuan hendak berkepit dengan aku.  Cerita Chronicle ini bermula bila 3 orang pelajar kolej mendapat satu keajaiban dengan tiba2 selepas melihat satu cahaya di dalam tanah.  Kuasa seperti superhero ini menyebabkan mereka boleh terbang, menahan sesuatu dan kekuatan yang luar biasa.  Pelakon2 yang tidak terkenal tetapi apabila menonton cerita ini, aku rasa kalau kuasa superhero ini dapat pada aku, mungkin dunia lebih aman.  Kuasa yang mereka dapat ini tidak dapat dikuasai dengan baik dan menyebabkan mereka tersalah arah.  Macam2 berlaku dan aku menonton cerita ini dengan minat yang amat sangat.  Tontonlah mana tahu kita dapat menjadi superhero kebanggaan anak sendiri.

No comments:

Post a Comment