di Maybank kat Pudu Raya |
Kerja ini dalam demokrasi tidak salah. Politik bertukar bukan seperti bertukar agama yang perlu di marah, di maki, di terajang atau pukul. Bergaduh mulut biasa jangan sampai tangan naik. Kerana yang bergaduh begitu mungkin tak perasan mereka tak dapat apa2 dari bergaduh itu. Kecuali ada pihak yang membayar sesuatu untuk kita amokkan. Setiap kali kita bercerita tentang politik yang satu lagi maka kita nampak macam terrorist. Tetapi kena ingat politik yang tidak berubah ini seperti dinasour yang sudah perlu sangat diubah. Dimana2 perubahan berlaku. Di Amerika, Demokrat dan Republikan bertukar secara demokrasi. Semalam, Sarkozy juga jatuh dengan demokrasi. Indonesia juga berubah dari Golkar kepada parti Kebangkitan pada 1998 dulu. Kenapa bila mahu atau berniat menukar kerajaan di Malaysia nampak macam jahat, kejam, kaki demo, tak maju atau macam2 yang buruk. Tukar kerajaan bukan bermaksud nak jadi jahat. Yang pasti menjadi lebih baik. Dan yang lebih baik ini memerlukan sokongan. Maka yang menyokong mana2 parti kena tahu bahawa hendak menukar kerajaan ini adalah salah satu kerja politik. Maka hukumnya HARUS. Dan mengikut ilmu Fiqh setiap benda ada hukumnya di antara Sunat, Harus, Wajib, Makruh dan Haram. Jom tukar kerajaan.
Jika sejarah telah membuktikan tukar kerajaan melalui demokrasi, Kenapa perlu membuat huru hara di jalanan? Tunggu pilihanraya undilah!!!
ReplyDeleteAku pun mula membaca bila mendengar masih ada orang yang faham demokrasi itu adalah mengundi. Untuk pengetahuan demokrasi adalah satu sistem timbang tara yang bagus bukan undi sahaja. Demokrasi bukan tertidur selepas PRU berakhir. Selepas PRU maka demokrasi tidak terbela dan ini yang difahami oleh orang yang bertanya.
DeleteJangan ukur pada demostrasi jalanan sebab 30 ribu itu jauh sedikit berbanding yang tidak meyokong berjuta juta dirumah yang hanya tertawa dengan perangai Dan dirasuk sebagai boneka cina.
ReplyDeletesaya rasa lebih dari 30ribu tapi takut nanti kalau dah menang berjuta yang demo pulak. he he he ..
DeleteJom undi dan tukar
ReplyDeleteJadilah resmi padi makin berisi makin tunduk. Janganlah nak dapat yang sunat tapi yang wajib dan harus dilanggar. Maki hamun, mengata, mengumpat, berbohong, mengganggu ketenteraman awam dan macam macam lagi yang ditegah oleh Islam tu patut elakkan. Tindak tanduk penyokong mencerminkan kepemimpinan parti. Sepatutnya mereka yang tidak berdisiplin yang gagal membawa aspirasi parti harus disingkirkan dan pemimpin harus mengambil tanggung jawab atas apa yang dilakukan oleh para pengikut. Tepuk dada tanya selera. Tanya diri kita apa sumbangan kita untuk negara, janganlah asyik bertanya apa sumbangfan negara kepada kita. Ceramah tentang politik tapi tidak mengaku. Kenapa jadi bacul. Lempar batu sembunyi tangan. Itu bukan sifat yang baik apatah lagi jika mahu menjadi pemimimpin.
ReplyDeleteMinta maaf jika saya katakan parti yang Encik Firdaus sokong bukan parti yang baik. Ia lebih bersifat peribadi bukan untuk kemajuan negara. Sebagai contohnya Negeri selangor. Semasa kempen pilihan raya yang lalu lebih dari 20 janji manis yang lebih kepada perkara remeh temeh yang bukannya boleh dijadikan dasar yang mana boleh dilakukan oleh orang kebanyakan tanpa kuasa politik. Janji janji itu sendiri melambangkan keperibadian parti itu yang tidak matang tidak berpandangan jauh. Ibarat menjanjikan tasbih untuk orang yang pergi menunaikan haji. Setelah menang perkara remeh seperti itu pun tidak satu pun yang dilakukan dengan jayanya. Air contohnya hanya melepaskan batuk ditangga tanpa ada tindakan yang bersifat kekal dan menyeluroh. Yang lebih mengaibkan lagi tiada sebarang tindakan atau usaha untuk mengotakan janji janji tersebut dan tambah memalukan tiada satu ucapan maaf diucapkan atas kegagalan itu. Ini bukanlah satu sikap yang terpuji. Kita harus bertanggung jawab atas setiap kata kata kita, apatah lagi janji. Jadilah lelaki. Mungkin ini yang dikata oleh junjungan kita Nabi Muhammad yang mana diakhir Zaman satu lelaki terpaksa menjaga 50 perempuan kerana ramai lelaki yang gagal menjadi lelaki sejati.
ReplyDeleteBagus sudah nampak demokrasi sebagai peluang untuk menukar kerajaan hatta kerajaan mana pun. Idea menulis ini adalah untuk memberi peluang bahawa rakyat yang berkuasa dan tidak salah untuk menukar kerajaan.
Delete