Cerita Eddie Murphy yang paling aku ingat adalah bila dia jadi keldai dalam cerita Shrek. Cakap tak berhenti2 adalah satu trademark beliau. Dan sebenarnya aku tak berapa minat dengan lakonan Eddie Murphy dan salah seorang pelakon penting filem Tower Heist ini iaitu Ben Stiller. Aku cuma menonton cerita ini kerana memenuhi masa lapang malam dan latar belakang cerita tentang penggelapan duit2 pekerja oleh taikun2 besar. Cerita bagaimana pekerja2 ini bersatu hati ingin merompak balik orang yang mencuri duit secara terang. Cerita bukan terlalu lawak tetapi pengisian tentang 'safety net' orang kaya yang perlu diambil balik oleh orang miskin. Rompakan yang nampak senang tetapi penuh dengan aksi tidak merujakan aku untuk menonton kali ke 2. Sekadar tahu dan berhibur sahaja.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Saturday, March 31, 2012
J.Edgar Hoover
Lernardo De Caprio salah seorang pelakon yang selalu nampak muda. Cerita kali ini adalah cerita benar oleh J. Edgar Hoover seorang yang paling berpengaruh di Amerika dan bekerja dengan 8 orang Presiden mereka. Sekitar tahun 1919 ketika J Edgar Hoover, 24 baru bekerja di Jabatan Kehakiman, dia melihat tentang penyiasatan yang dibuat secara tidak sistematik dimana cop jari dan bukti2 penyiasatan dikumpul tanpa pengawasan yang sebenar. Ini telah menimbulkan pertanyaan pada J Edgar Hoover untuk menubuhkan satu jabatan penyiasatan baru dalam menangani masalah jenayah yang tidak dihurai dengan sains. J Edgar telah menimbulkan satu kemestian bahawa penculikan dijadikan kes persekutuan bukan lagi undang2 negeri. Cara bekerja yang terlalu 'perfectionist' menjadikan beliau satu ikon dalam FBI sehingga sekarang. Tetapi ada juga cerita belakang tentang Edgar yang tidak berkahwin ini iaitu minat kepada lelaki. Cerita tentang makan bersama, cuti bersama dengan pembantu iaitu Clyde Tolson sebenarnya hanyalah spekulasi sahaja tetapi dipaparkan di filem ini. Cerita tentang kehidupan Edgar berkisar tentang ibunya yang agak menguasai hidupnya. Yang paling seronok bagi aku, apabila setiap kali Presiden bertukar pasti ada satu fail yang dibuka oleh J Edgar Hoover - iaitu kisah hitam bakal Presiden. Walaupun bakal Presiden pasti ingin mengubah ketua FBI tetapi disebabkan fail ini, J Edgar Hoover terus kekal menjadi Pengarah Biro Siasatan Amerika. Cerita yang boleh menambah ilmu.
Hutang NFC
![]() |
| memang kiut lembu betina ni |
Setelah dikesahkan, setelah dibongkar, dibincangkan maka kisah NFC dihebohkan di Parlimen Malaysia. Jawapan dari Kementerian kepada soalan pembangkang adalah projek akan diteruskan dan tender terbuka akan dibuat untuk mencari pengganti kepada NFC. Aku bukan kesah sangat dengan tender terbuka itu. Aku bukan pakar lembu atau pernah jaga lembu. Biar yang pakar buat segala benda yang berkaitan. Yang aku kesahkan bagaimana duit yang dahulu dikeluarkan untuk NFC dibayar balik. Semua benda ini perlu dikira semula. RM250 juta dengan kadar pinjaman 2% dan tidak tahu berapa lama. Jika projek ini diminta berhenti, segala kondo dan kos2 bersangkutan mestilah dikembalikan. Aku teringat tentang Tajudin Ramli ketika mendapat pinjaman persendirian untuk membeli MAS. Ia direkodkan pada masa itu sebagai pinjaman peribadi tertinggi di dunia. Beberapa bank bersendikit (maksudnya bergabung memberi pinjam) memberi sehingga lebih dari RM1 billion untuk Tajudin Ramli membeli saham MAS. Projek tak menjadi dan bank2 terlibat menanggung kerugian. Dan beberapa minggu dahulu, ada berita tentang Tajudin Ramli menyelesaikan maslah hutang ini diluar mahkamah. Ini sepatutnya dipersoalkan dan rakyat hendaklah kritikal tentang bayaran balik hutang NFC kerana ia melibatkan duit rakyat.
Kesukanan Politik
Semua sukan cuba dipolitikkan. Dan sebab apa semua benda dipolitikkan kerana politik cuba masuk dalam semua benda. Keliru mungkin kepada yang tidak faham. Sukan badminton - pengurusan adalah orang politik. Bola juga tidak ketinggalan. Hoki memang sah. Takraw pun orang politik jaga. Kalau tidak berkhidmat betul dalam masyarakat maka tempat sukan menjadi medan menunjuk kekuatan. Annuar Musa timbalan presiden FAM akan dikenakan tindakan kerana mengkritik persatuan bola ini. Apa ke bendanya? Banyak ahli politik akan cuba menonjol diri bila ada jenis sukan yang menonjol. Annuar Musa bukan lagi seorang politikus yang menonjol atau 'winnable' kepada UMNO tetapi apa selalu beliau bisingkan memungkinkan beliau dipilih lagi. Banyak negara sudah memisahkan politik dengan sukan. Pengurus2 bola di EPL - kalau bukan berasal dari dunia bola mungkin di boo oleh penonton tanpa segan2. Politik bersama sukan mungkin menyebabkan kita tidak maju dalam sukan.
Thursday, March 29, 2012
Kerja dan Rehat
Semua orang mahu mendapat kerja yang paling dikehendaki. Gaji yang mahal, membawa kereta mewah, rumah bangalow dan cara hidup mewah. Ini pasti memerlukan kerja kuat. Masa bekerja sudah tidak lagi berpihak kepada kita kalau kita berfikir ke arah itu. Mendapat email tengah malam dan terus menjawab. Dengan teknology yang tercanggih seperti Android, Tabs dan Ipad, kerja terus bergerak sama dengan orang walaupun waktu kerja sudah tamat. Setiap hari kesibukan ini terus mencengkam dan kehidupan sosial terbatas dikalangan pelanggan bukan lagi isteri dan anak2. Kebanyakan mereka boleh berfikir tentang ini dan cuba mengimbangi dengan bercuti ke luar negara tetapi kacau email dan telefon masih mengganggu. Ketenteraman masih tidak ditemui. Aku pernah berhenti bekerja selama sebulan tanpa perlu membuat apa2. Tidak mencari kerja dan setiap hari menghabiskan masa dengan membaca dan menilai kembali kehidupan. Seronok tidak timbul kerana diri telah dilatih untuk bekerja. Tiada telefon untuk dijawab. Tidak ada email untuk dibalas. Dan tidak bergaji dan ini menakutkan bukan aku sahaja tetapi semua yang terasa ingin berehat panjang. Dan setiap kali kita bertukar kerja kita seperti memilih untuk berada dalam keadaan stress yang berbeza. Dan aku percaya stress ini boleh menyebabkan kita berfikir dan selalu berfikir menjadikan kita hidup.
No Brain Join the party
Pengakuan Che Det tentang ketua2 UMNO sekarang adalah pembalikan apa yang telah dipraktikkan sekian lama. Dalam Star hari ini, Che Det berkata "UMNO faced a scarcity of competent leaders at the top for decades due to the unwritten policy restraining those with brains from join the party." Disebabkan ini, kesusahan mencari calon yang sesuai berlaku. Mungkin pemimpin2 sekarang marah dengan pengakuan Che Det ini. Tapi selalu banyak orang Malaysia akan terima kalau ia datang dari Che Det. Aku banyak kali tulis tentang masuk parti UMNO hanya untuk mendapat duit. Disebabkan kekurangan pendidikan maka masuk ke dalam parti dan bekerja dari bawah memungkin mereka menjadi ketua dan cuba mendapat sesuatu projek untuk cari makan. Tidak boleh disalahkan kepada malas bekerja tetapi rajin menjadi pekerja politik. Pekerja politik yang tegar bagi aku adalah 'cost centre' kepada negara kerana mereka hanya berpersatuan dan cuba mendapat imbuhan. Mereka ini tidak membayar cukai seperti aku. Dan banyak kali aku dengar pembayar cukai adalah wira2 negara. Aku masih wira2 negara kerana menjadi produktif di negara Malaysia.
Tuesday, March 27, 2012
Maid / Made from Indonesia
Mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia menjadi perbualan hangat dari rumah ke rumah. Sekarang setelah diberikan perlepasan untuk mengambil pekerja ini, masalah lain pulak yang timbul. Satu pembantu rumah satu kerja sahaja. Aku rasakan mereka ini meraikan konsep 1Malaysia. Satu kerja ini merujuk kepada jaga anak sahaja, kerja di dapur sahaja, mengemas sahaja dan berkebun sahaja. Satu kerja yang diminta ini dengan harga RM700 sangat mahal pada pandangan aku. Setelah menyelidik di Indonesia sendiri, aku percaya bahawa apa yang mereka minta ini adalah normal dan tidak terkeluar dari apa yang biasa. Kawan aku bekerja sebagai expartrate di Indonesia dan dengan RM1,000 beliau menggunakan 3 orang pembantu rumah. Yang mengemas berbeza dengan memasak dan tukang kebun menjadi pemandu peribadi untuk keluarganya. Bagaimana harga yang sebegitu dapat 3 orang pembantu rumah? Mereka dibayar sebagai Rp350,000 atau RM130 seorang setelah diberikan tinggal percuma dan makan percuma di rumah tersebut. Ini adalah satu keputusan yang adil kepada kedua2 pihak. Maka permintaan pembantu rumah dari Indonesia membuat satu kerja adalah normal.
![]() |
| Ini pilihan anda |
BB Messager - PKR sudah merasuah Rakyat
Malam Sabtu lalu 24/03/2012, aku terima BB messager dari kawan "PKR sudah merasuah Rakyat". Ini paling hebat aku pernah dengar. Pasti program ini nampak terus dengan duit2 yang jatuh dari langit untuk diberikan kepada rakyat. Hadiah2 seperti kereta, komputer, android2, phone2 pintar dan macam2 untuk merasuah rakyat. Rakyat pasti tertipu dan terpedaya dengan barangan ini dan memilih PKR. Rasa2 aku rakyat Selangor yang mendapat terimakasih pasti berebut2 datang memilih hadiah. Pengaburan mata seperti ini pasti berjaya. Rakyat Selangor akan berada dalam keadaan terkeliru dengan terima dan memilih atau terima duduk diam2. Aku membalas BB messager tersebut "Belum sampai Putrajaya, kerajaan Selangor sudah pandai berterimakasih pada rakyat. Ini adalah kerajaan Rakyat dimana ahli politik adalah pekerja2 kepada rakyat" Paling penting bagi aku, rakyat mendapat faedah sekiranya rakyat diberi gula2 seperti ini. Rakyat mahu didekati dan diberi penghargaan kerana pasti pengekalan politik yang baik dimana ekonomi dirakyatkan dan hasil negeri dikongsi bersama.
Ketua Wanita Kekal Bagus untuk Pilihanraya
Aku suka sangat bila Sharizat dikekalkan jadi Ketua Wanita UMNO. Ini terus mengiakan apa yang diperkatakan bahawa Sharizat sebenarnya bukan meletakkan jawatan sebagai Menteri Penuh tapi hanya menghabiskan masa sehingga tarikh akhir sebagai senator pada awal April nanti. Pada Jumaat lepas, Najib mengumumkan pengekalan ketua wanita ini kerana ia dipilih oleh perwakilan setelah beberapa hari sebelum, timbalan ketua wanita UMNO, Kamilah mengesa Sharizat meletak jawatan sebagai ketua wanita. Di satu pihak semua nampak Najib beria2 untuk tidak melantik Sharizat sebagai menteri tetapi bila berjumpa dengan wanita UMNO dia terus mengekalkan ketua wanita ini. Ini boleh dirumuskan bahawa benarlah bahawa tempoh masa senator untuk Sharizat ditamatkan bukan sebab Sharizat letak jawatan. Ini amat bagus untuk rakyat melihat perbezaan letak jawatan dengan habis tempoh. Aku suka bukan sebab suka dia kekal tapi bagus untuk rakyat berubah.
Friday, March 23, 2012
CULIK ke Lari?
Anak gadis diculik ketika mahu membeli kad pra bayar di Taman Tas, Kuantan. Anak gadis umur yang sama diculik ketika membuat benda yang sama di Jerantut. Sehari selepas culik, kedua2 mereka dijumpai berada di rumah pasangan lelaki mereka. Kita sekarang hidup di zaman anak2 kita. Kita kena ambil tahu dan cuba berkawan serapat boleh. Jangan terlalu kejam dengan memukul kerana mereka sekarang mungkin berdendam dengan ibubapa. Semua yang diculik memberitahu mereka mempunyai konflik di rumah. Suasana tidak sama sekitar 5 atau 10 tahun dahulu. Bukan lama. Sekarang dalam Facebook sahaja, mereka sudah boleh berkawan dengan Negro. Boleh merancang untuk berjumpa dan beraktiviti liar. Cubalah berbagai cara untuk tahu pergerakan anak2. Beli GPS dan pakaikan rantai GPS untuk anak2. Jangan berkonflik dengan anak2. Jadi ibubapa mengikut Saidina Umar - berfikir seperti di zaman anak2.
Thursday, March 15, 2012
My 1 House VS Bank
Proses pemberian pinjaman menjadi satu revolusi yang paling cepat bergerak. Berkembang dan berpengetahuan dan melibatkan beberapa undang2 untuk menyekat orang ramai dari tidak boleh membayar pada masa akan datang. BNM meletakkan syarat kepada bank2 yang besar berbeza dengan bank2 yang kecil disebabkan oleh 'rating'. Ini disebabkan oleh bank2 besar mempunyai kuasa duit yang besar jika satu2 akaun menjadi parah. Bagi bank2 kecil, tahap pinjaman agak ketat kerana 'rating' rendah mereka dan jika satu2 akaun menjadi parah tidak boleh bayar, mereka tidak dapat menelan pinjaman itu dengan suka hati.
Beberapa lama dahulu, kuasa membayar diletakan pada berapa banyak deposit dikeluarkan. Contoh, kereta sebelum tahun 1992, deposit yang perlu dikeluarkan adalah 30% dari harga kereta. Setelah revolusi untuk memperbanyakkan jualan kereta, harga kereta dinaikkan untuk menunjukkan seolah2 pelanggan membayar 30% dari harga kereta. Ia agak sama dengan pembelian rumah, deposit memainkan peranan penting.
![]() |
| ini kira nampak tengah highway je |
Pinjaman pun berevolusi lagi dimana bank2 mendapt lapuran tentang corak pembayaran pelanggan2 bank menurun maka satu sistem perlu dicipta untuk mengatasi masalah ini. Benda baru didalam sistem pinjaman adalah kuasa membayar seseorang setelah menolak segala kos bulanan mereka. Sesebuah bank akan mengkaji pelanggan berapa banyak bayaran dibuat satu bulan berbanding duit gaji yang mereka terima. Bayaran kad kredit, kereta, rumah, telefon, broadband dan logik akal minyak dan makan untuk sebulan atau mungkin bayaran PTPTN. Deposit yang banyak untuk memiliki kereta atau rumah bukan lagi benda penting.
![]() |
| ini hanya gambaran artis - yang betul kecil sikit |
Ini adalah intipati cerita tentang My1House kempen iaitu semalam diberitahu lebih dari separuh yang memohon untuk meminjam telah ditolak oleh bank2. Bagi seorang bujang yang bergaji RM3,000 mereka boleh memohon pinjaman untuk membeli rumah berharga RM220,000 dan yang suami isteri bergaji RM6,000 secara total boleh meminjam untuk mendapat rumah yang berharga RM400,000. Kerajaan mengumumkan dasar rumah pertama 100% pinjaman kepada 2 kategori ini.
Ia mungkin program yang bagus kerana melihat harga rumah yang mahal sekarang tetapi kemampuan membayar menjadi pertaruhan kepada bank2 untuk meluluskan. Bank berfikir banyak kerana pinjaman 100% memberi amaran bahawa komitment pelanggan tiada pada rumah. Kemampuan membayar setelah rekod sekarang boleh diselidik hanya dengan satu sumber iaitu Bank Negara. Tindak balas berbeza dimana kerajaan mahu semua orang ada rumah tetapi bank tidak membantu. Kenapa bank tidak membantu ini disebabkan oleh sekatan2 terhadap rating yang Bank Negara buat kepada bank2. Paling senang iaitu pinjaman akan diluluskan kepada pelanggan apabila kuasa membayar masih ada 30% dari seluruh gaji. Maksudnya kos bayaran bulanan tidak boleh melebihi 70% gaji yang diterima mengambil kira 30% itu diperlukan untuk makan, minum, minyak dan segalanya yang tidak terdapat dalam rekod pinjaman.
Peratus kuasa membayar balik ini atau 'Debt Service Ratio' juga menjadi isu untuk pembelian kereta bermula pada January 2012. Kiraan untuk DSR berdasarkan pada gaji bersih bukan gaji kasar. Gaji bersih disini bermaksud setelah ditolak EPF, Cukai atau apa2 dalam slip gaji. Perubahan kira2 ini menyebabkan banyak permohonan pelanggan kereta ditolak oleh bank. Persatuan Automobil pun memberitahu jualan kereta menurun bermula dari Januari dahulu. Satu pihak meminta kerajaan menyokong produk mereka dan kerajaan yang sama juga meletakkan berbagai syarat untuk kelulusan.
Bagi aku, permintaan sebegini adalah disebabkan oleh keperitan hidup sekarang. Anak perempuan baru hendak kerja, tiada kereta terpaksa naik bas. Setelah aku teliti, dalam bas sekarang hanya dipenuhi oleh bangsa2 bersatu dan rasa cuak untuk membiarkan anak kita bercampur dengan orang2 luar dalam satu bas. Keperluan bukan lagi untuk menunjuk2. Kehidupan yang mencengkam ini menyebabkan orang terpaksa hidup dengan hutang.
Wednesday, March 14, 2012
Hubungan Kasih berpanjangan (COWGATE)
Bila ditanya pada Rafidah Aziz tentang Sharizat Jalil akan melepaskan jawatan Menterinya pada April jawapan Rafidah Aziz mempunyai pemberat untuk kita faham. "Apa letak jawatan" dan Rafidah Aziz memberitahu seterusnya kalau meletak jawatan perlu dibuat sekarang bukan tunggu sehingga tamat perlantikan semula senator pada April nanti. Lantikan ke senator dibuat atas arahan PM dan tidak perlu memberitahu saya akan berhenti bila tamat tarikh senator saya. Jawapan pada aku paling mencerahkan segalanya. Shahrizat kononnya diberitahu bahawa mengambil langkah berani, tindakan paling tepat dan kena pada masanya. Rafidah Aziz tahu tentang selok belok politik mengundur ini tidak memberi peluang kepada Sharizat untuk membuat betul. Dan dalam media2 sosial, diberitahu apa lagi yang perlu dibuat oleh Sharizat Jalil, kenapa orang masih mahu meneruskan tekanan kepada beliau dan keluarga. Tidak cukup atau akhirnya dia perlu selak kain.
Subscribe to:
Posts (Atom)















