Slogan sesuatu syarikat memang memberikan penjenamaan yang kekal. Jika mereka yang pertama memperkenalkan sesuatu produk maka mereka memiliki jenama paling kuat untuk disebut orang ramai. Slogan KFC yang sudah 60 tahun iaitu "A finger licking Good" yang bermula secara tidak sengaja dalam iklan mereka sendiri. Dave Harman pelakon iklan didalam iklan KFC sedang menjilat jari di dalam iklan tersebut ketika sedang mempekenalkan KFC kepada penduduk America. Penonton telah menalifon syarikat TV iaitu Ken Harbough lalu bertanya kenapa menjilat jari di dalam iklan tersebut yang nampak tidak sesuai. Ken Harbough hanya menjawab bahawa "it just finger licking good". Dalam tahun ini, slogan ini akan ditukar kepada "FEEL GOOD". Mengikut berita slogan asal itu terlalu menjurus dan tidak menunjukkan keseluruhan makanan dalam KFC. Entahla, mereka berfikir sehingga merujuk pada perasaan seseorang. Kos iklan akan naik, penjenamaan semula kadang2 boleh melonjak sesuatu produk. NTV7 dulu pun menggunakan slogan "Feel Good Channel".
Seorang rakanku masuk ke tandas sebuah outlet KFC di ibu negara. Tandas tersebut tidak berair. Selepas keluar dari bilik air, kawan-kawannya bertanya, "Macamana kau cebok, kan tak ada air?" Dengan selamba dia menjawab, "It's finger lickin' gooood..."
ReplyDeleteFeeeeeeeeeeeeel GOOOD
ReplyDelete