The Robert Walters Global Salary Survey 2011 menyatakan gaji pada tahun ini untuk eksekutif dan pengurus kewangan akan naik lebh dari 30%. Ini adalah kerana mengikut laporan kenaikan kadar inflasi dan keadaan semasa. Menahan dari pekerja berhenti mencari kerja lain juga adalah salah satu sebab. Tetapi betulkah pergerakan gaji akan naik sebegini rupa? Kita kena lihat bagaimana sesebuah syarikat itu menilai pekerja dan pengganti pekerja dengan upah yang rendah lebih baik. Maka pekerja yang bermimpi kenaikan gaji lebih dari 30% adalah apabila mereka mula berpindah ke tempat lain dalam industri yang sama. Hanya yang terbaik boleh dinilai untuk kenaikan sedemikian rupa. Nilai pekerja boleh diandaikan seperti pemain bolasepak EPL. Makin bagus makin tinggi nilai dipasaran. Terlalu tinggi mungkin bernilai untuk dijual atau diganti dengan lebih murah.
No comments:
Post a Comment