Yang selalu jengok

Friday, February 25, 2011

Penjual Bijak


Kalau kita menjual kereta, kita cuba mengurangkan kos untuk menjual. Tanpa perlu membaiki sedikit kereta, tak mahu tayar baru, bateri yang sudah lebih setahun tidak bertukar, tanpa diservis dahulu atau tidak dibasuh pun.

Ini berlaku kepada aku sedikit masa dulu bila nak menjual kereta Perdana aku tahun 1997 (kira2 7 tahun lepas). Hati baik pulak tu, bila jumpa pembeli lalu bercerita tentang tentang dah lama tak diservis, cermin tak boleh turun, alarm dah rosak, kalau pagi kena tekan minyak lama2 dan macam2 kerosakan hanya nak menunjukkan kita ikhlas menjual barang tak berapa elok.

Apa kata kita betulkan apa yang rosak, tukar tayar, selanggara dulu kereta, tukar alarm, buat pendua kunci dan basuh kereta dan kilatkan kereta. Dengan melabur RM1,000 untuk semua itu kemungkinan kereta yang kita hendak jual naik RM3,000 tanpa ada bantahan.

2 comments:

  1. Bro, sepatutnya sememangnya la kena buat semua tu dulu sebelum jual kereta.

    Anyways, juallah barang yang elok (atau yang dah dielokkan). Berlaku jujur dengan enjual barang yang elok labih baik daripada berlaku jujur menjual barang yang belum atau tak elok... kan?

    ReplyDelete