Yang selalu jengok

Friday, February 25, 2011

Menggandakan DUIT


Teringat salah satu program dalam tv iaitu "Apprentice" tajaan Donald Trump. Dalam salah satu rancangan itu, dia telah memberikan sebanyak USD1,000 untuk 2 kumpulan berlawan.

Cabaran yang diberi adalah mencari peluang perniagaan di dalam Central Park, New York. 2 kumpulan tersebut diberi 2 hari untuk menggandakan duit yang diberikan dan kumpulan mana yang mendapat lebih banyak akan mendapat hadiah iaitu makan bersama Donald Trump dan tidak dikeluarkan dari rancangan itu.

Perniagaan yang dimaksudkan adalah tentang anjing. Kumpulan itu terpaksa melihat anjing sebagai sebab untuk berniaga. Ada yang mencadangkan membasuh anjing, membawa anjing jalan, memberikan pakaian anjing dan mengambil gambar dan membersihkan bulu anjing. Maka berlawanlah ke 2 kumpulan sehingga waktu yang dibenarkan di hari ke2 tersebut. Setelah dikira, kumpulan pertama mendapat lebih dari USD2,000 dan kumpulan kedua mendapat lebih dari USD3,000. Maka kumpulan kedua menang lalu mendapat hadiah makan bersama Donald Trump. Siapa yang lebih menang. Pasti Donald Trump kerana dia hanya melaburkan USD2,000 untuk mendapat lebih USD5,000 dalam masa 2 hari. Dan dia hanya perlu belanja makan kesemua apprenticenya. Belajarlah cara terbaik untuk menggandakan duit kita. Kalau Saidina Ali pernah berkata "Ilmu menjaga Harta bukan harta menjaga ilmu"

No comments:

Post a Comment