Berdebar2 ibubapa bukan anak2 |
Sekarang pendidikan sudah bermacam, kalau ibubapa tidak mengikuti dengan rapat pendidikan anak2 kemungkinan ibubapa yang akan ditertawa oleh anak2. Hari ini aku dan isteri menghantar anak untuk hari suai kenal di sekolah untuk Tahun 1 pukul 8 pagi. Sebelum sampai ke pintu pagar sekolah, sebuah motor berhenti mengejut dan membuka topi keledar. "Hari ini dah start sekolah ke bang" Aku senyum dah memberitahu tidak dan ini hanya hari suai kenal untuk Tahun 1. "Saya hari Sabtu ini baru nak register, boleh lagi tak?". Saya pelik dengan soalan itu. Saya memberitahu anak2 hendaklah didaftar awal hatta bermula tahun 2010 lagi. "Saya tak kisah bang, adik beradik dia semua sekolah sini, hari Sabtu nanti saya registerlah"
Nabil yang paling hadapan |
Kami pun masuk ke sekolah terus ke papan kenyataan melihat senarai nama mengikut kelas. Setelah anak2 murid diasingkan mengikut kelas mereka akan diwar2kan tentang tandas, kantin dan akan mengambil peperiksana Diagnostik Bahasa Malaysia dan Matematik. Peperiksaan yang akan menentukan kelas dan cara mengajar guru2 kepada murid. Ibubapa pula diasingkan dari murid2 ke dalam dewan untuk mendengar taklimat dari Pengetua dan beberapa guru.
Taklimat dari Pengetua menceritakan tentang teknik permarkahan yang tidak menentukan peratusan lagi cuma berdasarkan 6 band - Tahu, Tahu dan Faham, Tahu, Faham dan Boleh Buat, Tahu, Faham, Boleh Buat dan Dengan Beradab. Tahu, Faham, Boleh Buat, Dengan Beradab dan Terpuji dan peringkat tertinggi adalah Tahu, Faham, Boleh Buat, Dengan Beradab, Terpuji dan Ehsan. Dan segala keputusan ini disambung terus dengan internet terus ke Kementerian Pendidikan. Ibubapa tidak akan tertipu lagi dengan sain sendiri anak2 atau pengubahsuaian ke atas markah. Pengetua itu juga memberitahu bahawa pada bulan Mac nanti satu peperiksaan untuk Tahun 1 akan dibuat untuk penentuan kemasukan kepada program Linus (Program Literasi dan Numerasi) atau ke kelas perdana. Jika gagal anak murid untuk melepasi peperiksaan itu maka anak murid itu akan ke program Linus. Ibubapa kena faham program ini.
Taklimat ke 2 tentang J-Qaf. tercengang2 aku tentang pendidikan J-Qaf ini. Bunyi macam tudung pun ada. Ia adalah Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain. Ia bukan tambahan mata pelajaran. Jangan risau, ia adalah satu penekanan diberikan untuk anak2 murid tentang pendidikan Islam seperti mengkhatam Al Quran, berbahasa Arab Komunikasi dan pandai bersolat.
Guru disiplin pun berucap tentang disiplin. Tapi bab ini aku tak berapa nak dengar sangat. Sebab pening memikirkan konsep2 pendidikan baru dan nampak sangat ketinggalan untuk mengajar anak benda2 baru. Keseluruhan masa dalam penerangan dan suai kenal murid2 adalah sekitar 4 jam dan berakhir pada pukul 12 tengahari tadi.
No comments:
Post a Comment