Salah satu cara mendapat ilmu adalah dengan membaca. Membaca dan mendapat ilmu adalah perkara yang berbeza. Ada yang membaca novel2 cinta untuk mendapat semangat bukan ilmu. Ada yang membaca hanya untuk buang masa. Ada yang membaca hanya kerana orang suruh dia baca. Ada yang membaca hanya surat khabar tetapi mengambil manafaat dari akhbar untuk belajar.
Semalam setelah berhempas pulas bekerja apabila orang lain tidak bekerja (cuti Krismas), kepala aku sesak dan perlu dijentik berfikir. Singgah kedai buku dan beli buku tulisan Azmi Shahrom, pensyarah undang2 di Universiti Malaya. Buku yang terbahagi kepada beberapa bahagian ini adalah koleksi dari tulisan2 beliau yang keluar dalam The Star dan blog Malaysia Today. Catatan peringatan ini terbahagi dengan Undang2, Perkauman, Demokrasi, Ahli Politik dan Partinya, Kebebasan, Dasar Negara dan Universiti. Tulisan semua ini adalah dalam bahasa Inggeris dan dialih bahasa. Kepujian boleh diberi kerana aku boleh faham semuanya.
Aku memang mengikuti tulisan Azmi ini dalam The Star - Brave New World. Rupanya baca di dalam bahasa Inggeris memungkinkan ia lebih melekat dari bahasa Malaysia. Tetapi tidak bermakna tulisan alih bahasa tidak mencengkam jiwa kerana seperti menonton cerita CSI dalam bahasa Melayu. Nampak faham tapi tak menusuk.
Bacalah buku ini untuk menambah ilmu bukan kerana berpihak pada sesiapa dan cari kebenaran atas tulisan dari Pengingat Kawan dan Lawan.
No comments:
Post a Comment