Yang selalu jengok

Monday, December 26, 2011

Syabas UNIT AMAL PAS

Kalau bercerita tentang pasukan sukarela, maka Unit Amal PAS bagi aku paling terkedepan.  Berbagai bentuk sukarela yang dibuat mereka.  Mereka akan dipukul dulu, disembur air dulu, mereka paling awal dibelasah, mereka menjaga lalu lintas hatta ketika kenduri lagi dan mereka sukarela berbuat begitu.  Mereka tidak meminta2 peruntukan, mereka tidak mohon tanah, mereka tidak sedikit pun berkira atau mencongak2 menjadi kaya. 
Unit Amal berwarna Merah adalah paling kedepan
Aku bercerita bukan untuk berpihak2 tetapi teringat bercerita tentang satu cerita kawan yang meninggal dunia selepas menghantar jenazah ke Kuala Krai pada 19/12/2011 dulu.  Allahyarham Zaini Tamsir 42 dan Saffi Sajat 61 meninggal dunia kerana kenderaan jenazah tidak terkawal dan jatuh ke dalam longkang.  Kejadian ini dirakam di Sinar Harian pada hari Selasa 20/12/2011 'Ajal dalam Van Jenazah'.  Peristiwa berlaku di Raub Pahang dan perlu dihantar ke Kg Melayu Subang.  Dalam van yang sama anak Zaini Tamsir dan seorang kawan. 

keadaan van jenazah
Kerana dua2 arwah mengelolakan hal kematian, ramai yang hadir ketika jenazah tiba pada pukul 10.45 pm di Kg Melayu Subang.  Ahli kariah Kg Melayu Subang tanpa berlengah telah memanggil Unit Amal untuk menyelenggarakan jenazah.  Ini dilakukan dengan pantas dan disembahyangkan dan dikebumikan pada malam yang sama.  Pada masa yang sama, Unit Amal Selangor telah memberitahu Unit Amal di Raub untuk menjaga 2 orang yang cedera di Hospital Raub.  Mereka bukan sahaja menjaga mereka dengan baik malah telah bersusah payah menghantar ke Kg Melayu Subang tanpa diminta.  Kelam kabut saudara mara terubat dengan tindakan Unit Amal Raub ini.


Kita hendaklah berbaik sesama saudara dan bagi aku Unit Amal adalah salah satu pasukan sukarela yang paling ajaib bentuknya.  Pergilah kita kemana sahaja di dalam Malaysia, maka Unit Amal akan berbakti sama seperti sudah ada prosedur/manual yang diikut. Khidmat mereka sudah sampai ke Palestin walaupun tiada yang bercerita tentang mereka.  Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa Unit Amal yang orang tidak ketahuan ini kecuali Parti Islam SeMalaysia.

No comments:

Post a Comment