|
Pelajar Tahun 1 (2012) |
Aku akan membawa anak aku untuk hari suai kenal Sekolah Kebangsaan di Taman Bukit Subang pada 29/12/2011 nanti. Berbagai lintasan perasaan yang berbeza di hati. Perlukan ibubapa hadir bersama atau perlukan anak diteman sepanjang hari? Perasaan terfikir kerana anak aku lelaki dan sudah 6 tahun dihantar ke taska dan tadika. Tahu bagaimana ibubapa bekerja, pandai bermain, bergaduh, belajar jadi pandai sudah menjadi rutin harian budak ini. Tambahan pendidikan taekwando, komputer dan mengaji Al Quran juga sudah diberi. Masihkah perlu aku hadir ke sekolah melihat budak2 lain menangis melihat ibubapa di tingkap? Terfikir lagi tentang rutin baru yang berubah, aku rasa perlu sangat hadir memberi ingatan pada anak. Membeli menggunakan duit, menerima duit lebihan dan membeli apa yang patut adalah sebab utama aku kena hadir. Perjalanan pergi balik dengan van sekolah, dari rumah ke sekolah agama, sekolah agama ke tempat persinggahan dan ke sekolah kebangsaan memerlukan pemerhatian pemandu van yang teliti and aku menyaksikan perjalanan ini betul. Perasaan ibubapa ini jangan dicampur dengan tragedi anak menangis hari pertama sekolah. Mood gembira hendaklah disemai setahun sebelum sekolah dan diperingat ketika membeli baju2 sekolah. Selamat menghantar anak ke sekolah untuk tahun 1.
No comments:
Post a Comment