Semalam aku dijemput menghadiri majlis 'reception' pengantin orang Syria. Sementelah bekerja dengan orang Syria, suasana majlis bersama2 orang belah sana ini tidak mahu aku ketinggalan. Jamuan ini khas untuk lelaki sahaja. Aku dengar kalau untuk majlis bersama lelaki dan perempuan dilakukan serentak maka ia akan berjalan di bilik yang berlainan. Cuma kali ini diadakan di rumah dan pasti yang lelaki yang kita boleh jumpa di sana.
Majlis bermula selepas waktu Magrib. Sekitar 8 aku sudah sampai menjengah rumah Syrian itu. Sudah ada hampir 20 orang tetamu yang pasti bercakap arab dan aku yang Melayu ini hanya akan tersenyum sepanjang masa. Aku perhatikan setiap yang hadir pasti akan dipeluk dan diberi ciuman oleh tuan rumah. Kemesraan ini bukan dibuat2. Mereka akan berpeluk lama kalau lama tidak berjumpa dan aku disambut 'Wah Lan Wah Sahlan'. Dan yang pastinya setiap tetamu yang aku bersalam pasti memberi salam Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh" dan bertanya "Kaifa Haluka".
Sambil duduk menunggu, muka aku kembali cerah bila melihat ada lagi Melayu yang dijemput ke majlis ini yang aku rasa aku hanya akan tersenyum sepanjang masa tidak faham. Jam sudah pukul 8.30 malam. Salah seorang Syria sudah mula mengalunkan nasyid atau seperti berbunyi marhaban. Sungguh mengashikkan kerana terdengar seperti membaca Al Quran kerana terdengar nama Rasullullah SAW disebut berkali2. Majlis terus berjalan dan aku bersembang perlahan dengan Melayu yang seorang itu. Cuma yang pasti Melayu seorang ini pandai berbahasa Arab. Yang berlagu berkasidah itu terus mengalunkan lagu. Asyik sangat dan tetamu terus tiba dan mungkin lebih 70 orang sudah ada di ruang tamu rumah.
Sesampai aku tadi aku dijamu dengan manisan arab yang sangat manis. Aku juga diberikan dengan 'Arabic Coffee' yang sebenarnya adalah air berempah dan aku seperti biasa tidak pernah menolak untuk mencuba dan setiap kali aku habis air berempah itu, anak tuan rumah pasti datang menuang air yang sama. Kata orang Melayu sebelah aku, ini adalah keseimbangan dalam makanan orang Arab - manis dan berempah.
Nasyid sudah berhenti dan alunan bacaan Al Quran pula dialunkan oleh salah seorang tetamu. Aku diberitahu kedua2 itu adalah Pensyarah di UIA. Setelah Al Quran berhenti dibaca, seorang tetamu yang aku rasa paling dihormati - bukan tua tetapi yang paling berpengaruh berdiri seperti memberi khutbah. Sepenuhnya dengan bahasa Arab dan dipenuhi dengan hadis dan bacaan Al Quran menasihati pengantin lelaki. Ia disambut sekali sekala oleh tetamu dengan selawat kepada Rasullullah SAW. Habis ucapan ini pengantin lelaki dijemput untuk berucap dan majlis pun berakhir. Barulah tetamu dijemput makan. Jam sudah menunjuk pukul 10 malam. Ini adalah majlis pertama yang aku hadiri dimana terlalu banyak orang Arab dalam satu masa - orang Palestine, Mesir, Arab, Yaman yang paling ramai orang Syria.
No comments:
Post a Comment