Tsunami 25/12/2004 Acheh sentiasa kekal dalam ingatan. Rapatnya cerita tsunami kerana sekitar masa yang sama keluarga aku juga kehilangan beberapa orang yang dikasihi. Cerita Hafalan Shalat Delisa yang dititip dari karya tulisan Tere Liye seorang pemuda yang berbakat. Cerita tentang Delisa, seorang kanak yang sangat indah hidupnya disamping keluarga yang tersayang. Bersama Ummi Salamah, kakaknya Fatimah dan 2 kembar iaitu Az Zahra dan Aisyah. Ayahnya yang bekerja di luar negara - Abi. Bermula pada 24 Disember 2004 sehari sebelum kejadian Tsunami yang menunjukkan satu keluarga bahagia dan aman di Lok Nga (salah satu perkampungan kecil di Acheh). Cerita tentang bagaimana anak2 kecil di sana diajar menghafal bacaan solat dan diperiksa secara praktikal dan diselitkan dengan maksud supaya kanak2 tidak menjadi seperti burung kakak tua. Cantiknya cerita ini kerana walaupun seluruh keluarganya mati dan kakinya dipotong tetapi kanak2 kecil ini, Delisa meneruskan hidup dengan gembira. Tanpa kita perasan nama2 keluarga Delisa ini adalah berkaitan Rasullullah SAW. Dan yang paling meningatkan aku adalah lagu Ibu yang sentiasa berlagu di dalam filem ini - sedih dan mengingatkan.
No comments:
Post a Comment