Dan diberitahu bahawa perkahwinan terbesar di Malaysia dan disahkan oleh Malaysia Book of Record bahawa perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka adalah paling ramai menerima tetamu. Mengikut rekod ia melebihi dari 120,000 orang yang hadir dengan 500 petugas yang diberitahu di dalam The Star 03/10/2012 tidak dibayar sesen pun. Ini adalah kumpulan penanggah yang ikhlas. Dan pada hari yang sama aku juga menjadi penanggah untuk adik ipar aku berkahwin di Kelana Jaya. Bila melihat dengan kedatangan yang lebih dari 100,000 aku sendiri tidak boleh membayangkan bagaimana meriahnya majlis perkahwinan tersebut. Aku ketika di Kelana Jaya mungkin menerima tetamu sekitar 1,000 orang dan masih boleh berjenaka dengan tetamu dan menunjukkan tempat makan sambil bersembang ketika tetamu makan. Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam beberapa hari ini ditanya tentang berapa kos untuk membuat majlis sebesar itu. Aku sendiri jamin tidak mungkin 100,000 orang itu bawa makanan sendiri untuk ke majlis perkahwinan. Bagi aku, yang berkahwin mungkin selamat sudah berlayar tetapi yang menanggung kos perkahwinan sehingga sekarang terpaksa berfikir untuk melihat modal kembali atau bagi Ali Rustam kena menjawab dari mana duit itu datang? Selamat Pengantin Baru.
No comments:
Post a Comment