Di dalam sistem ekonomi kapitalis, duit menjadi pelincir untuk semua bergerak. Tidak ada ehsan dalam perniagaan, tiada budi dalam pertolongan atau semua benda perlu duit. Keuntungan adalah terpenting. Duit luar atau Foreign Direct Investment (FDI) adalah penting dalam meningkatkan atau membesarkan sesuatu ekonomi sesebuah negara. Kalau negara hanya mengharapkan duit dalaman dan berniaga sesama sendiri maka peningkatan pembesaran tidak akan berlaku. Contoh apabila satu kampung yang hanya duduk sendiri dan berniaga sesama sendiri dan tidak membenarkan apa2 elemen masuk ke dalam negara. Sistem barter atau bertukar barang mungkin boleh tapi kalau duit sebagai perantara maka duit akan tersekat apabila seorang menyimpan duit diluar sistem. Duit luar ini penting untuk mengembangkan ekonomi.
Baru2 ini semua kecoh tentang penyangak seorang ini iaitu George Soros yang pernah kita marah kerana mengodam sistem kewangan kita dan meruntuhkan nilai kewangan kita pula pada sekitar tahun 1997 - 1999. Dan sekarang nama George Soros ini keluar balik kerana menjadi dana asing untuk menjatuhkan seseorang. Di satu sudut biasa, penduduk Malaysia melihat ini adalah kesalahan yang boleh dipolitikkan kerana ia membantu satu NGO untuk menjatuhkan orang Malaysia. Tetapi di satu sudut yang lain, dana asing masuk ke Malaysia.
Bila kita melihat Mc Donald dibuka di Malaysia bermaksud FDI bergerak masuk ke dalam ekonomi. Bila ada sesebuah syarikat yang besar berminat datang melabur ke Malaysia maka kita melompat gembira kerana pasti mereka membawa duit bersama dengan janjinya bahawa pekerjaan bertambah, pengangguran menurun atau nikmat dinikmati bersama. Tetapi keuntungan perniagaan sebenarnya dibawa keluar oleh syarikat yang besar itu. Konsep perniagaan terbuka ini membuka peluang dan juga menarik keluar duit dari dalam ke negara asing. China tidak mengamalkan konsep terbuka ini. Maka apa yang terjadi, ribuan jutawan tercipta di dalam negara sendiri tanpa menjemput orang luar masuk. Peraturan yuang ketat ini boleh dilihat sehinggakan syarikat yang sebesar Google pun boleh diminta tutup di China. China dengan penduduk yang ramai memang boleh membuat sekatan2 yang berbagai kerana pengguna2 yang ramai membolehkan mereka mencipta ekonomi mereka sendiri.
Malaysia agak berbeza kerana kita adalah negara pengguna sahaja. Bermaksud kita tidak mencipta barang yang banyak dan kita memerlukan barang luar masuk ke negara untuk menikmati hidup lebih sempurna. Dana asing masuk penting untuk menyemarakan sistem ekonomi. Contoh apabila Kuala Lumpur yang dahulunya murah sekarang sudah mahal apabila banyak syarikat luar datang membuka hotel, pak2 Arab buka restoran Arab atau pasaraya2 mega seperti Tesco membuka perniagaan di Malaysia. Jangan marah pada dana asing yang masuk kerana ia memastikan ekonomi kapitalis ini bergembira memastikan semua bersuka ria walau untung mereka dibawa keluar.
No comments:
Post a Comment