Dan hari ini 03/10/2012 pukul 6 pm di Amerika akan bermula perdebatan President Amerika di antara Barack Obama dan Mitt Romney. Semua media berebut2 untuk menyiarkan secara langsung dan disaksikan oleh semua rakyat Amerika yang ingin tahu. Perdebatan ini diperlukan sangat oleh Mitt Romney setelah beberapa minggu ini menyaksikan peratusan yang menyokong beliau menurun. Pihak tertinggi Republikan memberi amaran kepada Romney jika tidak membuat sesuatu sekarang mungkin kerusi President akan terus kekal di tangan Barack Obama pada 06 November nanti. Maka di Denver, Mitt Romney telah memohon debat antara beliau dan Barack Obama. Perdebatan ini akan digunakan untuk menarik balik sokongan dan di pihak Barack Obama tidak kecut untuk menerima ajakan ini. Konsep debat ini boleh digunakan ketika ini di Malaysia semasa bajet dijadikan perbualan orang ramai, kenapa gula naik, bonus untuk penjawat awam, nak beli telefon pintar dapat rebat atau cerita rumah mampu milik. Perbezaan cerita dengan pembangkang sekarang boleh dijadikan modal untuk berdebat kerana yang nampak pada rakyat adalah apa yang mereka dapat tetapi cerita secara mekanikalnya mungkin tidak faham. Aku teringat peribahasa China yang simbolik "kalau kita bagi ikan, anak kita akan makan sehari tetapi kalau kita bagi joran, anak kita makan selamanya".
No comments:
Post a Comment